Monday, January 26, 2009

Update yg tak berapa up to date

Haritu 21 January, was my appointment at the radiology unit. I had my x-ray and CT scan done. The appointment was at 8.00 a.m and I was the first to be called in. No sweat, settled in less than 15 minutes. After that we, E-Ya and me i.e, went to the CT scan counter pulak to register.

As usual I was given the contrast liquid to drink but this time it was at 30 minutes interval per cup. I don't know whether its just my taste, but this time the iquid had a slight "orangish" taste. Even the color is yellow. The one that I had earlier at Pusrawi was colorless. This was my second experience, so I had no qualms about it. But there's this one Pakcik whom I believe was his first experience doing CT Scan and thus, not used to the taste said, "Hish, dahlah dia suruh kita puasa, bg pulak air mcm ni. Kalau bagi air kopi kan bagus...". Hahaha...

That pakcik was first to enter, I was second. He took a long time to finish but my session was over in just 30 minutes. I thought I could go back after that, but suddenly one of the nurses came up to me and said that I need to have an ultrasound done. I asked her why do I need an ultrasound, as I remembered the oncologist saying only two procedures, x-ray and CT Scan no ultrasound mentioned. The nurse replied, "Saya tak tahu pulak kak, nanti dekat ultrasound akak tanya doktor ye". Time ni hati dah tak sedap dah.

20 minutes later I was called in by a doctor. As she was preparing me, I asked, "Dr. ada yang tak kena ke?". She replied, " Nak double check je. Td masa CT scan ada nampak something kat hati". She then continued scanning me for several more minutes. As she was scanning me, again I asked, "Apa kena dgn hati saya?"

The Dr replied : " Mmng ada something kat hati ni, tp saya rasa tak ada apa kot. Ni mungkin air sj", and continued with her scanning, but this time not only at the liver area but also the abdomen. When she had finished again I asked, "Cancer dah merebak ke situ ke Dr?". Again the doktor said, "Saya rasa air je ni. Saiznyapun kecil aje 0.3 cm. Tp tak pe lah kena tngok CT scan balik dan kena tunggu apa oncologist kata". Aku time tu tak tahu nak cakap apa dah. I just thanked her and went out the room.

Kat luar bilik E-Ya dah tunggu. Dia duduk atas lantai mcm org mintak sedekah aje rupanya sebab kat situ kebetulan memmg tak de kerusi. Bilik tu sebenarnya depan dia corridor je, tmpt menunggu giliran jauh sikit. As I was a "tangkap muat" punya patient, tu yg tak payah ada nombor tu, terus dapat masuk je.

E-Ya tanya kenapa aku kena buat ultrasound and I told her everything the Dr just said to me. She then said, "Do you think the cancer has spread to your liver?" I simply answered, "I don't know, just hope for the best".

******************************************************************************************************************

22nd January pulak was my appointment at the Gynae-Onco clinic. Sampai-sampai je dah ramai yg menunggu giliran. Aku no: 9, skrng baru dipanggil patient no 1 . Hemm .. lama lg, kata hatiku so akupun duduk di salah satu kerusi yg kosong. Di sebelah kananku seorang makcik yg dah agak berumur jugak orgnya manakala di sebelah kiri adalah sorng perempuan Melayu yg asyik menanda membetulkan kertas kerja student. Aku rasa dia sorng pensyarah sbb aku jeling-jeling gak apa dia buat dan aku nampak logo UKM dan kertas kerja yg dibetulkannya itu kepunyaan "Ummu Something" sedangkan nama dia Rokiah (Dngr masa nurse panggil nama dia). Oleh kerana dia tak berapa nak berkomunikasi ngan aku, akupun diam jelah. Tapi makcik disebelah kanan ku peramah orngnya.

Makcik ni (aku namakan dia makcik A lah ye, sbb lupa tanya nama) dtng dari Ipoh. Dia direferkan oleh hospital di sana utk dptkan rawatn susulan di HUKM ni. Makcik A ni dtng hospital ditemani bukan setakat oleh anak-anak dia tp cucu cicit diapun sekali dtng. Bertuah betul makcik A ni. Separuh org tua tu aku tngok, dahlah jalanpun tak larat, tak de sapa-sapa pulak pun nak temankan.

Setelah makcik A cakap-cakap ngan aku, akupun tanya lah dia sakit apa. Dia kata perut dia rasa sakit, tp taklah berapa kuat. Masa buat CT Scan di Ipoh, doktor kata dalam kawasan peranakan dia ada ketulan. Doktor tak cakap pulak ketulan dia itu bahaya ke tidak, cuma disuruh dtng HUKM je. Dia risau sbb dia takut kalau-kalau dia kena operation nanti. Aku senyum je dngar, sbb aku teringat kat mak aku. Diapun mcm makcik A tu jugak, takut kena operation.

Lepas tu giliran makcik A pulak tanya aku sakit apa. Akupun cakaplah aku cancer, cancer dinding rahim. Muka makcik A agak terkejut aku tngok. Mungkin dia risau sbb aku sakit cancer tp dptkan rawatan di situ sama dgn dia so akupun cepat-cepatlah cakap, " Di sini semua org pompuan yg sakit bahagian peranakan akan dtng kat sini makcik. Saya dah sahlah cancer, tp makcik mungkin sakit lain". Lepastu dia tanya lagi apa tanda-tanda cancer aku tu. Alamak... ni yg payah nak citer ni. Kang aku cakap sakit perut, ada ketulan, dah samalah pulak mcm makcik A punya symptom. Kang tak pasal-pasal panik pulak dia, kata hati aku. Macam mana ni...

Mahu tak mahu aku cakaplah jugak yg aku dulu pun sakit perut jugak tp sakit perut aku kuat sngat sampai adakalanya tak boleh nak jalan asyik baring mengerekot aje. Lepas tu aku juga cakap menses aku pun tak berhenti-henti. Mendengarkan itu mungkin makcik A lega sikit sbb dia tak de pendarahan. Itulah aku cakap ngan dia lain org lain sakitnya. Kalau pasal dia takut operation tu, aku kata kat dia rasanya doktor tak kan buat kalau badan dia tak kuat.

Anak makcik A yg duduk sebelah mendengarkan kami bercerita pun setuju ngan cakap aku. Dia cuba tenteramkan mak dia supaya jgn pikir sngt pasal operation. Anak dia siap komen, "Mak ni asyik risau je nak kena operation. Badanpun dah tambah kurus". Sambil memandang kat aku, " Tengoklah badan mak saya dah kurus, 44 kg je".

Aku gelak, pandang kat dia pastu cakap, " Tu OK lg tu makcik 44 kg, saya 37 kg je." Haa.. ringankan aku? Makcik A yg kecik comeltu pun 7kg lagi berat dr aku. Sejak sakit badan aku turun 2 kg. Akupun heran, makan berselera bahkan appetite lg bagus dr dulu, cuma berat badan tak naik-naik. Sebenarnya sejak dulu lg aku ni mmg jenis susah nak naik berat badan. Ntah gene (atau jin?? Hahaha) apa yg ada dlm badan aku ni...

Dalam kami berborak-borak tu masuk seorang lagi makcik, namanya Makcik Nab. Dia datng sorang je. Masa tu aku tengok dia jalanpun mcm tak kuat, badan mcm nak condong ke depan je. Ingatkan dia lemah atau sakit tp rupanya dia mengantuk! Hahaha.. mana aku tahu? Sebab bila dia duduk kat kerusi, kejap lepastu dia tertido... Tp bila bilik menunggu tu dah agak bising sbb ramai orng, dia terjaga dan diapun mulalah berborak sama ngan aku dan makcik A.

Makcik Nab ni rupanya sakit cancer cerviks. Dia dah kena cancer sejak dia berumur 38 tahun lg dan sekrang ni dia berumur 56 thn. Masa dia kena cancer dulu stage dia ialah II A. Dia dah jalani semua rawatan, pembedahan, chemo dan radioterapi. Sekrang dia dtng utk rawatan susulan sj setiap 6 bulan. Aku kagum betul ngan Makcik Nab sbb dia dah cancer free 18 tahun! Akupun tanyalah dia apa yg buat? Dia kata lepas dia treatment dia makan banyak vitamins sebagai supplement. Pernah pd awalnya dia makan sampai 80 biji satu hari! Tp sekrang dia dah kurangkan dosage sbb badan dah agak kuat. Makan dia tak berapa pantang, cuma dia tak makan daging dan seafood sangat. Gulapun dia hentam je sampai sekrang dia kena kencing manislah pulak..

Aku berminat nak tahu pasal vitamin yg Makcik Nab makan so aku tanyalah dia makan vitamin apa. Dia sebut, "Vitamin cancer". Aii, aku kata dlm hati, "Ada ke vitamin cancer"?. Bila di soal lebih mendalam rupa-rupanya dia makan vitamin keluaran Amway dan vitamin-vitamin yg dia makan tu adalah, vit A, B, C, E, Beta Carotene, Garlic dan satu lg .... dah lupalah pulak... Tapi dngar pengalaman Makcik Nab mmng interesting.

Berbalik pd makcik A tadi. Nombornya 8, so dia masuk dulu dr aku. Bila keluar, rupanya makciktu kena dimasukkan ke wad utk rawatan lanjut. Aku tngok muka dia, mcm dah tension. Kesian betul. Tu dia belum tahu lg tu yg kat wad nanti tak boleh org tunggu dia malam-malam. Hem... Aku cuma sempat salamje ngan makcik A sbb turn aku pulak nak kena masuk.

Aku dan E-Ya masuk. As usual nurse Kismah yg dulu buat Chemo aku yg tak jd tu dah sengih sengih kat aku ngan E-Ya. Sebenarnya nurse Kismah sejak peristiwatu mmng dah baik ngan kami. Kami adalah berjumpa dgn dia beberapa kali utk beb. tujuan spt MC dan surat pengesahan keperluan ubat. Dia persilakan kami masuk.

Aku ingat aku akan berjumpa Dr. Suguna balik, tp rupanya doktor lain. Doktor lelaki. Namanya menurut kata E-Ya ialah Mohd. Razzi Kamaruzzaman. Masa aku disoal jawab oleh doktor, kerja dia mengintai nama doktor ...

Dr. Razzi mula dgn bertanya pd aku apa yg telah dilakukan oleh pihak Onco. Akupun jawablah yg Onco dan Radiologi dah buat radioterapi 10 kali pd aku dan dah selesai pada bulan Disember tahun lalu. Lepas ni aku cakap dia org nak buat pulak radioterapi kat para aortic lymph nodes. Dr. Razzi tanya kenapa Onco tak buat kat leher dulu. Ni yg aku lemah ni. Tanya kat aku buat apa? Aku bukan doktor. Mana le aku tahu kenapa oncologist tu nak fokus kat para aortic lymph nodes dulu tidak kat leher. Kadang-kadang aku terfikir jugak, doktor-doktor lain department ni tak bercommunicate ke antara satu lain utk bincang pasal patient? Bayangkan kes mcm aku yg melibatkan 3 pihak - Gynae-Onco, Onco dan Radiology. Kalau masing-masing langsung tak liason utk tahu apa dan kenapa masing-masing buat sesuatu perawatan, aku ni nanti apa jadinya? Uwahhhh !!!

Cuma aku jawab kat Dr. Razzi, "Entahlah doktor, saya terlupa tanyalah pulak. Dia orgpun tak explain kenapa. Agaknya dia org buat berperingkat-peringkat. Mula-mula pelvic, lepastu naik ke atas ke para aortic, naik ke leher, lepastu kepala pulak..." Aku gurau sebenarnya... Nurse Kismah time tu dah tergelak besar. E-Ya cuba cover malu cakap kat doktor, "Makcik saya mmg macam ni doktor. Jgn dngr cakap dia". Kemudian nurse Kismah pulak cakap, "Yelah.. akak ni first time jumpa dulu ingatkan pendiam orgnya. Masa tu dia duduk hujung sana, saya duduk hujung sini. Senyap aje. Rupa-rupanya klakar orgnya". Dr. Razzi walaupun tak gelak tp senyum-senyum pulak dia aku tengok. Dia kemudian suruh aku berbaring sbb dia nak check pelvis dan abdomen aku.

Korang ingattak kisah perut aku yg telah berparut sbb diletakkan dgn bawang putih dulu tu? Hemm... paruttu tak hilang, masih ada. Masih macam corak batik spt yg aku kata dulu. So masa Dr. Razzi tu check dia terkejut tanya kenapa dgn perut aku. Akupun terpaksalah sekali lg dgn tebal muka explain kat dia itu adalah akibat kerana mendengar petua org tua-tua, letak bawang putih utk kecutkan tumor kanser. Dr. Razzi tanya lg sambil membelek, "Bawang putih?" Aku jawab, "Iye, garlic". Agaknya kagum betul Dr tu tngok perut aku. Dia cakap lg, "Tak sangka pulak saya bawang putih boleh buat kulit jd macam ni" Aku jawap, "Sayapun tak sangka" Sabar je lah... Nurse Kismah yg dah tahu citer dr dulu lg, dah tutup-tutup mulut menahan ketawa.

Seperti yg di jangka Dr Razzipun agak concern bahagian liver aku. Dia ketuk-ketuk utk dngr kelainan bunyi pada bahagian-bahagian di abdomen dan pelvis. Dia kemudian cakap mcm ada something kat liver. Akupun cakaplah dapatan CT Scan dan ultrasound aku semalam. Aku cakaplah yg aku dah awarepun ada something wrong dgn liver aku. Kemudian dia check pulak leher aku, lepas tu dia suruh aku duduk semula di kerusi.

Dia cakap dia tak boleh buat apa sekarang hanya boleh monitor aku aje dulu. Since aku katakan yg aku ada buat X-Ray dan Ct Scan baru, dia kata dia akan tunggu filem-filem tu sebelum dia boleh cakap apa-apa lagi lebih lanjut. Dia kata dia nak jumpa aku balik pada 19 Februari nanti. In the meantime dia suruh aku teruskan saja appointment aku utk radioterapi kali yg kedua tu.

Sebelum balik, dia tanya aku tinggal kat mana, and since dia tahu aku single dia tanya aku tinggal ngan siapa. Aku jawaplah sambil menunjuk ke E-Ya, "Saya duduk dgn dia". E-Ya betulkan keadaan, "Bukan doktor, bukan makcik saya yg duduk dgn saya, tp saya yg duduk ngan dia" Ek eleh... minah ni... nak enterfrem jugak... Tak sama ke, kata hati ku. Dr Razzi tanya lg kalau aku datang treatment, ada org temankan ke atau tidak, siapa hantar dan jemput. Lagi sekali aku tunjukkan ke E-Ya. Dia angguk-angguk kepala, sambil cakap, "Baguslah kalau macam tu". Actually soalan ini jg dulu ada ditanya oleh oncologist. Mungkin mereka takut kalau apa-apa jd pd aku, ada org yg nak menentukan nanti agaknya.

Sebelum aku keluar utk balik tiba-tiba Dr. Razzi cakap, "Ok kita jumpa balik nanti 19 Februari. Ni lepas ni nak letak bawang putih lg ke ni?" Aii, Dr ni nak kena plankong?? Aku tengok muka dia, ingatkan dia perli aku tp rupanya dia cakap tu sambil ketawa. Mungkin dia teringat perut aku yg bercorak batik tadi. Mungkin aku patient pertama dia yg mempunyai perut mcm gitu. One in a million. Hahaha... E-Ya yg jawab, "Tak Dr. lepas ni tak letak kat perut dah, tp nak makan pulak". Aku balas balik, "Haa... yg kat perut tu pun dulu dia lah punya angkara. Semua dia punya pasal". Lepas tu kami semuapun gelak ramai-ramai. Masa aku dah keluarpun aku masih boleh dngr doktor tu dan nurse Kismah tergelak-gelak lg. Sabor je lah...

3 comments:

life is ... said...

Salam

Just came across ur blog through Kak Raden's blog.

If you dont mind, how long have u have this cancer?... Sorry, I am just a new block with this blog thing and thus, I dont know how to look at previous one. Lame excuse huh?

I have a cyst on the reproductive organ part, detected two years ago. Got it removed and had it check. Alhamdulillah, it was non cancerous. Since then, I try not to eat junk food and start to have this so called healthy eating habit. Yet, it is based on my definition (ikut rentak sendiri je).

Anyway, I know it must be hard for u with this situation.

Hang on there. I know you can be cancer free. Who knows kan, that new Dr could be the one helping you to get better?....

Anyway, this is my email for the time being: hadijah.jaffri@dur.ac.uk. Oh ya, Kak D (pause to reflect) did give me this doa. If you want, I can forward it for you. Take care!

Anonymous said...

Sis "life is ..." (Nak dekat dekat "love is ..." Hehehe)

I've posted my respond to ur email. Anything else just buzz me. Daa...

Anonymous said...

Badan tu tak naik2 bukan sbb gen ke hape..tp sbb mkn tak bace Bismillah..huh! tu la jadinye...
Membela pun ye jgk..kuikuikui