Tuesday, January 20, 2009

Tima Kasih !!!


TERIMA KASIH!!!


Minggu lepas aku pegi sekolah hantar MC. Aku diberi MC oleh doktor sampai 28 Februari 2009. Kali ni MC berjumlah 55 hari, cukup utk include tarikh-tarikh aku akan pegi buat radiotheraphy kali yg kedua nanti. Lepas tu kena dapatkan MC lain. Ia perlu sbb aku rasa lepas ni pun aku akan mnjalani radioterapi lagi tapi utk leher pulak. Risau jugak memikirkan banyak kali juga kena "tembak" dgn bahan radioaktif ni tp apa nak buat. Setakat ini menurut oncologist yg merawat itu aje treatment yg boleh aku terima, so redhakan ajelah.

Hari tu sampai je di sekolah aku terus ke pajabat utk berjumpa kerani sekolah, Kak Jan. Duduk kejap berborak ngan dia kat situ tiba-tiba dah ramai je kawan-kawan aku turut sama di situ bertanyakan khabar. Rata-rata mereka kata aku nampak sihat, macam org tak sakit. Aii maklumlah, dah dekat 3 bulan duduk goyang kaki aje kat rumah, mananya tak sihat??? Hahaha... tapi betul, alhamdullilahlah masa aku pergi sekolah haritu aku memang tak de rasa sakit apa-apa.

Actually masa aku mula tahu aku kena cancer dulu aku tak cakappun ngan kawan-kawan aku. Ntahlah kenapa, aku tak rasa perlupun nak beritahu masa tu. Ada tak ada aku cuma cakap ngan sorang je iaitu Kak Hanim. Akupun ingat lg masa aku kat Pusrawi, aku dikunjungi oleh "org-org besar" sekolah, Pengetua, Pen. Kanan, Pen. Kanan HEM, Pen Kanan Ko-Ko, Ketua-Ketua Bidang yg mmng rata-rata kawan-kawan aku juga. Mereka adalah tanya aku ni sakit apa sebenarnya? All this while dia org ingat aku cuma ada masalah fibroid je. Masatu aku ingat aku jawab tak sure, tp bila aku ckp kat dia orng aku kena tukar hospital sbb Pusrawi tak de perawatan yg aku perlukan, rupa-rupanya dia org dah buat assumption sendiri yg sakit aku adalah lebih serius dr yg dijangka. Utk kepastian dia orgpun tanyalah Kak Hanim dan Kak Hanimpun terpaksalah cakap yg sebenarnya ku dah disahkan cancer.

Apa lagi, sebaik dapat tahu ramailah dtng melawat. Dari cikgunya, kakitangan pejabat, sampailah ke pembantu makmal semua ada dtng melawat. Pernah sekali di HUKM, tak kurang dekat 15 org dtng sekaligus. Riuh satu wad. Almaklumlah cikgu ...

Kalau nak citer pasal reaksi kawan-kawan yg datang melawat ni mcm-mcm sebenarnya. Ada yg datang tanya kita berbagai-bagai soalan. Ada tanya mcm mana keadaan, ada yg tanya mcm mana boleh kena cancer (huh???), ada yg tanya apakah rawatan yg doktor akan lakukan, pendik kata mcm-mcmlah. Tak kurang juga ramai yg memberi kata-kata semangat dan dorongan.

Ada jugak yg dtng tak tanya kita apa-apa...senyap eje...tp matanya pandang kita tak berkelip-kelip. Naik takut jugak aku dibuatnya. Terfikir masa tu dlm hati, "Aii, kenape pandang macam gitu? Aku dah tumbuh satu lg lubang hidung ke?" Hahaha....

Tp dalam ramai-ramaitu aku paling tak boleh terima sorang yg datang sambil peluk, urut belakang dan bisik, "Oh... kesian, kesiannya ..." Apakah??? Aku tahulah maksudnya baik, tp rasa mcm tak kena gaya aje. Cubalah korang tanya mana-mana pesakit, tak payah yg kena cancerpun, apakah jwpn mereka kalau sekiranya ada org kata begitu pd mereka? Besar kemungkinan jwpnnya sama spt mana yg akan aku berikan di bawah ini. (Kalau laintu, minta maaf ajelah ye...)

Pada aku org yang sakit perlukan sokongan, dorongan, kata-kata semangat dsbnya, bukan kata-kata simpati. Ada bezatu. Kata-kata sokongan dan dorongan akan menjana positive vibes buat pesakit, membuatkn dia sentiasa berlapang dada dan berusaha utk memperbaiki keadaannya. Tp simpati sebaliknya. Simpati akan membuatkan psakit merasakan seolah-olah mereka telah awal-awal lg dihukum oleh orng lain yg mereka tidak mempunyai harapan. Ibarat mengatakan pd mereka - "Tiada Esok Bagi Mu" dah..

Kalau aku nak minta simpatipun aku hanya minta simpati dr Allah sj sbb aku tahu padaNya ada segala jawapan dan penawar buat aku. Dia yg telah menentukan perjalanan hidup aku. Aku bersyukur kerana aku salah sorang antara mereka yg terpilih olehNya utk diberi peringatan awal bagaimana dan ke mana aku harus bawa hala tuju hidup aku... Alamak... dah bunyi mcm ustazah bg motivasilah pulak...Ni Kak Azwana kalau baca ni mesti dia cakap, "Aiii... ni Nah ke ni?". Hahaha...

Berbalik pada persoalan di atas drp menunjukkan simpati, aku lg suka kalau ada yg tanya, "Dah berubat ni mcm mana, rambut ada lagi atau dah botak?" atau " Dah kena radioterapi kat uterus, maknanya dah mandullah ni? " atau paling senangpun kalau tak tahu nak buat atau cakap apa, diam dan senyum je kat aku, sudah ... Aku takkan ambik hati punya. Siapa yg kenal rapat ngan aku tahulah aku ni mcm mana. Aku sebenarnya kaki gurau. Bg yg tak rapat aje mereka ingat aku ni jenis yg sombong, tak banyak cakap, muka serius gilerr, kdng-kdng ada sikit mcm "malaikat maut", especially bila time time tak de mood. Siapa yg cakap mcm gini? Aku sendiri cakap lerr...

Walau apapun aku berterima kasih pada semua kawan-kawan yang telah banyak memberi sumbangan material, dan spiritual pada aku. Bunga kat atas tu utk korang semua. TABIKK SPRINGG !!!

Hari aku ke sekolahtu jugak aku didatangi oleh sorang student librarian aku. Bdak ni dulu pernah beberapa kali ternampak aku terjelepok menahan sakit kat meja aku. Dia tanyalah aku sakit apa. Masatu aku cakap je aku sakit perut. Tp aku rasa akhirnya students akupun tahu aku sakit apa. Rupanya dia org pakat ramai-ramai beli kad utk aku. Kad tu entah dah berapa lama dia org simpanpun aku tak tahu. Akupun sejak Oktober tahun lalu tak datang sekolah. So hari tu dia dapat tahu aku ada di sekolah, so cepat-cepat dia cari aku. Selain kad tu ada satu lg gift yg sgt comel diberikan buat aku. Bdak-bdak ni mmg kreatif.

Muka depan kad. Jgn bdak-bdak tu ingat muka aku mcm ni udah...

Bila di buka, ter "toing-toing" menari-nari katak tu ...


Swan ni diperbuat dari kertas yg dilipat-lipat je, tp tngoklah hasilnya ... Cantikkan?


4 comments:

Kassim Selamat said...

Salam,
Semoga tabah menghadapi ujian Allah.

Harap bertambah sihat dan ceria.

D said...

Alhamdulillah... semangat yang kental dan positif. Betul tu. Orang kita terutamanya, tak reti macamana nak respon dan 'react' bila menziarah orang yang ditimpa musibah. Hajat di hati nak tulis buku mengenai ni. Hehe.. doakan ye!

Anonymous said...

Siapala yang 'bijak' yang kata kesian tu. short switch kat mana-mana la tu...
At such times we need people to cheer us up and make us happy. Be strong and you are lucky to have E-ya by your side.

r2d2 said...

Kassim Selamat,
TQ. Sayapun harap KS di dalam keadaan sihat dan ceria juga. Bila baca zaman reformasi KS teringat jg saya pd zaman reformasi saya. Tak cayo? Nantilah kalau ada masa saya citerkan tp tak lah hebat manapun ...

Sis D,
Nak tulis buku? Baguslah tu. Bolehlah nanti cikgu yg tak de keje sekarang ni baca. Hahaha... W/pun kita baru kenal di alam siber tp saya rasa mcm dah lama kenal D. Alamak skemanya ayat, ;)Anyway TQ Sis, daa...

Anon aka Kak Azwanalah tu... kan, kan, kan??,
Jgn dok puji E-Ya tu lebih lebih kang kembang kang... Dahlah sekrang dia asyik giler nak mengecikkan badannya yg dah sedikit mula nak kembang tu... Hehehe..