Sunday, March 8, 2009

Part I - Alahai Penang ...

It's been 3 days since we got back from our holidays (ewah... lagak bunyi mcm baru balik dr Switzerland jer kan? ... pergh!). Apa macam rasa nyer? Well ... ada yg seronok ada yg tak. Biasalah ...

Actually even before the trip starts, E-Ya dah prepare itinerary ... yes don't play play ... itinerary, wa cakap sama lu ... Dia telah melantik diri dia sendiri utk jadi program manager bg trip ni. Dia siap surf the net lagi utk cari tmpat-tmpt yg layak dilawati especially in Penanglah since dia tak pernah ke Penang lagi. Langkawi tu kurang sikitlah dia buat search sbb dia baru aje pergi ke situ last year so more or less she still remembers the attraction spots over there.

So dgn rajinnya dia pun catatlah hari ni buat apa, esok pergi mana, lepas bangun tido, sebelum bangun tido, kalau plan A tak jadi, apa pulak plan B nya, semua siaplah pendik kata. Semua dia dah taip dlm laptop ni. Siap dalam bentuk table lagi, ada headings spt Date/Time, Venue, bercolor-color. Begitu diligentnya dia membuat benda tu. "Gorgonize"nya mengalahkan Cik Kiah yg nak pergi rombongan ke Sukan Komanwel. Hahaha ...

Tiga hari sebelum kami bertolak, itinerary dahpun siap. Tapi, in the end tahu apa jadi? Ada ke masa dalam teksi on the way to LCCT, E-Ya yg duduk sebelah drebar teksi, pusing belakang cakap kat aku... "Acik, Ya lupa print out itinerary la..." Sabor je la... So dengan itinerarynya ntah ke mana, kami punya trip ni sebenarnya jadi semacam "hentam sajalah" punya trip.

First destination kami was Penang. Kami sampai airport dia lebih kurang pukul 2.40 pm gitu. Terus ke taxi counter sewa teksi airport utk ke hotel. Rm 47 itulah farenya. Kami rasa mahal betul especially bila dapat tahu distance airport dan hotel kami tu taklah jauh sgt.

Our taxi driver was a Malay man. Dia ni OK, tp there was something about him that worries me. No lah... bukan sbb muka dia mcm serial killer or anything like that. You see, at the airport itself masa dia dpt slip charter kami tu, dia tngok je terus dia keluar balik dr teksi pi kat teksi belakang, sort of like bertanyakan sesuatu kat the other taxi driver.

"Aii, nampak gaya driver kita ni mcm tak tahu jalan je ni" I said to E-Ya. And sure enough, mmglah sah-sah dia tak tahu. Our hotel which actually was an apartment, is in Tanjung Tokong. Jalan ke Tanjung Tokong drivertu tahulah, tp the exact location of the apartment tu yg dia tak tahu. Apa daa... So when we reached Tanjung Tokong, he had to stop three times to ask for direction. Mula-mula sekali dia stopped tanya kat satu Indian stall by the roadside, tanya mana apartment kami. Tokey stall suruh dia jalan lg depan. So off we went lagi ke depan. Then dia perasan jalan dah nak masuk Tanjung Bungah so once again he stopped. This time kat this one Malay restuarant and tanyalah kat tokey restaurant tu mana "Leisure Bay". Tokey restaurant tu pulak dgn confidentnya kata kami dah terlepas, kena patah balik, nanti kat traffic light, pusing kanan. So patah balik was what we did. Tapi usahkan apartment, bayangnya pun tak nampak...

Last sekali, taxi driver tu berhenti lg, kat another roadside stall. Kali ni dia tanya sorang mamat atas motosikal yg tengah berhenti beli rokok di situ. Mamat tu adalah bagi direction kat dia, tp kami tngok taxi driver tu mcm blur je. Agaknya mamat tu pun prasan, so in the end dia dgn murah hati offer utk tnjukkan sendiri di mana location sebenar apartment kami. Phew! Lega ... kalau harapkan taxi driver tu, mahu agaknya kami ni berjam-jam asyik pusing pusing Tanjung Tokong dalam taxi je. Dan nasib baik tambang dah fixed, taxi tak pakai meter.

So mamat tu pun naik motor jalan depan dan kami pun ikut dr belakang. Nak tahu apa yg berlaku selepas ini? Ini bukan cobaan...tapi betul betul kejadian ... Begini. Ingat td aku cakap kami ada stop kat satu restaurant utk tanya direction? Alah, tokey restaurant yg memberi direction dgn confidentnya tu laa.. Weren't we told that we've terlepas and had to turn back, traffic lights and bla bla bla....? Dey!!!... rupa-rupanya apartment kami tu betul betul belakang restaurant dia! And I mean betul-betul belakang ni... pintu pagar apartment tu tak sampaipun 20 meter dr restaurant dia. Tak ada apa-apa penghadangpun antara kedua-duanya. Siap tulis lagi nama apartment kat tembok sebelah kanan tu. Dari jalan raya tak nampak sangat, sbb tertutup sikit dek restuarant. Nak kata tokey tu tak tahu sbb dia baru buka business di situ, restaurant dia dah agak buruk. Nak kata pulak apartment tu baru tertegak semalam sampai dia tak tahu ttng kewujudannya, apartment tupun dari segi fizikalnyapun dah lama, paling paling dah tiga empat tahun dibina. Pelik bin ajaib betul tokey tu tak perasan apartment tu belakang restaurant dia aje... Hish!

Anyway we were relieved. At last we finally reached our destination. Kepenatan, dan kebengangan terubat apabila mendapati apartment kami memuaskan. Kalau tidak, mahu aku terbalikkan aje meja kat situ jugak. Hahaha ... Apartment kami ada dua bilik. Ada fridge, microwave, toaster, cooking stove, yg lain-lain tu standard mcm hotel hotel lain jugak. Swimming pool and gymnasiumpun ada. Dekat dgn amenities, within walking distance to Island Plaza. Apartment tu pulak bahagian dapurnya overlooking the sea. Walaupun agak jauh tp masih boleh nampaklah laut tu. Malamnya cantik, very breezy.

Dah letak beg and buat apa-apa yg patut, kamipun keluar utk makan. The last meal that we had was at LCCT and that was hours ago. So naturallylah sekarang perut masing-masing dah keroncong. Depan apartment mmng ada restaurant tu, tp ianya hanya dibuka malam. So we decided to walk to Island Plaza to look for food. Jangan haraplah kan kat sini nak jumpa pasemboq ka, cendoi ka atau laksa ka so we settled for a meal at Dome. Kalau ikutkan bukanlah aku suka sgt tempat-tempat mcm ni tp dah lapar, so hentam sajelah labu... Habih makan cost utk tiga org terbeliak bijik mata - RM 120an. Aku dan E-Ya buat bodo, so si Fizah kakak E-Ya lah yg terpaksa bayar. Hehehe ...

The next day we all charter taxi utk bawa kita orng jalan-jalan sekitar Penang. Mahal jugak but we've got no choice. Memandangkan tukang yg buat itinerary dah terlupa itinerary, so kamipun agak celaru jugak mana satu tempat yg nak dituju dulu. Tambahan pulak kami tak lama di Penang. So will it be Botanical Gardens? Chowrasta? Bukit Bendera? Fort Cornwallis? Tokong Ular? Butterfly Farm? Kuil Kek Lok Si? Bird Park? Or Permatang Pauh? (( Teringin jugak tu... ))

So fikir punya fikir dan memandangkan masapun terhad, we all decided to go to Bukit Bendera dulu. So early the next morning at 8.30 am we all suruh taxi yg kami charter tu ke sana. Di Bukit Bendera, it seems that we're the first to arrive. Orng lain tak de pun. Tapi kami OK je. Tak de orang lg bagus ... boleh posing-posing maut atas Bukit Bendera nanti.

Kami pun beli tiket dan lepastu terus ke tempat menunggu cable car. Tiba-tiba, "Awai ni. Cable car pun tak mai lg. Nanti pukui 9 stengah baru dia mai. Pi lah jalan-jalan di luaq dulu", datang dari mulut Pakcik tukang sapu. Adey! Tengok jam ada lebih kurang 40 minit lg. Mesti pakcik tu ingat kami begitu bersemangat nak naik cable car...

Kamipun jalan ke luar, tp nak jalan ke mana? Bukan ada apapun kat luar tu. Kedai pun baru dua aje yg bukak. Satu jual barang makanan ringan dan satu lg jual souveniers. Mahu tak mahu singgahlah jugak. Belek sana, belek sini adalah beli 3 fridge magnets dan 3 key chains. Lepastu tak tau nak buat apa dah. So aku cakap, "Kita tangkap gambar!", maka berlakulah adegan-adegan bodo di depan tembok yg tertulis "WELCOME TO BUKIT BENDERA" tu ...

Bila dah 9.15 kamipun pergi balik ke tempat menunggu cable car. Tengok-tengok dah ada satu gerabak yg sampai. Kamipun ambil satu section. 10 minutes later, barulah ada orng lain masuk. Foreingers and locals, all in all adalah kami dalam 12 orang satu gerabak tu. Naik cable car ni best jugak, dapat tengok Penang view. Udara pulak nyaman ...

Sampai kat atas lagi best. Memandangkan tak de org, as usual kamipun bebaslah tangkap gambar apa pose yg kami mahu. Kami posing merata. Kat tepi railing yg overlooking Penang ada, dekat fountain ada, kat meriam ada, kat pokok ada, kat tiang lampupun ada. Ada satu masa tu kami punyalah asyik berposing kat gerabak keretapi lama di situ, tak sedar rupanya ada sorang Uncle Cina dok asyik pulak merakam aksi kami dgn handphone dia. Aku yg perasan, bagi tahu kat E-Ya dan Fizah, "Wei, uncle tu tangkap gambar kita lah, jom blah..." Ntah kenapalah Uncletu nak tangkap gambar (atau video?) kamipun tak tahu. Tapi... kalau korang ada terjumpa kat You Tube tiga orng pompuan macam gila meroyan kat atas Bukit Bendera... haa... kami lah tu... Hahaha ...

Lebih kurang 1 jam berjalan-jalan kat atas Bukit Bendera, kamipun turun. Mulanya nak ke Botanical Gardens tp akhirnya cancelled. Budak-budak ni pulak tak nak pergi tmpat-tmpat macam Tokong Ular, Kuil Kek Lok Si atau Fort Cornwallis. Aku pulak dah pergi dah masa aku kecik, darjah 4 dulu. So kami minta aje suggestion dr taxi driver. Dia suggest pergi satu kedai ni - kedai jual kopi. Dia kata, "They sell the best coffee in Malaysia". Yeke? Nak tahu punya pasal, kamipun ke situlah. Rupa-rupanya kedai ni bukan jual kopi aje, teh ada malah coklatpun ada.

Masuk aje kedai kami diberikan sample kopi dan teh utk dicuba. Yg pelahap minum nya ialah Fizah sbb dia memang hantu kopi. E-Ya lebih suka teh dan aku pulak takut nak minum takut memudaratkan condition aku. Tp dalam takut-takut tu aku adalah jg minum mint tea dia, bolehlah tahan... 15 minutes later kami keluar dr kedai setelah membeli satu paket each of lemon tea, mint tea dan si Fizah pulak dgn white coffea dia. Masuk taxi aje tiba-tiba drivernya bersuara, "Ikut kajian, minum kopi ni bagus. Boleh elakkan diri dari kena kanser". Aii, macam dia tahu-tahu je aku ada kanser. Lagi pulak, betul ke maklumat yg dia cakap ni? Adakah mungkin kerana selama ini aku tak suka minum kopi maka aku kena kanser? Tak pernah pulak aku terbaca artikel macam gitu, tp aku diamkan aje. Menangguk setuju tidak, menggeleng membangkangpun tidak.

Lepas kedai kopi kami minta pulak taxi driver tu bawa kami ke tempat yg jual jeruk. Orang kata, (bukan aku kata ye...) kalau mai Penang, tak beli jeruk tak sah. Paling-paling kena beli buah pala dia. Tambahan pulak bila sedara mara tau yg kami nak ke Penang masing-masing dah siap-siap mengirim jeruk itu, jeruk ini. So off to Chowrasta we went. Dah borong jeruk, kami pun suruh taxi driver hantar kami balik apartment as we have to check out sbb free voucher kami hanya utk 1 night stay saja di situ. Kami akan pindah ke Copthorne Orchid, Tanjung Bungah pulak for another 1 night di sana. Yg ni belanjanya sendirian berhad tp sebab si Fizah ni member of Swiss Garden holidays, kami dapat room at discounted rate of RM 80 only.

Bila dah check in di sini, kami dah tak jalan-jalan dah. Ke pantai atau bazar malam di Batu Feringghi tak, makan ke Gurney Drivepun tak. Actually budak-budak berdua tu yg tak mau. Aku orait je nak ke manapun. Dia orng kata buat apa nak ke bazar malam, kat KLpun ada, makan hawker food pulak si E-Ya kata tak elok utk health aku. Sedihnya hati time tu...

Bercakap pasal makan, actually sepanjang dua hari kami di Penang ni, kami tak cubapun satu Penang delicacies yg selalu disebut-sebut spt nasi kandar, pasembor dsbnya. Walaupun teringin sangat, tp mengenangkan yg aku tak boleh sembarangan makan jd kena lupakanlah saja keinginan tu. Selain dari aku makan salad, fish and chips kat Dome hari tu, antara tempat-tempat lain yg kami makan adalah di BBQ Chicken. Di sini jg ada dijual white flesh fish dan masakannya semua menggunakan extra virgin olive oil, banyak salad and fruit juices. Pricepun tak mahal sangat. Satu lagi kami makan kat one local pizza outlet. Ada mushroom soup dan green tea. Cuma ada sekali tu aku nak jugak, so kami makan kuetiaw goreng, Penang style. Cari laksa tak jumpalah pulak.

Selain dr Bukit Bendera, cuma satu aje lagi destinasi yg kami pergi iaitu "Toy Museum" yg kebetulan mmng terletak di hadapan Copthorne Hotel tu aje. Kami dapat info pasal toy museum ni masa kami kat Bukit Benderalah. Ada sorang amoi datang bagi flyers kat kami. Bayaran masuk sorang RM 10. Masa kami masuk tu tak de orng lain. Betul. Masuk kami bertiga aje, time keluarpun kami bertiga jugaklah. Nak tahu kenapa? Sebab tempat tu indah kabar dari rupa. Dalam advertisement digambarkan tempat tu sikit punya gempak. Segala macam superlative digunakan utk memuji museum tu. Tp bila kami masuk, kami dissapointed. Walaupun mmng banyak toys and replicas di situ, tp maintainence wise tempattu failed. Dalamnya berbau, sempit dgn rak-rak toys diletakkan sangat dekat antara satu sama lain. Semuanya dalam glass casing. Ada satu dua patung Pharoah yg tak di letak dalam kaca. Floornya squeeky, in fact at one spottu almost macam nak cave in. Ada satu glass casing tu pulak senget nak jatuh, ditupangnya dgn tangga. Ada ke patut? E-Ya tak habis-habis merungut, "Eee... kita tertipu. Acik kita dah kena tipu ni.." Tapi memandangkan masing-masing dah bayar 10 henggit, posing-posing gaklah kami dalam tu utk memastikan yg our RM 10 each was worth it. Cuba korang bayangkan kalau kami yg local ni boleh criticise macam gini, apa lagi mat-mat saleh atau mat-mat Jepun. Mesti dia orng kata, "Piiirrrahhhh!" Err... by the way, mat saleh dan mat Jepun pandai ke cakap "pirrraah"?

The next day was check out time. Tp sebelum tu si E-Ya sempat pergi sauna dan jacuzzi kat hotel. Aku? Bersantai kat balcony yg mengadap laut, sambil minum dan baca paper. Macam orang kaya-kaya... Manakala si Fizah pulak dah mula diserang demam selsema so diapun apa lagi, tak de keje bergulung dalam selimut atas katil.

Flight kami ke Langkawi pukul 2.10 pm. Lepas check out dr hotel pukul 12 tghari, kami terus je ke airport. Dalam taxi E-Ya senyap. Tak de berbual-bual mcm biasa dgn driver taxi atau aku. Aku dah pelik dah. Aku tertanya-tanya dalam hati, "Kenapa budak ni, diam aje". Bukan apa, si E-ya ni kan mulut murai, jd kalau dia senyap maknanya mmng ada something wrong. Sepanjang dua hari kami charter taxi tu, E-Yalah paling peramah berborak dgn driver taxi Muslim yg berketurunan mamak, dipanggil Joe saja tu.

Si Joe ni selain boleh berbahasa Melayu, Tamil dan Inggeris, dia boleh jg berbahasa Arab. Masa mula-mula ambik kami dia asyik tersasul-sasul cakap omputih je dgn kami. Panggil aku pulak, "Maam". Kalau aku cakap, "Building kat Penang ni banyak yg lama-lama mcm colonial days punya building ye" Dia akan jawab, "Yes maam. Kan baru-baru ni Penang dpt Cultural Heritage punya status, so bulding tu semua kami preserve" atau kalau aku tanya, "Kat mana nak dibina jambatan P. Pinang yg kedua? Jadi ke projek tu ye?" Dia akan jawab, "Saya tak pastilah maam, sbb dengar cerita projek tu ada masalah". Sabar aje lah. Bawa taxi tak lepas dengan spek mata hitam dia. Sekali pandang mcm Sivaji the Boss.

Rupa-rupanya si E-Ya bengang sbb si Joe dah pandai-pandai main SMS dgn dia. Yelah E-Ya bagi no telefon dia kat si Joe tu bukan suruh siJoe main SMS dgn dia, tp supaya senang kami contact dia kalau ada apa-apa change in taxi schedule. Itu aje. Hari pertama tak de SMS lagi, tapi masuk hari kedua je siJoe hantar tiga SMS kat E-Ya. The first SMS berbunyi, "Hai Cik E-Ya. Boleh kita berkenalan?". Kuang kuang kuang... the second one pulak, " Nama saya Zulkifli and I'm 27 yrs old" Huhu... dan yg ketiga "Kenapa tak balas SMS saya?" Tu diaaa... Patutlah Si E-Ya bengang, diam aje masa dlm taxi. Dia kata menyampah betul. "Kalau nak bawa taxi bawa je lah taxi, apa pulak nak SMS-SMS orng?" Rungutnya masa dah sampai airport. Hehehe ...

Aku saja usik-usik E-Ya cakap, "Eh cuba bayangkan. Ntah-ntah dia bawa taxi tu part time basis aje. Sebenarnya taxi yg dia bawak tu taxi company bapak dia. Dia saja-saja tolong bawakan. Haa... kan cerah masa depan? Anak tokey taxi tu..." Apa yg aku dapat? Jelingan maut daa...

Even masa kami dah sampai Langkawipun rupanya si Joe ada SMS lagi, "Hope you have arrived safely in Langkawi"... Hemm nasib kaulah E-Ya. Agaknya dia tengok yg si E-Ya ni ada sikit-sikit rupa mamak sbb tu lah dia nak berkenalan sangat tu. Hahaha...

Ok, begitulah serba ringkas (ye ke ringkas?) cerita kami di Penang. On the scale of 10, I'd say that I rate the trip as a 6.5, oraitlah tukan? Langkawi punya kisah pulak in the next entry OK. Letih tangan nak menaiplah...

6 comments:

life is ... said...

Salam

Kak, saya dah beli dah benih basil tu. InshaAllah untuk mempercepatkan urusan menghantar, saya akan hantar melalui pos.

Saya tak tau bila la agaknya akan ke Kuala Lumpur. Yg pasti dalam bulan April.

Saya dah simpan no akak dan no PA akak, E-ya. Kalau apa2, nanti saya msg dulu, mana tau akak busy ke apa sebelum menelefon.

Take care...

Looking forward to meet u.

Dja

r2d2 said...

Salam Hadijah,

Laa... thanks lah susah je belikan benih basil tu. Insyallah kalau di izinkanNya kita akan berjumpa juga. Whatever it is akak kena tunggu decision doktor. Akak akan jumpa Dr Gynea & Onco hari Khamis ni dan doktor Onco pulak minggu depannya. Tengah berdebar ni menunggu apa keputusan mereka...

life is ... said...

Salam

Ala kak tak ada susahnya pun... tak berat mana pun...

Saya doakan keputusan doktor kasi ok... akak anxious sebab nak tau keputusan ke, sebab anxious nak jumpa doktor hensem nak kasi keputusan?... hahahaha... sorry kak... buat lawak bodoh pula...

r2d2 said...

Hahaha...

Yang mungkin anxious nak jumpa doktor hensem PA akak yg tak bergaji tu kot. Akak pulak sejak kebelakangan anxious tengok makanan. Hahaha... Semua akak pandang semacam punya lazat lagi best aje. Akak anxious sbb selera akak alhamdullillah tersangatlah baik tp malangnya tak boleh sembarangan makan pulak, takut tersalah makan atau terlebih makan nanti memudaratkan. Takpelah tak baik bersungutkan? Bersyukur dgn apa yg dikurniaNya...

ais T said...

si E-ya bkan ada iras2 mamak lagi chik...dia mmg mcm mamak pon saya rasa huhuhuhu

r2d2 said...

Ais T,
Itu macam kalu.. nasib kamu lerr..Hahaha