Saturday, March 14, 2009

Friday the 13th ....

Walaupun hari ni dah hari Sabtu Friday the 14th, tapi aku nak tulis pasal Friday the 13th... Aku ni bukanlah jenis orang yg percayapun pasal benda-benda mengarut macam Friday the 13th ni. You know... org kata it's bad luck day and all, tapi ntah lah apa yang berlaku kat aku hari Jumaat tu betul betul telah membengangkan aku. Mungkin lebih kepada coincidence je kot dan tak de kena mengenapun dengan Friday the 13th ni.

Begini. The day before iaitu Khamis, aku berhasrat nak withdraw sikit duit dari akaun ASB aku. So aku pun drivelah ke Pejabat Pos Gombak dekat rumah aku tu. Masuk je dalam aku lihat begitu ramai punya orang and since I have another appoinment to fulfill, takut lambat punya pasal, akupun keluar dan made up my mind utk ke *** bank Gombak je.

Sampai di *** bank akupun ambillah borang withdrawal utk di isi. Lepas tu ke kaunter utk ambil nombor giliran. Tiba-tiba datang budak pompuan yang jaga kaunter tu cakap, "Kak, urusan ASB dah tutup". Aku pelik juga. Awalnya tutup. Aku tengok jam baru pukul 3.45 ptg. Akupun cakaplah kat dia, "Belum pukul 4 dah tutup ke?" Budak tu jawab, "Tulah akak lambat sikit aje. Baruuu keejaaap aje tadi tutup... Duit dah habis" What? Aku dengar betul ke ni? Duit dalam bankpun boleh habis ke? Tapi memandangkan malas dah nak bertanya, akupun ucap terima kasih dan keluar bank, lagipun aku ada appoinment lain.

Esoknya Friday 13th. Memandangkan semalamnya tak dapat keluar sbb duit dah habis, hari ni akupun sajalah keluar lebih awal sikit, pukul 11 pg ke bank yang sama utk urusan ASB aku. Kali ni E-Ya ikut sekali dgn aku. Nasib baik, hari ini dapat nombor dan giliran aku 0039. Aku tengok kaunter bank ada lebih 10, tapi hanya 3 saja yg berfungsi. Dua utk urusan biasa bank , satu utk urusan ASB. Yang lain kenapa ditutup, Tuhan aje yg tahu.

Setengah jam aku tunggu utk nombor capai 0038, by logic lepas tu nombor akulah 0039. Tp dah dekat sejam aku tunggu tak dipanggilnya. Aku dah gelisah, merungut dgn E-Ya, "Kenapa tak pangil panggil ni?" E-Ya cakap, "alamat lambat lg lah tu... tak pe kita bagi lagi 10 minit. Kalau tak panggil jg kita balik je lah" Aku bantah sbb aku semalam dah dtg, pun tak dpt, takkan hari ni nak balik pulak. Esoknya dah Sabtu. Lagipun aku malas nak keluar dua tiga kali ni... Nak ke bank lain jauhlah pulak.

Sebelah akupun ada sorang kakak menunggu utk urusan ASB juga dan aku tanya nombor dia, di jawabnya, "0040". Aku cuba-cubalah perhatikan kaunter yg deal dgn ASB tu, dan aku nampak budak pompuan teller tu asyik ke hulu ke hilir je kerjanya. Lepas tu kalau ada org datang kat kaunter dia, dia akan entertain org tu. Aku dah naik gelisah. Jam sekarang dah nak menuju 12.30 tgh hari, aku nak kena beli lauk utk parents aku lagi tp nombor aku tak jugak dipanggil-panggil.

Aku start naik hangin bila aku tengok budak tu dahlah tak panggil nombor aku, tp dia pergi pulak ambil beberapa borang "remittances" depan dia dan kemudian dipanggilnya pulak pelanggan yang dah isi borang tu utk dientertain. Org-org tu masuk lg lambat dr aku pulak tu. Aku pandang kakak sebelah dan cakap, "Teller tu dah lupa ke kewujudan kita?". Kakak tu jawab, "Tu lah, cubalah pergi tanya dia kenapa tak panggil-panggil kita ni."

Akupun bangunlah dr kerusi dan berjalan-jalan depan kaunter budak teller ASB tu. Masa tu dia ada sorang customer. Agaknya dia prasan aku berlegar-legar memegang buku ASB aku depan kaunter dia maka dia pun cakap, "Urusan ASB kita dah tutup ye ..." dgn selambanya. #@@&*! Apaaa....? Semalam aku dtg pukul 3 lebih korang kata dah tutup and fine lah aku tak diberi nombor giliran lagi, tapi hari ni aku masuk dari pukul 11 lagi dan sekarang baru je pukul 12.30 kau org kata dah tutup jugak?! Tapi aku tak menjerit kat situ, walaupun aku rasa macam nak aje...

Aku cuma cakap, "Kalau awak dah tutup, kenapa tak cakap? Saya dah tunggu sejam lebih dah ni ..." Ooi, baik punya budak, bukannya dia nak apologise, malah boleh cakap lagi, "Saya dah tutup kaunter ASB dah untuk hari ni. Akak tak payah tunggu". Ewah-ewah... salahkan aku lah pulak sebab menunggu? Aku pun cakap lagi, "Saya bukan saja-saja tunggu. Saya ada nombor". Akupun tunjukklah nombor giliran aku. Sementara tu kakak sebelah aku pun dah ada sama di sebelah aku tunjuk nombor dia jugak. Masa tulah budak teller tu buat muka merungut, "Ini lah jadinya kalau org kat sana tu tak reti buat kerja" Dia nak salahkan budak yang jaga kaunter nombor pulak. Diapun terjerit panggil budak tu cakap, "Jangan bg lagi nombor ASB, kaunter sini dah tutup".

Agaknya dia bising buat kecoh ada officer dia perasan, officer tu panggil dia ke tepi dan cakap sesuatu. Lepas beb. minit, teller tu balik semula ke kaunter dia dan still with no apologies what so ever, muka kelat cakap kat aku , "Kalau akak nak juga buat urusan ASB akak kena tunggu. Tapi saya tak janji cepatlah sbb sistem kita lembab". Dalam hati aku berkata, "Sistem lembab ke atau kau yg lembab". Tu diaa... aku dah tak boleh tahan marah dah time tu... Dah dia yg tak reti liaise dgn bdak kaunter jaga nombor tu dia nak merungut pulak sbb mcm terpaksa nak layan aku?

Aku pandang muka dia dan cakap,"Tak palah" dan aku campak nombor giliran aku dlm tong sampah. Ntah masuk ntah tidak aku tak tahu sbb aku dah pusing jalan. Ghrrr!!!Gerammm!!! Aku tambah-tambah geram sbb dia buat macam aku pulak yg seolah-olah bersalah. Sbb aku tambah beban dia kena kerja lebih sikit utk entertain urusan aku. Heee... tak pernah aku segeram ini... Dalam kereta banyak-banyak aku beristigafar.

Lepas zohor pulak aku bercadang nak cuba balik ke Pejabat Pos utk buat urusan ASB aku. Aku sampai sana, akupun ambil giliran. Kali ni nombor aku 1479. Aku tengok kat mesin nombor di atas nombornya 1374. Mak datuk... tak kan aku nak tunggu sampai 100 lebih utk giliran aku? Mulanya tunggulah juga dalam 30 minit tp lepas tu tengok nomborpun macam tak bergerak semacam, masih pada 1378 akupun keluar. Kali ni nak cuba pulak pegi MAYBANK Wangsa Maju, sebelah Carrefour.

Aku tak pernah masuk lagi bank ni. Ni first time aku ke situ. Cari kaunter macam tak ada. Kat groundfloor tu cuma ada ATM dan Cash deposit machines aje. Mana kaunter dia ni, kata hati aku. Rupa-rupanya kat first floor. Tapi sebelum sempat aku nak naik aku nampak kat tangga tu tertulis, "Sorry, computer off line" Hemm... sah-sahlah tak boleh buat urusan jugak. So akupun keluar. Pikir mana lagi nak pergi ni...

Tiba-tiba teringat kat dalam Carrefour ada sebuah pejabat pos. Akupun ambil kereta dan buat U turn utk ke Carrefour. Cepat-cepat aku parking sebab waktu dah dekat pukul 3.30 ptg. Sampai je dekat tempat pejabat pos aku nampak ramai orng berkumpul. Ingatkan ramai orng singgah tengok barang-barang yang dijual dekat kedai depan pejabat pos tu, tp rupa-rupanya ramai org tunggu utk urusan dgn pejabat pos... Jawabnya ... yaa ... you guessed it right. Balik rumah je...

Sampai rumah, lepas Asar cadang nak berbloglah pasal appointment aku di HUKM, tuliskan apa yang berlaku pada hari sebelumnya, iatu Khamis. So akupun taiplah berjela-jela, alah ... mcm tak biasa, ngeh he he he.... Lepas tu macam tak de idea nak susun ayat, aku pun stop tapi ntah tersilap ke atau sbb Friday the 13th ke, aku agaknya tertekan button "publish post" instead of "save now". So rasanya posting aku yang bertajuk "Life's not fair?" telah terpublish sekejap without me realizing it. Pagi ni baru aku tersedar. Entry tu kalau sesiapa dah terbaca mesti tergantung punya kan? Sorry le. Ini hari ni aku dah completekan, dan kalau sudi bacalah balik kat bawah tu...

Hemm... apalah malangnya nasib aku hari tu, semua serba tak kena. Friday the 13th or what?

5 comments:

Anonymous said...

Lerr kemain benorr kat atas censored nama bank, last2 kat bawah tulih maybank jugak! Ceh!!!

Sahlah teori ya yang banyak suiz and wires dah short!! Hahahahaha :D

r2d2 said...

Ohh ... kurang asam punya budak kata makcik kau ni punya suiz dan wire dah short ye... Acik pecah semua rahsia kau nanti baru tau..

Kassim Selamat said...

hahaha...(^_^)

Senyum tengok anak sedara dan makcik bergurau.

Moga ceria2 selalu.

life is ... said...

Hai apa nak jadi dengan malaysia ni ek, bank tak cekap, kementerian pun tak cekap (walaupun bukan semua tapi inilah hakikatnya)

Lain kali kan kak, apa kata buat sikit drama?... org malaysia ni kan suka benda2 drama ni?... saya ari tu kat putrajaya, siap buat drama lagi. Drama apa?... drama air mata la... hahahha.... geram sangat sampai terkeluar air mata.... ada ka patut cakap "Minta maaf. Kita terlepas pandang permohonan Cik untuk buat kajian kat IPTA (yg mana diorg kena kasi surat kat KPT untuk kasi kelulusan)... boleh siap cakap, kalau nak cepat, Cik hantar la sendiri surat yg kitorang buat ni dan hantar kat KPT. Ya Allah, tak semena jadi office girl tak bergaji dia pula. Walhal semua application tu dah dibuat dua bulan sebelum balik malaysia... lambat sungguh nak amik tindakan...

Saya pun buat la plan mcm mana nak kasi semua ni siap dengan cepat. Worst come to worse kena la bikin sikit drama tak ada budget kat KPT. Bila sampai kat KPT, org berkenaan yg kena tanda tangan surat kelulusan pi kursus jadi saya tak boleh nak dapat apa2. Apa lagi terembes la air mata ini.... panic pegawai2 kat situ...

Nak tau tak, semua proses tu dapat diselesaikan even tanpa pegawai yg tanda tangan tu. Selain tu, saya juga ada la membuat sedikit rungutan kepada org tertentu di jabatan yg sama (yg mana org tidak tau yg saya kenal ini orang la kan... hahahha.... we never know la kan we know who in which dept ke apa).... Alhamdulillah walaupun plan kena rombak sikit, janji keja jalan.... ni hasil daripada sedikit drama tanpa budget saya... sekian, terima kasih.... hahahhaha

r2d2 said...

Salam Hadija,

Tak pe sekali sekala jd drama queen, janji urusan beres. Hahaha ... Itulah Malaysia tercinta... ingat nak blog lah pasal benda macam ni ni, akakpun ada pengalaman jugak, lebih kurang lerr, tungguuu...


Salam Encik Kassim Selamat,

Hemm... si E-ya tu dgn saya mmng mcm ni selalu. Dia tu w/pun dah tua bangka tp dgn saya kadang-kadang perangainya mengalahkan bdak ingusan. Saborje laa...