Thursday, May 28, 2009

Whazzup ...

Salam. Nasib baik temujanji dengan onkologist pada hari Selasa lepas lebih baik dr temujanji sebelumnya. Biarlah pun doktor yang aku jumpa ni adalah yang ke-5 aku jumpa di klinik onkologi, tapi at least dia tahu medical history aku dan prihatin atas apa yang aku katakan padanya. Dia juga menjawab apa jua soalan yang aku tanyakan pada dia dengan baik. Itupun yg aku harapkan iaitu doktor yg merawat prihatin terhadap permasalahan pesakit macam aku. Tak lebih dari itupun.

Teringat pula cerita rakan sekerja aku di sekolah yg baru saja didiagnose positif dengan breast cancer. Kisahnya kawan aku ni telahpun sedar ada ketulan pada right breast dia beberapa bulan lalu. Dia memang ada pergi ke hospital tp sedia maklumlah di hospital kerajaan ni segala-galanya kena ikut turn. Jadi sementara menunggu appointment dia di rawat, kawan aku ni telah mencuba perawatan alternatif di kampungnya di Kelantan dan at the same time dia telah pergi buat mamogram di private klinik. Bila tiba masa appointment di hospital, dia tunjukkan imej mamogram itu, dan doktor terus kata dia kanser tp at the same time doktor kata pulak kena tunggu keputusan biopsy. Tunggu nak buat dan dapatkan keputusan biopsypun memakan masa dan kawan aku ni ntah manalah silapnya kena buat biopsy sampai tiga kali baru doktor dapat sampel yg benar-benar mengesahkan dia kanser.

Mungkin sebab keliru atau tak puas hati, kawan aku ada menyatakan pada doktor yg merawat bahawa dia bercadang nak pergi ke hospital lain utk dapatkan second opinion samada betul ke dia kanser atau ketumbuhan biasa aje. Yelah memandangkan biopsypun dia kena buat sampai tiga kali, tambah pulak rasanya dia berhak utk berbuat demikian tp tak pasal pasal telah dimarah oleh doktor dgn menyatakan, "Kalau awak nak pergi hospital lain boleh pergi tp jangan datang lagi ke sini utk rawatan" Apakah???

So dah kena marah macam gitu kawan akutu tak jadilah pergi hospital lain tp terus saja dapatkan rawatan di situ. Makan dua tiga minggu menuggu jugalah baru dapat keputusan bahawa doktor akan buat mastectomy pada right breast dia. Bila dibedah, doktor mengesahkan kanser dia dahpun tahap 3. Alhamdullillah selepas operation dia sihat dan sedang berehat di rumah sekarang ni. Tiga minggu lg dia akan ada appointment dgn doktor masa tu dia akan tahu samada dia perlu buat chemo atau tidak.

Kebetulan kawan aku ini adalah guru yg ditugaskan utk ambil alih jawatan aku sebagai guru data disekolah. Apalah nasib, guru data asal (aku) kena kanser dan guru data gantian (kawan aku tu) pun kena kanser jugak. Jangan ada yg kata jawatan itu jinx sudah. Nanti tak de sapa pulak yg sanggup nak ambil alih. Kuang kuang kuang....

Berbalik pada cerita aku pula, doktor yang merawat hari tu menetapkan aku akan dihantar untuk X-Ray bagi mengenalpasti apa yang membuat aku kerap cramp dan sakit di bahagian bawah ribcage kiri tu. Keputusan dari X-Ray itulah nanti akan menentukan apakah rawatan susulan yang akan aku jalani. Aku sebutkan jg pasal small lump dekat collarbone dan dia confirmedkan yg ketulan bersaiz 2 cm x 1 cm itu bermasalah. No radiation treatment just yet, memandangkan yg aku baru sahaja selesai diradiasi di kawasan berhampiran situ pertengahan February lalu.

Hari itu juga aku ambil kesempatan beritahu pada doktor tu yang aku akan cuba rawatan alternatif utk manage cramps dan sakit yg sedang aku alami. Bila aku terangkan padanya yg aku ingin mencuba acupuncture terkejut jugak bila dia kata, "Ok, acupuncture memang bagus untuk reliefkan pain. You can go for it". Fuhh! What a relief, ingatkan aku dah nak kena lecture dah. Maklumlah bukan semua doktor setuju dgn rawatan-rawatan alternatif ni. Walaupun kita sebagai tuan punya badan sebenarnya ada hak utk cuba apa saja yg difikirkan sesuai, tp for me to be on the safe side I thought I'd just mentioned this to him. Alhamdullilah he has no objection towards it. The only thing that he advised me was to get the treatment from a reliable person and place. Insya Allah, tempat yang aku akan pergi ni nanti meets the criteria.

Jd semalam lepas solat Zohor aku dan E-Ya telahpun pergi ke acupuncture center yg terletak di Menara KH (Menara Promet) di Jln Sultan Ismail. Ingatkan tak ramai org, tp rupanya penuh jugak tempat tu. Bukan org tempatan saja tp org luar negarapun rupanya ada datang mendapatkan rawatan di situ.

Setelah mendengar masalah aku, master acupuncturist tu menyatakan yg aku akan dicucuk jarum di kepala dan abdomen selama 30 minit. Mula-mula takut juga kalau-kalau jarum tu menyakitkan tp setelah aku lihat budak sekecil dua tahun kena cucukpun relax je so akupun lega. Yelah kalau budak sekecil itu boleh tahan takkanlah aku yg dah tua ni nak terpekik terlolong kalaupun ditakdirkan treatment tu sakit nanti. Buat malu kaum keluarga je.

Bila tiba giliran, aku disuruh masuk sebuah bilik dan baring atas katil rawatan. Lepas tu tak sampai satu minitpun dan langsung tak rasa apa-apa dah selesai tercucuk empat jarum di kepala dan empat jarum di abdomen. Tapi bila disalirkan sedikit arus elektrik menerusi jarum-jarum tersebut adalah rasa berdenyut macam kena gigit semut api sikit. Syukur alhamdullillah walaupun baru sekali treatment aku dapat rasakan hari ni sakit dan twitces aku berkurangan. Cuma badan letih aje sikit. Malam tadipun tak payah nak bergolek, berpusing keliling katil tiga empat kali utk cari kedudukan selesa utk tidur. Aku akan pergi lagi ke sana utk rawatan susulan lima hari lagi.

Master itu juga ingatkan aku sebagai pesakit kanser cuba sedaya upaya makan sayur dan buah-buahan yg organik tapi kalau tak boleh dapatkan yg organik yg biasapun boleh tp kenalah direndam dengan air garam selama 3 jam terlebih dahulu sebelum di makan. Sikit punya lama daa...

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama aku mendapatkan perawatan alternatifpun. Sebelum ni aku dahpun mencuba reflexlogy dan perawatan secara spiritual. Semuanya aku cuba as I feel I have got nothing to lose. I have also since being diagnosed with cancer last October made changes to my diet. I am now eating more vegies (still trying actually, hehehe) and munching a lot fruits (this one, no problem ... buah 'geduak' je belum try lagi sebab tak jumpa, hua hua hua...). Minum juicepun boleh tahan. Yang biasa aku minum adalah jus epal hijau campur celery tp lama-lama jemu jugak asyik minum benda yg sama je so sekarang dipelbagaikan dengan buah dan sayur-sayuran yg lain. Oh ye, teh hijaupun aku minum juga - aku minum 'green tea from the high mountains of China' yg menurut Aunty penjualnya, "Aiya Miss, ini tea bagus punya lo... Memang ada manyak olang jual green tea tp ini tea haa... daun dia good quality punya maa. Organic dan pollution free". Kata aku pulak, "Iyelah labu...." Akibatnya, terbang RM 50 aku termakan pujukan dek bagusnya strategi marketing Aunty tu pada aku. Actually teh tu aku beli dalam Carrefour Wangsa Maju je pun, alah kat tempat yg jual herbal tea yg banyak-banyak tu. Tempat yang macam-macam teh ada tu le...

Untuk memberi tenaga pulak, biasanya for breakfast aku minum Ensure atau Prosure. Both fortified drinks mengandungi Omega-3, tp Prosure tu khusus utk cancer patient yg ingin membina muscle and nak gain weight. Minuman itu biasanya aku campurkan dengan oat atau nestum. Makan roti pulak seboleh-bolehnya wholegrain tapi kalau dah tak ada, roti putihpun aku hentam jugak. Tapi tulah kan.... I'm a bad bad bad patient. Roti canai, lontong, karipap dan nasi lemakpun aku hentam jugak. Banyak godaan dari orang sekeliling .... Habih cam mano???

Apa lagi ye? Oh ya akupun minum Xango jugak. Tapi masalahnya aku ni cepat bosan kalau dok makan atau minum benda yang sama je. So aku selang-selikan. Kalau bulan ni minum Xango, bulan depan minum jus buah delima pulak. Pokoknya kedua-dua mengandungi anti-oxidants. Vitamins pun aku makan jugak. Aku makan vitamin Herbalife, dalam lima jenis gitu.

Selain ubah pemakanan, aku jugak ubah sikit gaya hidup. Kalau dulu masa sekolah aku kuat bersukan, sampai sempat jugaklah aku wakilkan sekolah untuk acara larian, long jump dan badminton (Psst ... sekarang anda semua faham kenapa saya sedia slim?). Tp sejak dah melangkah dewasa, badan sihat dan bekerja, exercise langsung tak masuk book. Pernah sekali dulu aku mencuba squash tp setelah jatuh tergolek dalam court dan digelakan macam nak rak oleh E-Ya, terus aku gantung raket squash. Kalau tidak, bukan si Ncole David tu Juara Dunia sekarang ni tau. AKu ....

Tapi sekarang bila dah sakit dah mula exercise balik. Pelik kan? Mulanya konon nak cuba-cuba cyling, sampai sikit punya bersemangat pegi beli basikal baru, tapi malangnya tak boleh diteruskan. Sakit pinggang ...

So exercise for me now is walking. If possible I will try to go for morning walk at least 3 times a week. Kalau tak pergi for morning walk, you will see me doing what I believe is called "taichiqong" with other elders near the playground at my house. Exercise ni diketuai oleh seorg lelaki tua berbangsa Cina and sesiapapun boleh join. Tak de berdiri ikut baris baris de. Scattered je ikut suka masing masing. Macam macam gaya dan keadaan masing masing buat "taichiqong" ni. Aku pulak bila buat exercise ni suka tutup mata, konon nak menghayati supaya concentration dan breathing baik. Satu hari tu punyalah tutup mata punya hal sampaikan org lain dah tukar step aku masih step yg itu itu jugak jugak. Buka mata punya time padanlah aku tngok semua mata pandang pelik kat aku. Hampeh betul!

Selain itu aku dan E-Ya mula berjinak jinak berenang. Kami gunakan swimming pool kat sebuah condo ni untuk kami practice berenang. Actually kawan aunty aku ada tinggal di condo tu so kami gunakan nama dia utk tumpang mandi di swimming pool di situ. Diapun dah berikan green light. Swimming pool tu best, tak dalam sangat dan yg penting tak de org, so kamipun buatlah mcm swimming pool sendiri... Aku taklah pandai berenang tp kalau setakat nak bergerak dalam air tu dari kiri ke kanan atas ke bawahtu, menyelam atau buat free style bodoh-bodohtu luluslah. Lagipun masa kecik dulu aku mmg hantu mandi sungai. Sg Gombak tu dulu swimming pool aku. Selalu kena rotan sbb tak nak balik rumah...

Kata org berenang ni bagus kerana ia mengandungi all three - breathing, stretching and cardio exercises yg bagus utk badan. Lymphedema akupun dah hilang sejak aku berjinak-jinak dengan berenang ni. Pernafasanpun clear lepas berenang. Badan kalau sakit belakang, terjun ajelah dalam swimming pool, buatlah kuak apapun atau tak jalan atau aerobic sikit sikit dalam air akan hilanglah sakitnya. Betul aku tak tipu. Atas sebab ini, insya Allah bulan Jun nanti aku, E-Ya, anak saudara aku siLinda dan cousin aku akan masuk kelas utk belajar berenang dgn cara yg betul. Kami akan belajar di International Islamic School dekat dgn UIA.

See..., I told you the pool kat condo tu empty. Masa ni aku tak berenang sbb demam selsema tp E-Ya tu haa..., eksyen je lebih mcm pakar berenang konon, walhal langkahnya semua sumbang


Satu lagi aktiviti yg aku suka buat sekarang ialah aktiviti "mengumbirakan hati". Salah satu caranya ialah dgn membaking Membaking??? Apakah?? Lantak kau lah bahasa aku mmg hancuss.. Asalkan aku gumbira... Sebenarnya dari dulu lg aku suka masak kek, pie dan seangkatan dgnnya, tp makannya aku tak suka. Jd macam sekarang memandangkan dah duduk rumah tak buat apa-apa, jd aktiviti memasaktu tambah rancaklah pulak. Kek yg banyak dimasak tu biasanya aku akan suruh E-Ya berikan pada anak-anak murid yg dituitionkanya. Kata E-Ya seronok anak muridnya selalu dapat hadiah kek dr cikgu. Hampeh, mesti E-Ya mengaku dia yg masak punya ...

Inilah antara kek yg aku masak. Tp kalau yg macam ni aku tak bagi banyak pada students E-Ya kerana walaupun budak-budak mmng suka tp rasanya tak sihat kalau dimakan banyak-banyak.

Oh ya sebelum aku terlupa, insya Allah aku akan menyertai acara "Relay For Life" yg akan diadakan pada hujung minggu ini di Stadium Bkt Jalil. Cousin akulah punya kerja, dia dah daftarkan nama aku dan nama dia. So harap-harap haritu badan aku cukup kuat dan sihat utk menyertainya. Actually aku lebih berminat utk menyertai "Jacob's Walk of Life" yang akan diadakan pada bulan Jun di Taman Metropolitan Kepong tu. Tp last minute punya plans, aku akan ke PD pd hari berkenaan so tinggal angan-angan je lah. Next year maybe, insya Allah. Alah masuk benda-benda mcm gini bukan apapun, saja-saja je. Kan aku nak "gumbirakan" hati aku?

Oklah stop sini dulu sbb nak pergi siapkan kek yg aku nak hantarkan ke sekolah esok, 29 Mei sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah aku. Ingat ye kawan-kawan. Kita "Guru pembina negara bangsa". Pembina... bukan pembinasa tau.... Kesian aku tengok kawan-kawan aku penat kerana kuat bekerja, sedangkan aku ni penat jugak, penat sakit sbb duduk je di rumah... Cobaannn! Hehehe jangan marah ye kawan-kawan....! Sila-silakanlah makan kek saya ye...


No comments: