Wednesday, February 18, 2009

The Return of The Thrush

"Yey ...! Hari ni last radioterapi. Dah habis!" Err ... ni bukan aku yg seronok sangat. Ni E-Ya lah .., yg kalau boleh nak melompat-lompat dia depan lift unit radioterapi tu. Macam dia yg kena pulak.

Alhamdullilah. Hari ini 18 Februari 2009, genaplah 10 kali (in actual 30 kali depan, dan belakang perut, kat leher) aku dipancar. Walaupun nampak macam sikit tp seksanya Tuhan je yg tahu. Memanglah ada org lain yg kena lagi banyak tp banyak sedikit bukan ukurannya dan harus diketahui tak semua org akan mengalami kesan tepi (side effectslah...) yg sama.

Kalau masa kena kat pelvis dulu, aku diserang diarrhea, fatigue dan kegatalan, kali ni alhamdullillah setakat hari ni (dan diharapkan hari-hari seterusnya) aku hanya mengalami thrush saja. Thrush yg aku alami kali ini berlaku didalam mulut, di kawasan berhampiran anak tekak. Dah nampak dah warna putih-putih tu masa aku nganga kat cermin tengok tiga hari lepas. Apa lagi... menelan punyalah seksa. Usahkan cakap pasal menelan makanan, menelan air liurpun boleh terjegil biji mata dibuatnya. Air liur pulak dah pekat semacam ... eh, sorry le kalau korang geli...

Memanglah aku dah tahu ini akan dialami oleh siapa-siapa yg kena "tembak" kat leher tp aku taklah sangka begini punya teruk. Sekarang ni aku rasa kat tekak aku tu kering dan pedih, kesat macam ada kertas pasir je melekat kat situ. Makanpun dah dua hari ni hanya bubur aje. Nak makan benda lain kena lenyek-lenyek dulu, lepas tu telan je lah walaupun sakit. Sampai bila? Ntah tapi harap-harap tak lamalah.

Lagi satu, oleh kerana tekak dah kering batuk pulak tak henti-henti. Kong! Kong! Kong! Adey .. itu bukan bunyi anjing menyalaklah, itulah bunyi aku batuk... Aku batuk tak kira masa. Tadi masa atas tempat baringan masa nak kena radioterapi kat perut tu pun aku dah terbatuk-batuk. Masa buat kat leher Tuhan je tahu macam mana seksanya aku menahan supaya jangan batuk takut tergerak kepala, ter"tembak" kat tempat lain pulak nanti. "Nahai..." bak kata P. Ramlee. Suarapun dah mula nak jd macam ala-ala seksi gitu. Namun aku harus bersyukur kerana aku tahu ada org lain kena lg teruk dari ni.

Contohnya aku ada berkenalan dengan seorang perempuan Indonesia masa dapat rawatan pertama kali dulu. Dia dapat cancer dekat bahagian leher. Doktor buat sekaligus chemo dan radiotherapy pd dia. Maknanya dia akan datang awal pagi utk buat chemo di wad dulu, lepas tu petangnya dia akan turun ke unit radioterapi utk di"tembak" pula. Bila aku selesai treatment aku dulu, aku tengok dia masih steady lagi, kuat dan badanpun tak banyak berubah. Tapi bila aku dtng buat rawatan susulan kat klinik Onco bulan Januari haritu, aku hampir tak kenal dia sbb dia dah berubah begitu drastik. Badannya kurus melengkung, mukanya cengkung dan jalanpun dipapah. Agak terkejut jugak aku dibuatnya. So aku yang baru diuji dgn sedikit ini tak perlulah nak banyak songel. Lambat laun dgn izin Allah aku akan balik normal juga. Ameen ...

Aku jg bersyukur radiotherapy kali kedua ni badan aku tak berapa rasa penat. Tak macam dulu. Kali ni, hari pertama tu mmng penat tp lepas-lepas tu tidak. Mungkin ini akibat dari kebiasaan aku melakukan "brisk walking" to build up stamina, hampir setiap pagi selepas subuh. Kadang-kadang aku lakukan ditaman dekat rumah aku, tp sejak-sejak dah ramai sangat orng, aku tukar port pulak. Mula-mula aku ke FRIM. Sempatlah empat kali aku ke sana, tp kat situ rasa macam tak best kerana pagi-pagi staf FRIM banyak keluar masuk dgn motorlah, keretalah so keadaannya agak tak "beroksigen" tp lebih ke banyak"karbon monoksida" maka aku cari port baru lagi.

Kali ini aku ke Taman Metropolitan Kepong. Aku dah lama aim tmpat ni. Mulanya aku ingat ia hanyalah tmpat orng main layang-layang je, tp bila aku singgah secara tak sengaja pagi Ahad lalu rupanya kat dalam tu lawanya boleh tahan jugak. Aku punya favorite spot ialah tempat "Bird Watch" dia. Utk ke sini you have to ascend a hill slope of approximately 30 - 35 degrees. Memanglah penat sikit tp bila sampai atas tu waduhhh... bestnyerrr... Dia ada dua bird watch tower, tp yg aku paling suka tower yg overlooking tasik. Boleh nampak matahari terbit dan nasib baik boleh tengok burung sambar ikan dalam tasik. Heaven wa cakap sama lu...

Aku suka naik atas tower tu lepastu aku buatlah apa-apa yg patut. Exercise stretching ke, breathing ke, push up (kat railing tower), qigong ke tp yg pasti aku tak mencangkung sia sia je di situ. Hehehe... alah bukan pandaipun tp buat buat jelah macam pandai. Tu yg kena naik atas tower tu sbb kalau di bawah nanti orng nampak betapa sumbangnya langkah aku. Hahahaha... kan dah terpecah rahsia...

Aku pergi sorang-sorang je. Nak ajak E-Ya dia kata dia hanya sesuai buat exercise dalam gym je. Mengedik sungguh budak ni. Aku adalah ikut E-Ya exercise kat gym dua kali, tp aku tak berapa suka sebab tempatnya terkepung tak de pokok-pokok untuk dipandang. Hari tu aku bawa dia ke FRIM. Boleh ke dia jogging, adalah lebih kurang setengah kilometer dah ajak aku balik. Masatu kami baru je kat FRIM, tak sampaipun 15 minit. Aku tak mau balik, instead aku ajak dia panjat bukit pergi kat tempat air terjun yg tak berapa nak terjun tu. Lepak-lepak main air lebih kurang setengah jam baru aku setuju nak balik.

Biasanya aku lebih suka pergi sorangpun. Sebab kalau aku pergi sorang-sorang masa balik bila sampai kat simpang Seri Gombak tu, aku akan pandu masuk lebuhraya DUKE. Aku suka jugak DUKE ni sebab sekarang dia tgh free tak de tol. Aku boleh round drive dr Gombak ke Hulu Kelang lepas tu balik semula ke Gombak, semula ke Hulu Kelang sampai dua tiga kali. Crazy? Dahlah minyak mahal ni. Well maybe ... tp bila pandu kereta, buka semua tingkap, angin tiup, jalan pulak tak ramai orng, huuu ... macam rasa kat tepi pantai je ...

Err, ni semua ada kena mengena dgn tajuk "Thrush" aku ker? Tak kisahlah ... asalkan aku bahagia kan? Ok stop sini dulu. Besok aku ada appointment dengan doktor di klinik Gynae & Onco. Citer pasal liver aku tak tau lagi, tapi apa-apapun aku redha saje. Yang pasti aku akan tetap berusaha walau apa cara sekalipun dan selebihnya aku serahkan pada Allah untuk menentukannya. Oh ya, ketulan di leher aku dah mengecut. Kalau dulu besarnya macam sebiji telur ayam gred A, sekarang dah meleper sebesar walnut gitu. Alhamdullilah... harap-harap semua sel kanser di situ, di perut dan di pelvis aku dah dapat dihapuskan oleh radiotherapy yg aku jalani. Next appointment dengan Oncologist pulak will be on 17 March 2009. Tapi sebelum itu ... aku, E-Ya dan kakaknya Fizah akan berholidaying di Penang dan Langkawi ... Yahooooo !

3 comments:

Anonymous said...

Salam sis...
Got this message from Prof Has, she recommends that you beli pau d'arco, as it is good to lawan thrush yg menyerang you sekrg.

Maybe you need to contact her to find out the details.

I doakan you continue to be strong. Keredhaan you terpancar di dalam tulisan-tulisan you and I'm happy to note that you sudah berlapang dada menerima dugaan ini... Hanya Allah yng Maha Mengetahui...kan?

hugs.

r2d2 said...

Salam Sis RG,

Thanks for the info. Will contact the Prof to find out more about the pau d'arco.

Mmng seksa bila ada thrush ni. Tp walau apapun yg melanda, its even seksa kalau kita ni sorang-sorang aje yg mengharunginya kan? Thus, knowing that you can rely from other survivors for tips and advices will keep us focus and strong to go on battling our sickness. Knowing that there is still hope out there for us. Thanks Sis and good to see that you're doing well. Cheerios!

HCI said...

R2D2 and Dalilah,

Pau D'arco, meningkatkan immunity dan dalam satu artikel yang mencadangkan rawatan untuk candidiasis, di sebut tentang herb ini.

Saya mendapatkannya melalui PathLab KB, jenama SOLARAY harga RM48.50. Oleh kerana ianya adalah kulit pokok, dan bukan berasaskan tenusu, maka ia mungkin selamat untuk kanser dibawah pengaruh hormon, seperti payudara, ovari n uterus dan prostat.

Saya sudah mengambilnya. Masalah sedikit ialah herb ini menyebabkan dahaga yang berlebihan. Mungkin baik kerana kadang2 kita terlupa nak minum air banyak-banyak.

Fasal meningkatkan imunity, suami saya merasakannya, kerana sebelum mengambilnya dia mengalami URTI yang berpanjangan. Cuma dia pun tak tahan dengan rasa dahaga, so kita go slow with the dosage, recommended 2 caps three times a day, we took only 2 a day.