Friday, January 9, 2009

E-Ya kena loteri

Baik punya nasib si Eya tahun ni. Tahun 2009 belumpun masuk 2 minggu, tp dia dah kena loteri. Bukan satu, bukan dua tapi TIGA!!! Aii... ini bukan loteri mcm TOTO tu lerr, ni lagi baik punya. Begini alkisahnya...

Loteri yang pertama. Trillion thanks harus ditujukan kpd bosom buddynya si bdak Sha yg keje di Melaka tu. Si Sha ni ntah mimpi apa tiba-tiba cakap ngan E-Ya yg dia nak belanja kami sekeluarga makan satay... Yum, yum! Katanya pd E-Ya, order je, resit nanti bg kat dia. Wah... ini sudah bagus. Moga Allah SWT panjangkan usia, dan murahkan rezki bdak Sha ni...err when's the next treat?? Hihihi...

Loteri kedua pulak ada sangkut paut ngan BBQ kami minggu lepas. Masa kami beli barang-barang nak buat BBQ, total bilnya adalah dekat RM 200 lebih. Rupa-rupanya Carrefour time tu ada buat lucky draw. Hadiah pertamanya ialah percutian di Palace of The Golden Horses. Tinggal 3 hari 2 malam kot kat suite mahal dia and lots of other prizes. Actually kami tak ambil pusing pun pasal lucky draw ni, so masa cashier tu cakap resit ni pergi ke Customer Service utk collect hadiah, itu je pun mmg tujuan kami - utk collect hadiah sbb beli brang over RM 100.

Sampai kat counter tu E-Yapun tunjukkan resit pembelian dan pompuan kat counter pun serahkanlah hadiahnya pada kami. Hadiah apa? Alah... satu table mat, siap ada gambar buah oren lg, courtesy of F&N beverage... Sheeesh... ingatkan apalah.. Tapi sebelum E-Ya beredar, pompuan kat counter tu ada serah kat dia satu borang utk diisi. Kata pompuan tu utk lucky draw. So E-Yapun isilah particulars dia kat borang tu dan lepas tu pegi kat counter sebelah utk masukkkan kat dalam kotak. That was it, we completely forgot about the lucky draw until a few days later.

One morning Teusday if I'm not mistaken, E-Ya received a called from a lady who introduced herself as "Cik Juliana" from the Palace of the Golden Horses. Ehhh.. hold your horses dulu... E-Ya tak menang first prize, tp dia menang consolation prize. Hadiahnya not bad - pelbagai gift vouchers utk boat ride kat tasik the Mines, health Spa, percutian to beberapa destinations dan ada lg yg kami tak ingat. Oklah jugak kan? Tp sebelum boleh dpt vouchers tu E-Ya has to bawa family (maknanya aku lerr tu ... mana ada family lain, tsk, tsk...) buat tour kat Palace of the Golden Horses dulu, free of charge. Masa tour tu nanti, kami akan diperlihat dan diterangkan apakah services dan segala cikadak yg hotel tu ada, but we are not under any obligation to pay anything, or subjected to make any stay reservation over there. The tour will take about 45 minutes after which, we will be treated to tea. We all dah set date 11 January ni utk pergi, pukul 3 petang.

Tiba-tiba baru terfikir, eh ni hari Mawi kahwin kat situ daa...Tak kisahlah kan. Mana tahu, nasib baik dapat jumpa Mawi kat situ... mesti si E-Ya teruja punya.. hua hua hua...dah lah hari tu masa kami pegi Alpha Angle Wangsa Maju tiba-tiba si E-Ya buat aku terkejut. TIba-tiba aje dia tarik tangan aku cakap, "Acik, acik, tengok tu, Mawi.."

Aku ni taklah boleh mcm pengsan kalau tngok si Mawi tu. Tp aku cakaplah juga, "Mana"? Aku sempat jeling je kat sorang mamat yg dimaksudkan oleh E-Ya tu. Nak tau apa sebenarnya? Rupa-rupanya mamat ni adalah sikit mcm Mawi, especially kalau pndang dr tepi. Tp Mawi gemuk sikit, mamat ni kurus mcm Mawi mula-mula masuk AF dulu aje rupanyer. Kebetulan mamat ni jalan ngan makwe dia jd tak le kami pandang lama-lama. Nanti kena jelingan maut susah pulak. Cuma aku cakap kat E-Ya, "Ehh, apa dah kau? Langsung tak macam Mawi laa. Lagipun apa kejadahnya si Mawi nak buat datang kat sini, dia tngh rehearsal mcm mana nak jalan kat Palace of The Golden Horses tu utk majlis kahwin dia laa.."

E-Ya jwb, "Mana tahu.. kot kot dia nak shopping kat sini. Tp bila Ya nampak pompuan yg dgn dia tu gemuk, baru Ya tahu sahlah mamat tu bukan Mawi sbb Ekin kurus, tak gemuk mcm pompuan tu".

"Pandailah kau. Dngr pompuan tu baru tahu. Dah cepat jalan, Acik nak beli buah limau ni" kata aku. So kami pun continue dgn shopping kami. Bila dah selesai, kami pun berjalan kat Food Court. Tiba-tiba aku teringin plak nak makan Yong Tau Fu. So E-Ya kata oklah dia akan duduk kat one of the tables tunggu aku. Kebetulan ada satu meja actually dah dioccupied oleh satu couple ni, tp meja mereka bercantum ngan satu lg meja yg kosong tak de org. Akupun cakap ngan E-Ya duduk jelah kat meja kosong tu tunggu aku. Selesai aku beli Yong Tau Fu akupun signal kat E-Ya, "Jom balik"

Si E-Ya lg sekali terexcited. Rupa-rupanya couple yg duduk kat meja td adalah mamat "Mawi" tu ngan girlfriend dia! Diapun cakap, "Acik, betul sebijik mcm Mawi". Hishhh! Lantak kaulah...

Loteri E-Ya yg ketiga. Ini lg bagus.. Dah bertahun kami beli lauk utk makan tengahhari. Yelah sapa nak masak kat rumah ni? Takkan bapak atau mak aku yg dah tua tu? Bahaya...dahlah bapak aku asyik lupa je nak tutup gas. So kami dah larang dia masak. Cuma weekends aje kami masak, itupun kadang kadang.

Dulu sebelum aku sakit, aku balik kerja lambat so biasanya tengahhari E-Ya akan balik umah lepas kelas dia utk beli lauk buat mak dan bapak aku. Dia selalunya beli lauk kat satu kedai makcik dekat food court Danau Kota. Dah lama jugaklah dia beli lauk kat situ sampai semua pekerja kedai termasuk makcik tokey kedai dah kenal dia. Baru-baru ni, mcm dua minggu lepas gitu, tiba-tiba makcik tokey kedai nak berborak panjang pulak ngan E-Ya. Kata E-Ya macam-macam dia tanya.

Mula-mula dia tanya, "Adik, kau ni berapa umur?". E-Ya jawab, "23 tahun".

Makcik : "Ohh dah 23, laa... makcik ingatkan awak ni baru belas-belas tahun gitu" Rupanya makcik tu ingat E-Ya ni bdak-bdak lg sbb yelah, badan E-Ya mmg species "ketot" sikit.

Makcik sambung lagi, "Awak ni beli lauk utk atuk dan nenek awak ye? Awak tinggal ngan atuk dan nenek kan? Bagus awak jaga atuk ngan nenek awak. Muda muda lg dah boleh pukul tanggung jawab. Anak makcik dah 25 tahun dah tp, tak boleh buat apa pun. Ke hulu ke hilir dgn motor, lepas tu kerjanya asyik kena tipu ngan pompuan aje... Ni pun baru frust kena tinggal girlfren". E-Ya kata masa tu dia senyum aje.

Biasanya kami beli lauk 3 jenis paling murahpun harganya RM 10 gitu gitu. Tp hari tu E-Ya balik umah tersengih dan suruh aku teka berapa harga lauk yg dibelinya. Dia beli ayam, sayur pecal, ikan pari bakar dan gulai ikan. Aku cakaplah macam biasa, "RM 12?". E-Ya cakap, "Tak... Acik mesti tak percaya, semua ni RM 6 jerr". Bila aku tanya mcm mana boleh murah mcm tu, haa masa tu lah dia citer perbualan dia ngan makcik tu kat aku. Masa tu aku cuma jwb, "itu ada makna tu..."

Esok-esoknya kalau makcik tu ada kat kedai, siaplah E-Ya... mesti diajaknya berborak. Ada je benda nak tanya. Ada je benda nak tahu.

Makcik : "Awak tak keja hari ni dik?"

E-Ya : "Saya keja petang makcik". Aku cakap ngan E-Ya, makcik tu tak tanya ke kau keja apa petang-petang? Jangan dia ingat kau keja jd "cikgu masak memasak" atau keja kat "Silver Tortoise Cabaret" sudah...

E-Ya ni sebenarnya keja dia ialah private tutor. So that's whylah dia keja petang. Dia hanya boleh start keja bila students dia dah balik sekolah. Nasib baik jugaklah waktu keja dia mcm gitu. Sebab dia boleh allocatekan time sebelah pg utk bawa aku gi hospital bila aku ada appointment. Ada masa utk uruskan makan minum atuk dan nenek dia dan mcm mcm lg.

Berbalik pd citer E-Ya dan makcik td. Si E-Ya ni kan aku pernah cakap dia ni org tua-tua mudah suka ngan dia. Apa lg... so semalam utk dua lauk harga cuma 4 hinggit, hari ni empat lauk hanya 6 hinggit. Ini sudah bagus... jimat duit...

Tapi hari ni special, hari ni ada ada extra. Hari ni anak makcik ada sama....Kuang kuang kuang... Siap makcik promote lagi, "Tu la anak makcik tu ...". Ekekekeke.... Kau pandang aku, aku pandang kau... waduh waduh!

Apa E-Ya buat? Buat bodo je, kata nya... Yelah..., nak tenggelam satu pulau Okinawa nanti? Dilanda puting beliung Aizato - malapetaka lg hebat dr Tsunami .. hahahaha...!

5 comments:

sarahH said...

laaaaa....ingatkan loteri 1 juta tadi!!!

acik doakan la sy murah rezeki lagi di masa hadapan. untung2 next time boleh belanja lagi!

tp nak komen sket la...blog ni bnyk sgt la promosi ttg cik E-ya tu. mcm Big Star plak dia kat sini... ish..ish..ish...

lps tu suka ati dia plak nk dictate entry blog org lain (merujuk kpd entry BBQ yg lepas-konon nk update dlm blog dia "yg kurang publisiti itu"...hehehehe...tp kutunggu-tunggu tak kunjung tiba jugakkkk). Trust me, you're not the only victim, even sy pun dia dictate jg apa yg boleh ditulis dan apa yg tak bleh ditulis spy tembelang dia tak pecah!!hahahahaha

r2d2 said...

Tu lah pasal. Dia bukan big star tp big nose - hidung tomato... hahahaa

ais T said...

jgn risau pasal tsunami aizato tuh acik...tak tergugat dek anak makcik tuh hahaha cik nak join duduk kat golden horses bleh??

r2d2 said...

Nak join? No hal. Kita org dok kat dalam, ais T dok camping kat bawah patung-patung kuda dia tu... yelah mana ada duit lg dah nak sewa bilik lain, terlucut seluar kecik nanti hahaha...

D said...

so cuuuuute cerita E-ya and anak makcik jual lauk! ;)