Semalam aku ke klinik Gynae & Onco. Seperti yg dijangka aku di attend oleh Dr. Razzi. Ntah mana pergi Dr. Sugunapun tak taulah. Agaknya diapun kena tukar macam Dr. Flora jugak kot. Tapi tak kisahlah asalkan aku dapat treatment.
Sebelum jumpa doktor aku kena timbang berat dan ambil tekanan darah dulu di klinik Gynae di bawah. Suka tak terkira sebab berat aku dah bertambah. Dulu 37 kg sekarang 38. Hey ... walaupun naiknya hanya sekilo tp itu satu pencapaian yg besar buat aku yg mmg sangat susah nak naik berat badan ni tau. Tekanan darah pulak sedikit rendah 100/60. Tapi overall health OK.
Selesai urusan itu barulah aku dan E-Ya ke tingkat 1 untuk berjumpa doktor. Giliran aku no:13 dan aku tengok dah ramai orang menunggu. Tapi oleh kerana hari tu ada dua orng doktor yang bertugas, jd waktu menunggu taklah lama sangat.
Sambil menunggu-nunggu tu aku berkenalanlah dengan seoang perempuan ni yg datang dgn dua anaknya. Seorang perempuan dan seorang lelaki. Aku ingatkan perempuantu yg sakit tapi rupa-rupanya tidak. Anak perempuannya yg sakit. Anak perempuannya tengah tunggu keputusan SPM, maknanya masih berumur 17 tahun. Tapi nak tau apa kena dgn dia? Begini cerita mengikut apa yg dikatakan oleh emaknya pada aku dan E-Ya ...
Budak perempuantu mengidap kanser ovari. Sebenarnya dia mula mengidap kanser ovari sejak dia berumur 15 tahun lagi, time dia ambil PMR. Masa tu mengikut kata emaknya, tiap kali datang period dia akan rasa sakit. Dah ramai doktor yg dijumpa masa tu tapi kebanyakannnya kata tak ada apa-apa, normal bg budak teenager macam dia. Hormon inbalance, katanya. Tapi lama kelamaan sakitnya bertambah teruk dan perut pulak asyik kembong. Last sekali dia ke hospital dan disuruh buat scanning dan biopsy. Sah-sahlah dia kanser. Agaknya sebab lama sangat dia terkeliru memikirkan sakit perutnya hanya sakit biasa maka apabila dia disahkan kanser oleh doktor, ovari dia di sebelah kiri sudahpun terpecah akibat tumor kanser di dalamnya. Jadi masa umurnya 15 tu dia telah menjalani operation utuk buang ovari kiri tu. Lepas tu dia menjalani chemo dan radioterapi. Hampir dua tahun dia OK hinggalah baru-baru ni.
Masa dia tengah SPM dia dah mula rasa sakit balik. Tapi dihabiskannya SPM dulu, baru selepas itu dia pergi hospital. Buat CT scan, dan check dengan doktor rupa-rupanya kanser dah merebak ke ovari yang lagi satu pulak! Bayangkan umur dia masih begitu muda sudah diuji utk mengharungi dugaan yg sehebat ini. Tengok budaknya macam tak sakit aje. Mukanya manis, tenang dan nampak pendiam. Dia bersekolah di Bandar Baru Bangi. Tak tahulah apa yg doktor yg buat pada dia pulak lepas ni, mungkin kena bedah utk buang ovari yg satu lagi kot. Walahualam. Aku tak dapat bercakap lebih lanjut lagi sebab aku sudah dipanggil ke dalam utk berjumpa dgn doktor.
Seperti biasa Dr. Razzi mulakan dengan soalan-soalan rutin (aku gelar soalan favorite Dr. Cancer), iaitu - "Macam mana buang air? OK? Buang air kecil ada masalah?" Kadang kadang tu doktor belum tanya lg aku dah jawab, "Saya buang air semua OK. Tak de masalah" Hahahaha... betul tak siapa yg pergi rawatan kanser mesti inilah jg soalan-soalannya kan?
E-Ya pernahlah tanya aku kenapa doktor baik di klinik Gynae & Onco atau klinik Onco, balik balik asyik akan tanya soalan pasal buang air je. "Tak de soalan lain ke?" katanya. Aku terangkan pada dia macam gini. "Yelah... soalan tu sebenarnya soalan berlapik. Doktor sebenarnya nak tahu adakah buah pinggang dan liver kita ni OK atau tidak. Jadi drp soalan 'buang air' dia akan tahu samada kedua-duanya dalam keadaan yg sihat atau tidak. "Tak kan doktor nak tanya, buah pinggang you OK? Liver you macam mana berfungsi dgn baik ke?" Macam manalah nak jawab kalau begitu? Kita bukan boleh nampak buah pinggang dan liver kita ye tak?
Doktor Razzi seterusnya membelek-belek fail aku dan menanyakan bagaimana radioterapi yg telah aku jalani. Aku kata dgn dia aku baru habis semalamnya dan akan datang jumpa balik onkologist pada 17 March nanti. Aku mention jg dgn dia yg ketulan di leher aku sudah mengecut. Dr. Razzi kemudian aku lihat membaca satu laporan bertaip pd kertas biru. Rupa-rupanya itulah adalah laporan X-ray dan CT Scan aku yg telah dibuat beberapa minggu yg lepas. Dia kata dia akan terangkan pada aku apa yg ditulis pd laporan itu.
Dr. Razzi : "Nampaknya laporan ni kata yg lymph nodes you mmng ada masalah, lebih besar dr biasa ..." Dia tunjukkan kat aku besarnya sebesar duit 50 sen. Dia kemudian lukis satu diagram, mcm huruf Y terbalik dan kemudian menggunakan pen dia kata, "dan ianya dikedua-dua belah. Tp CT scan ni dibuat sebelum you buat radiation kat situ, jd most probably sekarang saiznya dah mengecil", sambungnya lagi.
Aku : "Macam mana dengan liver saya doktor? Hari tu kata mungkin ada masalah"
Dr. Razzi : " Oh nanti..." Selepas beberapa saat dia bersuara, "report CT scan ni kata liver you OK"
"ALHAMDULILLAH !!!" tiba-tiba bergema kuat gedabak dalam bilik doktor tu. Aku pusing kepala nampak si E-Ya sedang menyapu muka dgn dua belah tangan dia, tanda kesyukuran. Budak ini! Bab-bab nak bagi org terkezut bagilah kat dia. Kot ye pun tak perlulah kuat kuat begitu... Aku macam tak percaya sampai 3 kali aku tanya balik Dr. Razzi "Betul ni liver saya OK? Betul? Betul tak ada apa-apa?"
Dr. Razzi : "Sini kata liver tak de apa apa"
"Alhamdulillah... apa lagi report tu tulis?" sambung aku.
Dr. Razzi : "Uterus masih bengkak sedikit bererti ianya masih bermasalah. Tapi other than that Ok je. Sini jg kata tak ada lekatan yg ketara" Sukanya hati tak terkira masa tu, benar-benar aku bersyukur.
Sedang kami berbincang tu tiba-tiba masuk seorang lagi doktor. Mula-mula aku tak cam siapa. Tapi lepas doktor tu tegur aku, "Apa khabar kakak sekarang? Lama tak jumpa. Kakak nampak sihat ni" barulah aku sedar dia rupanya Prof. Hatta, doktor yg mula-mula mendiagnosekan aku dgn endometrial cancer. Dia superior kepada Dr. Razzi dan merupakan salah seorng pakar surgeon di bahagian Gynae & Onco.
Seperti Dr. Razzi, dia jg menanyakan apakah perkembangan treatment aku. Selepas aku memberitahu dia serba sedikit, dia beralih pula ke Dr. Razzi. Dr. Razzi bacakan report CT Scan aku kepada Prof. Hatta.
Prof Hatta : "Saya rasa lepas ni the next step is to do surgery to remove the uterus" katanya memandang muka aku. WHAT??? Surgery??? Bukan kah dulu Dr. di bahagian Oncology kata aku tak boleh dibedah? Sekarang Prof Hatta pulak kata boleh, macam mana ni? Confuse aku ... Nak kata aku dulu salah dengar, E-Ya ada sama sebagai saksi.
Aku : "Tapi Doktor, hari tu masa saya tanya Dr. Onco, dia kata saya tak boleh dibedah..."
Prof Hatta : " Kenapa pulak tak boleh? Apa alasan dia cakap macam tu?"
Aku : "Dia kata lepas radiotherapy berlaku infusion jd risky kalau dibedah"
Prof Hatta: "Tak jadi masalah itu semua. Kita buang saja. Lagipun the root of the problem is there in the uterus. Dinding rahim kakak menebal dah tak mau mengecut, kalau tak dibuang akan lebih teruk nanti".
Lepas itu dia berbincang dgn Dr. Razzi. Aku dgn E-Ya dengar saja. Antara butir-butir perbualan ialah Prof Hatta suruh Dr. Razzi get in touch dengan Dr. dari Oncology to find out what plans they have for me. Then dia suruh Dr. Razzi beritahu mereka yg Gynae & Onco bercadang nak buat surgery to remove my uterus and ovary, a palliative surgery katanya. And guess what? Dia bercadang nak buat surgery tu in 2 weeks time atau latest by mid March! After giving the instructions he walked to leave the room. We thanked him for his time.
Dr. Razzi pandang muka aku, "Macam mana? Setuju tak untuk dioperate?"
Aku : "Actually apa ceritanya uterus saya tu? Bukan kah bila dah buat radioterapi cancer cells tu dah mati?"
Dr. Razzi : "Memanglah tapi kadang-kadang tak jugak, tambah pulak uterus you bengkak lgi ni. Elok buang je. Boleh tak kalau buat 2 minggu lagi ni?"
E-Ya tiba-tiba enterfrem, "We're OK with that doctor. No problem on our part" Wah...wah...wah... budak ini... memanglah kau tak de problem E-Ya ooi... it's not your body yg akan dibelah oleh doktor...its MY BODY... my twiggy like body ... Uwahhhh!
Tapi tiba-tiba aku teringat, "Eh doktor tak boleh, sebab dua minggu lagi saya tak de kat sini"
Dr. Razzi : "You tak de sini? Maksud you?"
Aku : "Dua minggu lagi saya pergi holiday ..." Hehehe .... holiday tak lupa punya ....
Dr. Razzi : "Oh ya ke..? Holiday kat mana tu?" tanyanya penuh semangat. Dalam hati aku, aiseyman jgnlah excited sngt doktor... macamlah aku ni nak pegi holiday ke Switzerland. Pergh!
Lagi sekali E-Ya enterferm, "Saya nak bawa makcik saya pergi Penang dan Langkawi" Yelah lah tu... Saya nak bawa makcik saya konon... apasal kalau nak bawa makcik saya tp tambang flight makcik kena bayar sendiri??? Ada patut ke?
Dr. Razzi : "Tak pelah pergilah holiday dulu. Fikir habis-habis samada you nak buat surgery ni tau tidak. Balik nanti beritahu. I will also talk to the doctors from Oncology about your case. So as for now, saya bagi you appointment to see me again in three weeks time. Kalau ada apa-apa you nak tanya you can contact Kismah or Nani and they'll search for me. Is that OK?" KIsmah and Nani adalah dua nurses yg bertugas di klinik Gynae & Onco, very nice ladies, ever so supportive to us patients.
Aku : "OK" jawab ku pendik aja.
Aku bukannya takut pasal surgery tu pun. Aku dari dulu lg dah bersedia bab-bab kena operate ni. Lagipun menurut Dr. Razzi its not an extensive one, just remove the uterus and ovary and maybe the nearby lymph nodes, duration between 1 to 2 hours under general anasthesia. Tapi bila dah ada dua contradicting opinions macam ni yg buat aku confuse ni. Cancer aku ni sebenarnya operable ke atau inoprable? Oh well, whatever it is I hope the winner of this battle between the Gynae & Oncology (operable) and Oncology (inoperable) will be ME! Ameen ...