Friday, February 20, 2009

Operable Versus Inoperable

Semalam aku ke klinik Gynae & Onco. Seperti yg dijangka aku di attend oleh Dr. Razzi. Ntah mana pergi Dr. Sugunapun tak taulah. Agaknya diapun kena tukar macam Dr. Flora jugak kot. Tapi tak kisahlah asalkan aku dapat treatment.

Sebelum jumpa doktor aku kena timbang berat dan ambil tekanan darah dulu di klinik Gynae di bawah. Suka tak terkira sebab berat aku dah bertambah. Dulu 37 kg sekarang 38. Hey ... walaupun naiknya hanya sekilo tp itu satu pencapaian yg besar buat aku yg mmg sangat susah nak naik berat badan ni tau. Tekanan darah pulak sedikit rendah 100/60. Tapi overall health OK.

Selesai urusan itu barulah aku dan E-Ya ke tingkat 1 untuk berjumpa doktor. Giliran aku no:13 dan aku tengok dah ramai orang menunggu. Tapi oleh kerana hari tu ada dua orng doktor yang bertugas, jd waktu menunggu taklah lama sangat.

Sambil menunggu-nunggu tu aku berkenalanlah dengan seoang perempuan ni yg datang dgn dua anaknya. Seorang perempuan dan seorang lelaki. Aku ingatkan perempuantu yg sakit tapi rupa-rupanya tidak. Anak perempuannya yg sakit. Anak perempuannya tengah tunggu keputusan SPM, maknanya masih berumur 17 tahun. Tapi nak tau apa kena dgn dia? Begini cerita mengikut apa yg dikatakan oleh emaknya pada aku dan E-Ya ...

Budak perempuantu mengidap kanser ovari. Sebenarnya dia mula mengidap kanser ovari sejak dia berumur 15 tahun lagi, time dia ambil PMR. Masa tu mengikut kata emaknya, tiap kali datang period dia akan rasa sakit. Dah ramai doktor yg dijumpa masa tu tapi kebanyakannnya kata tak ada apa-apa, normal bg budak teenager macam dia. Hormon inbalance, katanya. Tapi lama kelamaan sakitnya bertambah teruk dan perut pulak asyik kembong. Last sekali dia ke hospital dan disuruh buat scanning dan biopsy. Sah-sahlah dia kanser. Agaknya sebab lama sangat dia terkeliru memikirkan sakit perutnya hanya sakit biasa maka apabila dia disahkan kanser oleh doktor, ovari dia di sebelah kiri sudahpun terpecah akibat tumor kanser di dalamnya. Jadi masa umurnya 15 tu dia telah menjalani operation utuk buang ovari kiri tu. Lepas tu dia menjalani chemo dan radioterapi. Hampir dua tahun dia OK hinggalah baru-baru ni.

Masa dia tengah SPM dia dah mula rasa sakit balik. Tapi dihabiskannya SPM dulu, baru selepas itu dia pergi hospital. Buat CT scan, dan check dengan doktor rupa-rupanya kanser dah merebak ke ovari yang lagi satu pulak! Bayangkan umur dia masih begitu muda sudah diuji utk mengharungi dugaan yg sehebat ini. Tengok budaknya macam tak sakit aje. Mukanya manis, tenang dan nampak pendiam. Dia bersekolah di Bandar Baru Bangi. Tak tahulah apa yg doktor yg buat pada dia pulak lepas ni, mungkin kena bedah utk buang ovari yg satu lagi kot. Walahualam. Aku tak dapat bercakap lebih lanjut lagi sebab aku sudah dipanggil ke dalam utk berjumpa dgn doktor.

Seperti biasa Dr. Razzi mulakan dengan soalan-soalan rutin (aku gelar soalan favorite Dr. Cancer), iaitu - "Macam mana buang air? OK? Buang air kecil ada masalah?" Kadang kadang tu doktor belum tanya lg aku dah jawab, "Saya buang air semua OK. Tak de masalah" Hahahaha... betul tak siapa yg pergi rawatan kanser mesti inilah jg soalan-soalannya kan?

E-Ya pernahlah tanya aku kenapa doktor baik di klinik Gynae & Onco atau klinik Onco, balik balik asyik akan tanya soalan pasal buang air je. "Tak de soalan lain ke?" katanya. Aku terangkan pada dia macam gini. "Yelah... soalan tu sebenarnya soalan berlapik. Doktor sebenarnya nak tahu adakah buah pinggang dan liver kita ni OK atau tidak. Jadi drp soalan 'buang air' dia akan tahu samada kedua-duanya dalam keadaan yg sihat atau tidak. "Tak kan doktor nak tanya, buah pinggang you OK? Liver you macam mana berfungsi dgn baik ke?" Macam manalah nak jawab kalau begitu? Kita bukan boleh nampak buah pinggang dan liver kita ye tak?

Doktor Razzi seterusnya membelek-belek fail aku dan menanyakan bagaimana radioterapi yg telah aku jalani. Aku kata dgn dia aku baru habis semalamnya dan akan datang jumpa balik onkologist pada 17 March nanti. Aku mention jg dgn dia yg ketulan di leher aku sudah mengecut. Dr. Razzi kemudian aku lihat membaca satu laporan bertaip pd kertas biru. Rupa-rupanya itulah adalah laporan X-ray dan CT Scan aku yg telah dibuat beberapa minggu yg lepas. Dia kata dia akan terangkan pada aku apa yg ditulis pd laporan itu.

Dr. Razzi : "Nampaknya laporan ni kata yg lymph nodes you mmng ada masalah, lebih besar dr biasa ..." Dia tunjukkan kat aku besarnya sebesar duit 50 sen. Dia kemudian lukis satu diagram, mcm huruf Y terbalik dan kemudian menggunakan pen dia kata, "dan ianya dikedua-dua belah. Tp CT scan ni dibuat sebelum you buat radiation kat situ, jd most probably sekarang saiznya dah mengecil", sambungnya lagi.

Aku : "Macam mana dengan liver saya doktor? Hari tu kata mungkin ada masalah"

Dr. Razzi : " Oh nanti..." Selepas beberapa saat dia bersuara, "report CT scan ni kata liver you OK"

"ALHAMDULILLAH !!!" tiba-tiba bergema kuat gedabak dalam bilik doktor tu. Aku pusing kepala nampak si E-Ya sedang menyapu muka dgn dua belah tangan dia, tanda kesyukuran. Budak ini! Bab-bab nak bagi org terkezut bagilah kat dia. Kot ye pun tak perlulah kuat kuat begitu... Aku macam tak percaya sampai 3 kali aku tanya balik Dr. Razzi "Betul ni liver saya OK? Betul? Betul tak ada apa-apa?"

Dr. Razzi : "Sini kata liver tak de apa apa"

"Alhamdulillah... apa lagi report tu tulis?" sambung aku.

Dr. Razzi : "Uterus masih bengkak sedikit bererti ianya masih bermasalah. Tapi other than that Ok je. Sini jg kata tak ada lekatan yg ketara" Sukanya hati tak terkira masa tu, benar-benar aku bersyukur.

Sedang kami berbincang tu tiba-tiba masuk seorang lagi doktor. Mula-mula aku tak cam siapa. Tapi lepas doktor tu tegur aku, "Apa khabar kakak sekarang? Lama tak jumpa. Kakak nampak sihat ni" barulah aku sedar dia rupanya Prof. Hatta, doktor yg mula-mula mendiagnosekan aku dgn endometrial cancer. Dia superior kepada Dr. Razzi dan merupakan salah seorng pakar surgeon di bahagian Gynae & Onco.

Seperti Dr. Razzi, dia jg menanyakan apakah perkembangan treatment aku. Selepas aku memberitahu dia serba sedikit, dia beralih pula ke Dr. Razzi. Dr. Razzi bacakan report CT Scan aku kepada Prof. Hatta.

Prof Hatta : "Saya rasa lepas ni the next step is to do surgery to remove the uterus" katanya memandang muka aku. WHAT??? Surgery??? Bukan kah dulu Dr. di bahagian Oncology kata aku tak boleh dibedah? Sekarang Prof Hatta pulak kata boleh, macam mana ni? Confuse aku ... Nak kata aku dulu salah dengar, E-Ya ada sama sebagai saksi.

Aku : "Tapi Doktor, hari tu masa saya tanya Dr. Onco, dia kata saya tak boleh dibedah..."

Prof Hatta : " Kenapa pulak tak boleh? Apa alasan dia cakap macam tu?"

Aku : "Dia kata lepas radiotherapy berlaku infusion jd risky kalau dibedah"

Prof Hatta: "Tak jadi masalah itu semua. Kita buang saja. Lagipun the root of the problem is there in the uterus. Dinding rahim kakak menebal dah tak mau mengecut, kalau tak dibuang akan lebih teruk nanti".

Lepas itu dia berbincang dgn Dr. Razzi. Aku dgn E-Ya dengar saja. Antara butir-butir perbualan ialah Prof Hatta suruh Dr. Razzi get in touch dengan Dr. dari Oncology to find out what plans they have for me. Then dia suruh Dr. Razzi beritahu mereka yg Gynae & Onco bercadang nak buat surgery to remove my uterus and ovary, a palliative surgery katanya. And guess what? Dia bercadang nak buat surgery tu in 2 weeks time atau latest by mid March! After giving the instructions he walked to leave the room. We thanked him for his time.

Dr. Razzi pandang muka aku, "Macam mana? Setuju tak untuk dioperate?"

Aku : "Actually apa ceritanya uterus saya tu? Bukan kah bila dah buat radioterapi cancer cells tu dah mati?"

Dr. Razzi : "Memanglah tapi kadang-kadang tak jugak, tambah pulak uterus you bengkak lgi ni. Elok buang je. Boleh tak kalau buat 2 minggu lagi ni?"

E-Ya tiba-tiba enterfrem, "We're OK with that doctor. No problem on our part" Wah...wah...wah... budak ini... memanglah kau tak de problem E-Ya ooi... it's not your body yg akan dibelah oleh doktor...its MY BODY... my twiggy like body ... Uwahhhh!

Tapi tiba-tiba aku teringat, "Eh doktor tak boleh, sebab dua minggu lagi saya tak de kat sini"

Dr. Razzi : "You tak de sini? Maksud you?"

Aku : "Dua minggu lagi saya pergi holiday ..." Hehehe .... holiday tak lupa punya ....

Dr. Razzi : "Oh ya ke..? Holiday kat mana tu?" tanyanya penuh semangat. Dalam hati aku, aiseyman jgnlah excited sngt doktor... macamlah aku ni nak pegi holiday ke Switzerland. Pergh!

Lagi sekali E-Ya enterferm, "Saya nak bawa makcik saya pergi Penang dan Langkawi" Yelah lah tu... Saya nak bawa makcik saya konon... apasal kalau nak bawa makcik saya tp tambang flight makcik kena bayar sendiri??? Ada patut ke?

Dr. Razzi : "Tak pelah pergilah holiday dulu. Fikir habis-habis samada you nak buat surgery ni tau tidak. Balik nanti beritahu. I will also talk to the doctors from Oncology about your case. So as for now, saya bagi you appointment to see me again in three weeks time. Kalau ada apa-apa you nak tanya you can contact Kismah or Nani and they'll search for me. Is that OK?" KIsmah and Nani adalah dua nurses yg bertugas di klinik Gynae & Onco, very nice ladies, ever so supportive to us patients.

Aku : "OK" jawab ku pendik aja.

Aku bukannya takut pasal surgery tu pun. Aku dari dulu lg dah bersedia bab-bab kena operate ni. Lagipun menurut Dr. Razzi its not an extensive one, just remove the uterus and ovary and maybe the nearby lymph nodes, duration between 1 to 2 hours under general anasthesia. Tapi bila dah ada dua contradicting opinions macam ni yg buat aku confuse ni. Cancer aku ni sebenarnya operable ke atau inoprable? Oh well, whatever it is I hope the winner of this battle between the Gynae & Oncology (operable) and Oncology (inoperable) will be ME! Ameen ...

Wednesday, February 18, 2009

The Return of The Thrush

"Yey ...! Hari ni last radioterapi. Dah habis!" Err ... ni bukan aku yg seronok sangat. Ni E-Ya lah .., yg kalau boleh nak melompat-lompat dia depan lift unit radioterapi tu. Macam dia yg kena pulak.

Alhamdullilah. Hari ini 18 Februari 2009, genaplah 10 kali (in actual 30 kali depan, dan belakang perut, kat leher) aku dipancar. Walaupun nampak macam sikit tp seksanya Tuhan je yg tahu. Memanglah ada org lain yg kena lagi banyak tp banyak sedikit bukan ukurannya dan harus diketahui tak semua org akan mengalami kesan tepi (side effectslah...) yg sama.

Kalau masa kena kat pelvis dulu, aku diserang diarrhea, fatigue dan kegatalan, kali ni alhamdullillah setakat hari ni (dan diharapkan hari-hari seterusnya) aku hanya mengalami thrush saja. Thrush yg aku alami kali ini berlaku didalam mulut, di kawasan berhampiran anak tekak. Dah nampak dah warna putih-putih tu masa aku nganga kat cermin tengok tiga hari lepas. Apa lagi... menelan punyalah seksa. Usahkan cakap pasal menelan makanan, menelan air liurpun boleh terjegil biji mata dibuatnya. Air liur pulak dah pekat semacam ... eh, sorry le kalau korang geli...

Memanglah aku dah tahu ini akan dialami oleh siapa-siapa yg kena "tembak" kat leher tp aku taklah sangka begini punya teruk. Sekarang ni aku rasa kat tekak aku tu kering dan pedih, kesat macam ada kertas pasir je melekat kat situ. Makanpun dah dua hari ni hanya bubur aje. Nak makan benda lain kena lenyek-lenyek dulu, lepas tu telan je lah walaupun sakit. Sampai bila? Ntah tapi harap-harap tak lamalah.

Lagi satu, oleh kerana tekak dah kering batuk pulak tak henti-henti. Kong! Kong! Kong! Adey .. itu bukan bunyi anjing menyalaklah, itulah bunyi aku batuk... Aku batuk tak kira masa. Tadi masa atas tempat baringan masa nak kena radioterapi kat perut tu pun aku dah terbatuk-batuk. Masa buat kat leher Tuhan je tahu macam mana seksanya aku menahan supaya jangan batuk takut tergerak kepala, ter"tembak" kat tempat lain pulak nanti. "Nahai..." bak kata P. Ramlee. Suarapun dah mula nak jd macam ala-ala seksi gitu. Namun aku harus bersyukur kerana aku tahu ada org lain kena lg teruk dari ni.

Contohnya aku ada berkenalan dengan seorang perempuan Indonesia masa dapat rawatan pertama kali dulu. Dia dapat cancer dekat bahagian leher. Doktor buat sekaligus chemo dan radiotherapy pd dia. Maknanya dia akan datang awal pagi utk buat chemo di wad dulu, lepas tu petangnya dia akan turun ke unit radioterapi utk di"tembak" pula. Bila aku selesai treatment aku dulu, aku tengok dia masih steady lagi, kuat dan badanpun tak banyak berubah. Tapi bila aku dtng buat rawatan susulan kat klinik Onco bulan Januari haritu, aku hampir tak kenal dia sbb dia dah berubah begitu drastik. Badannya kurus melengkung, mukanya cengkung dan jalanpun dipapah. Agak terkejut jugak aku dibuatnya. So aku yang baru diuji dgn sedikit ini tak perlulah nak banyak songel. Lambat laun dgn izin Allah aku akan balik normal juga. Ameen ...

Aku jg bersyukur radiotherapy kali kedua ni badan aku tak berapa rasa penat. Tak macam dulu. Kali ni, hari pertama tu mmng penat tp lepas-lepas tu tidak. Mungkin ini akibat dari kebiasaan aku melakukan "brisk walking" to build up stamina, hampir setiap pagi selepas subuh. Kadang-kadang aku lakukan ditaman dekat rumah aku, tp sejak-sejak dah ramai sangat orng, aku tukar port pulak. Mula-mula aku ke FRIM. Sempatlah empat kali aku ke sana, tp kat situ rasa macam tak best kerana pagi-pagi staf FRIM banyak keluar masuk dgn motorlah, keretalah so keadaannya agak tak "beroksigen" tp lebih ke banyak"karbon monoksida" maka aku cari port baru lagi.

Kali ini aku ke Taman Metropolitan Kepong. Aku dah lama aim tmpat ni. Mulanya aku ingat ia hanyalah tmpat orng main layang-layang je, tp bila aku singgah secara tak sengaja pagi Ahad lalu rupanya kat dalam tu lawanya boleh tahan jugak. Aku punya favorite spot ialah tempat "Bird Watch" dia. Utk ke sini you have to ascend a hill slope of approximately 30 - 35 degrees. Memanglah penat sikit tp bila sampai atas tu waduhhh... bestnyerrr... Dia ada dua bird watch tower, tp yg aku paling suka tower yg overlooking tasik. Boleh nampak matahari terbit dan nasib baik boleh tengok burung sambar ikan dalam tasik. Heaven wa cakap sama lu...

Aku suka naik atas tower tu lepastu aku buatlah apa-apa yg patut. Exercise stretching ke, breathing ke, push up (kat railing tower), qigong ke tp yg pasti aku tak mencangkung sia sia je di situ. Hehehe... alah bukan pandaipun tp buat buat jelah macam pandai. Tu yg kena naik atas tower tu sbb kalau di bawah nanti orng nampak betapa sumbangnya langkah aku. Hahahaha... kan dah terpecah rahsia...

Aku pergi sorang-sorang je. Nak ajak E-Ya dia kata dia hanya sesuai buat exercise dalam gym je. Mengedik sungguh budak ni. Aku adalah ikut E-Ya exercise kat gym dua kali, tp aku tak berapa suka sebab tempatnya terkepung tak de pokok-pokok untuk dipandang. Hari tu aku bawa dia ke FRIM. Boleh ke dia jogging, adalah lebih kurang setengah kilometer dah ajak aku balik. Masatu kami baru je kat FRIM, tak sampaipun 15 minit. Aku tak mau balik, instead aku ajak dia panjat bukit pergi kat tempat air terjun yg tak berapa nak terjun tu. Lepak-lepak main air lebih kurang setengah jam baru aku setuju nak balik.

Biasanya aku lebih suka pergi sorangpun. Sebab kalau aku pergi sorang-sorang masa balik bila sampai kat simpang Seri Gombak tu, aku akan pandu masuk lebuhraya DUKE. Aku suka jugak DUKE ni sebab sekarang dia tgh free tak de tol. Aku boleh round drive dr Gombak ke Hulu Kelang lepas tu balik semula ke Gombak, semula ke Hulu Kelang sampai dua tiga kali. Crazy? Dahlah minyak mahal ni. Well maybe ... tp bila pandu kereta, buka semua tingkap, angin tiup, jalan pulak tak ramai orng, huuu ... macam rasa kat tepi pantai je ...

Err, ni semua ada kena mengena dgn tajuk "Thrush" aku ker? Tak kisahlah ... asalkan aku bahagia kan? Ok stop sini dulu. Besok aku ada appointment dengan doktor di klinik Gynae & Onco. Citer pasal liver aku tak tau lagi, tapi apa-apapun aku redha saje. Yang pasti aku akan tetap berusaha walau apa cara sekalipun dan selebihnya aku serahkan pada Allah untuk menentukannya. Oh ya, ketulan di leher aku dah mengecut. Kalau dulu besarnya macam sebiji telur ayam gred A, sekarang dah meleper sebesar walnut gitu. Alhamdullilah... harap-harap semua sel kanser di situ, di perut dan di pelvis aku dah dapat dihapuskan oleh radiotherapy yg aku jalani. Next appointment dengan Oncologist pulak will be on 17 March 2009. Tapi sebelum itu ... aku, E-Ya dan kakaknya Fizah akan berholidaying di Penang dan Langkawi ... Yahooooo !

Friday, February 6, 2009

La la la ...

Howdy folks !

Long time no blog huh? Been busy... melayan itu, melayan ini...

Alhamdullillah. Today I've finished my 3rd out of 10 sessions of radiotherapy to the neck and para aortic lymph nodes. So far so good. This time around I'm getting 1 zap to the neck and 1 zap each to the front and back of my tummy for the para aortic lymph nodes. Total = 3 zaps per day for 10 days, that will bring to 30 zaps. The last time I had 2 zaps per day, one to the front and one to the back of the pelvis. Multiply that with 10 brings to an amount of 20. So by the end of February I would've have been zapped 50 times.

Satu benda yg klakar, to me lah... tp bila fikir balik ... nampak sangatlah DOL nye. I don't know what was I thinking at that time. On the first day that I was to have my radiotherapy to the stomach, I did not eat anything except drink a cup of plain water. When asked by E-Ya whether I've taken my breakfast or not, I confidently replied, "Dah..."

My appointment was at 11 am but we arrived at HUKM early, around 10.30 am. The waiting period that day was quite long and I only got to go into the radiotherapy room around 12.45 pm. Naturally since I had not taken anything since morning I was sooo damnnn hungry while waiting. I only drank water, lots of it pulak tu and apa lg terpaksalah pulak ke toilet... In short, my tummy growled = more water consumed = more trips to the loo.

By 12.30 pm I had my fingers pressed the lefthand side of my stomach as I already felt a slight pain there. Pain yg kita selalu rasa bila kita lamaaa tak makan tu lah... alah macam gastric pain tu...

Seeing me do that E-Ya asked, "Kenapa Acik ni tekan-tekan perut? Sakit ke"? I shook my head then answered, "Lapar..." She asked again, "Tadi sebelum datang kan dah breakfast, takkan lapar lg?". I gave her a lame smile and said, "Sebenarnya Acik tak makan, minum air je"

"Yang Acik tak makan tu kenapa?" Dah start dah Cik E-Ya kita..., "Td Ya tanya, Acik jwb sudah... Hee.. Acik ni kan..."

"Acik sengaja je tak nak makan..." I began my explanation , "Sengaja nak minum air je sebelum radiotherapy ni"

"Kenapa pulak?" she asked.

This is the DOL part. "Yelah... Acik fikir, Acikkan nak kena radiotherapy kat perut. Radiotherapy tu basically is about radiation. Jd kalau Acik makan, nanti makanan tu terkumpul kat perut. Kena radiation bukan ke makanan tu nanti jd mcm kena masak je kat dlm perut tu? Tak mau lah. Lagi selamat minum air je, perut kosong. Lepas habis radiotherapy baru makan"

I think E-Ya couldn't believe what she had just heard for she replied, "Acik ni kan nama aje cikgu Sains, apa kebende Acik merepek ni?"

"Eh logik apa ..." I said, still trying to convince her with my theory.

"Sapa cakap kat Acik ni? Baca kat internet ke?" she asked.

"Tak de la sapa sapa cakap. Tp kan haritu Acik ada baca kat internet dia kata, org yg kena radiotherapy mmng ada bhgn-bhgn dalam badan dia become infused. Siap kalau nak betulkan kena pergi buat therapy lagi. Haritu pun doktor ada cakap mcm tu kan. So kalau bhgn dalam badan boleh melekat-lekat, kenapa tidak makanan? Acik rasa bolehlah kot. Tak mau Acik makanan terlekat-lekat kat dalam perut..." Bagus tak reasoning aku? Hahaha ...

E-Ya dah tak kuasa nak melayan for she rolled up her eyes and looked the other way. Hehehe... mesti dia cakap dalam hati, "Lantak kau lah Acik..."

When my turn came I was quite surprised to see that the room was filled with 6 radiographers. Normally its only 2. Only later did I know that the others are trainees. They were there to receive the practical part of their training. Basically this 2nd round of radiotherapy is not much difference from the first. No feeling of pain or anything during the procedure, however the duration of being exposed I noticed, has increased.

I had E-Ya to time my session, from the moment the buzzer starts to the moment it is stopped. Previously for the pelvis, duration of exposure was about 1 minute on each side. Thus I was exposed per day about 2 minutes only. But now, for the neck alone it's 3 minutes, while the back and front stomach is 2 minutes each. In total 7 minutes of exposure to radioactive per day. Hemm ... wonder what's it like now in my body ... ada yg terlekat-lekat tak? Kalau yg dulu mcm soggy noodles, kali ni dah macam jd mashed potatoes gamaknye?? Hishhh ...!

Nonetheless, apart from feeling tired the first day of being zapped, I am much stronger yesterday and today. Alhamdullilah. Yesterday, after coming back from the hospital, I even have time and strength to bake three moist chocolate cakes and a bunch of sardine puffs. Two of the chocolate cakes are for my fellow teachers and staff mates in school. Its an annual thing that we have in our school whereby after every celebration the teachers celebrating the occassion will treat the other races for lunch. This time its the Chinese teachers' turn. They will be holding the makan-makan today, Friday at 12.40 pm in school. I took the opportunity to bake the cakes for all of them. Lgpun nak tunggu Hari Raya lambat lagi daa. Its the least I could do after all the encouragement and support given towards me.

While the other one chocolate cake and sardine puffs are for my niece, Linda who called me yesterday morning while I was on my way to the hospital. Wth loudspeaker on, she asked how's my treatment going, how am I feeling to which E-Ya replied, "Oh Acik sekarang vogue the vast..", whatever that means. Then more of her bla bla bla... saying her office will be having family day at the Zoo Negara this Saturday, so she wants to borrow my camera coz her camera was already taken by her younger brother who wants to take photos of him and his girlfriend, who hails from Malacca... More bla bla bla... updating us on her engagement plan, maybe in March, maybe in May, her boyfriend parent's intention of meeting my sister and brother in law to discuss the matter, my sister's plan of coming down to KL coz her mother in law will be having an eye operation sometime next week. More bla bla bla asking us whether we want to go to Jaya Jusco Seremban 2 to catch a movie and after that stay the night at her older brother's house to see Baby Haidar - her nephew = my cucu saudara ... yesss dah tua dah, ada cucu dah ... Drat! ... and all this while I thought I was only 25 going on to be 26 this year ;P

Then more bla bla bla ... Yes, she talks non stop and she's good at it by the way. In fact E-Ya and her are both good at it. Bothpun are "yackity yack" punya people. Oh God what did I do to deserve not one, but 2 such nieces ... But luckily only one stays with me if both, boleh mati "heart failure..." Hahaha

So after about 20 minutes of her doing the talking and me mostly doing "Hem, huh, ohh, ye ke and hahaha" she finally bids goodbye ... but not before she said how long she had not seen me and taste my delicious sardine puffs! And knowing that I am going to bake chocolate cake she too said my chocolate cake is just as awesome. So I said "Nak ke?" Initially she malu malu kucing le by saying, "Tak pe ke Acik? Acik tu kan tak berapa sihat... Takut menyusahkan Acik je tp kalau nak buat, Da terima aje... Petang ni Da dtng rumah ye..." Hampeh punya statement. Nasib baik lah Acik kau ni tak boleh dah makan mee sangat, kalau tidak sebagai balasan dah suruh dah dia belikan Mee Bandung yang sedap 2 bungkus , jual depan ofis dia tu. Hishhh!

So it has been set that this weekend E-Ya and me will be off to Seremban to makan makan angin menghirup udara estate coz my nephew's house is near one. Tengoklah kalau rajin we'll drive down to PD, tp fikir-fikir balik ... nak buat hape...bukan boleh dah nak makan seafood... Uwahhhh!!!