Sunday, November 30, 2008

Hari ini dalam sejarah ... (Part 1)

Tiba hari Isnin 6 Oktober, aku sekali lagi pergi ke Pusrawi. Kali ni utk appointment berjumpa dengan Dr. Adilah Amat, pakar Gynae di situ. Aku ditemani oleh E-Ya, kakak aku dan suaminya. Sesampainya kami di sana kami terus ke Tingkat 1, Bahagian Gynae dan menunggu sehinggalah nama aku dipanggil.


Sebenarnya, pada 5 Oktober, iaitu hari Ahad aku sekali lagi bleeding teruk, tapi tak lah seteruk hari Jumaat tu. Kali ni nasib baik E-Ya ada di rumah so aku minta tolong dialah uruskan aku yang dah separuh tak sedar diri tu. Aku suruh dia picit-picit kaki aku sebab rasa sejuk sesangat dan bagi aku makan ubat. Lepas tu aku suruh dia masakkan aku bubur nasi utk makan tengahari. Syukur menjelang tengahhari tu aku dah lega sikit, cuma tak bermaya je.

Di Pusrawi hari tu lama jugalah kena tunggu. Nasib baik masa tu perut aku tak sakit tapi badan letih tak bermaya. Bila dah lebih 40 minit tunggu, E-Ya pun pergi kat kaunter nurse tu dan tanya bila nak dipanggil nama aku. Dia kata kat nurse tu "makcik saya dah tak tahan tu". Yelah aku rasa macam nak baring je kat kerusi tu sebab tak larat nak duduk. Nurse tu kata nanti dia tanya doktor lalu masuk dlm bilik pemeriksaan. Kejap lepas tu dia terus panggil aku masuk. Aku dan E-Ya masuk. Pendikkan citer aku relate semua medical history aku kat dia, pasal fibroid, termasuklah juga cerita yg aku dah pernah pegi GHKL dan apa yg berlaku pada aku di situ. Akupun cakaplah yg aku bleeding agak banyak selama dua hari tapi dahpun jumpa doktor sebelum ni dan diberi ubat tp nampak macam tak kurang je.

Doktor tu tngk aku dia terus kata, "Muka pucat sangat ni..mcm anaemic" Dia ambik tangan aku dan tengok jari-jari aku, "Ni tengok..kukupun dah tukar putih. Saya masukkkan ke wad. Ni kena masuk darah ni". Aku dah memang ada feelingpun aku akan diwardedkan so it was not a surprise to me.

Selepas Dr. Adilah memberi instruction kepada nurse, maka akupun di wheelkan ke wad. Aku ditempatkan di wad no: 2, berkongsi 6 org satu bilik. Each bed separated by curtains. Aku dapat bilik paling tepi dekat tingkap. About 30 minutes later nurse masuk dan cucuk tangan aku dengan satu alat utk memudahkan dimasukkan solution IV. Nasib baiklah Tuhan nak kesiankan aku setakat ni bila kena injection je aku tak rasa sakitpun. Walhal dah berapa kurun aku tak kena injection. Lepas beberapa minit saline solution diberikan akupun dimasukkan darah. Haritu lah aku baru tau yg aku berdarah A+. Apakah??

Bila aku tahu yg aku kena masuk wad aku suruh E-Ya telefon sekolah aku utk inform Penolong Kanan. Taklah dia ingat aku hilang ntah ke mana pulak. Aku juga telefon kawan baik aku, Kak Hanim yg aku kena tahan wad. Tak diduga rupanya tengahari tu Kak Hanim dan sorang lagi kawan baik aku Kak Aziah datang melawat. Time tu aku tengah masuk darah dan kepalapun sedikit senoneng, mata aku rasa mcm sebelah pandang Singapore sebelah lagi pandang Penang! So merekapun singgah sekejap je. Sebelum tu sempatlah dia org berpesan supaya aku bersabar dan moga cepat sembuh. Terharu aku ...

Bilik ward yg aku duduk ni sebenarnya OK. Sebelah aku dan depan aku ada patient tapi semuanya pompuan samada dah bersalin atau bakal bersalin. Keadaannya selesalah tapi aku tak tahan ngan pompuan sebelah aku, because every few minutes aku akan dengar dia burping. Kata hati aku banyaknya angin pompuan ni. Pompuan yg kat depantu pulak mula-mula senyap tapi bila dtg anak dan suami dia aku tension bila anak dia start nyanyi lagu raya. Tambah teruk ada pulak budak lain yg menyambut dan jadi macam berduetlah budak budak tu menyanyi lagu-lagu raya. So korang bayangkan ... sebelah aku bunyi "burp" depan aku pulak "karaoke" lagu raya. Sabor je lah...

So akupun cakap ngan E-Ya suruh tanya nurse boleh tak aku nak tukar bilik. Bilik sorang-sorang. Lagipun bilik yg aku dok skrang relative tak boleh tunggu. Aku pula rasa macam perlu je org pimpin kalau nak ke toilet. Toilet pulak agak jauh dr katil dan dgn alat-alat yg terlekat kat tgn aku, rasanya susah gak especially kalau malam. Tapi malangnya tak de bilik kosong, so terpaksalah aku tunggu semalaman di situ. Tp esok petangnya berita baik, aku boleh pindah kerana ada satu bilik single yg available. Tak kisahlah wpun bayarannya lebih 2 kali ganda tp selesa sangat.

Bilik baru aku no:11, Wad Annur. Biliknya agak besar lebih besar dr yg aku pernah nampak di Ampang Puteri. Ada TV, settee set, dressing table dan bilik airpun dekat, selesa dan bersih. Tapi yg penting AMANNN ... E-Ya dah chop nak tunggu aku di situ malam-malam so diapun kata dia nak balik umah ambil barang. Malamnya lepas Maghrib diapun sampai. Nak tergelak aku nengok dia. Dia datang bawa dua beg pakaian macam dia nak pindah duduk di situ. Di sebelah tgn kanan dia pegang beg berisi baju tidur, tuala and what not. Disebelah kiri satu lagi beg besar, aku ingatkan isi baju lagi tapi rupanya isi dengan comforter. Bawah ketiak kanan pula dikepitnya bantal. Siap ngan beg kecik isi toiletries dan barang-barang make-up, perfume dan ntah apa-apa lagi. Laa.. sabor je budak ni.

Sebenarnya masa aku jumpa dgn Dr. Adilah tu semalam dia ada terangkan apa treatment yg dia nak buat kat aku. Pertamanya dia suruh aku ambil X-Ray dada dan ambil sample darah nak tengok hemoglobin level aku. Dia kata kalau hemoglobin level aku OK dia nak terus buat DD & C kat aku. Dia kata DD & C tu is actually a minor surgery. Aku pernahlah dengar D & C tp DD & C tu aku blurlah jugak. Tapi dari apa yg diceritakan oleh Dr. Adilah procedurenya lebih kurang sama ngan D & C jugak. Aku OK je after all that's why I was there - to be treated the best way possible.


The first day I was warded I was given 2 packets of blood. Actually the Dr. wanted to give 3 that day, but she says Blood Bank inform yg dia org tak cukup supply memandangkan sekarang musim Raya, mungkin banyak accident kot. All in all I was to be transfused with at least 5 to 7 packets of blood! Mak datuk terasa macam Dracula lah pulak. Banyaknya darah.



Ini sebahagian darah yg masuk dlm body aku. Darah anak sape lah ni ...

Before the transfusion my hemoglobin count was only 5.6 (normal is 11.5 - 16). So you all can understandlah kan why all this while I was pale and lethargic. But after the 2 packets of blood was in my body, my hamoglobin was already 9.7 suffice to undergo the DD&C. Akupun disuruh berpuasa that night because the next morning at around 9, I will be wheeled in for surgery. Berderau jantung sekejap mendengarnya. As usual E-Ya jadi informer bagitau semua adik beradik aku. Mulanya aku cakap tak payahlah bagi tau, tp dia start membebel kat aku dia kata "Kali ni biar semua org tahu Acik sakit. Jangan ingat Acik ni tak ada problem". Akupun diam je... budak ni kalau dia dah start bersyarah tak payah lah susah-susah nak bangkang. Mesti kalah punya...

Malam tu aku tidur, tapi dalam hati berdebar-debar nak tunggu apa yg bakal berlaku keesokan harinya.

Ni pulak saline solutionnya. Ntah berapa paket solution ini masuk dalam badan akupun aku tak ingat. Photos courtesy of E-Ya. Dia buat aku rasa macam "Pilem Star" je duduk hospital. Sikit-sikit asyik tangkap gambar je kerjanya ...



Saturday, November 29, 2008

Sambung Lagi ...

Jumpa lagi daa ..
Nampaknya entry aku yg last tu dimulakan nak citer pasal sakit aku, tapi tup-tup citer pasal my passion towards computer pulak. Hehehe ... I've told you that I'll write whatever that comes into my mind. Jangan marah ... aku kan sakit ...

OK berbalik pada citer aku sakit.
Climaxnya ialah pada hari raya baru-baru ni. Semasa org semua sibuk berhari raya, aku pulak duduk umah je menanggung kesakitan.

Sebenarnya hari raya pertama lagi aku dah sakit dah. Tapi aku degil dan gagahkan juga dgn pertolongan E-Ya, menyiapkan juadah hari raya. Masa masak satay, kaki aku rupanya bengkak tapi aku je tak perasan. Habis masak satay dan bila semua org dah balik, akupun duduk rehat. Aku rasa kaki aku berat semacam dan barulah aku nampak kaki kanan aku tu dah lebih besar dr kaki kiri aku. Aku taklah panik sangat tp aku beritau jugaklah E-Ya. Dia tanya sakit ke aku jawab tak, cuma kaki rasa berat susah sikit nak jalan. Aku naik bilik aku dah baring dgn kaki aku ditinggikan menggunakan bantal. Beberapa jam kemudian, alhamdullilah bengkak tu hilang. Aku tahu cara ni efektif sebab masa bapak aku masuk hospital dulu inilah yg disuruh oleh doktor buat utk hilangkan bengkak kaki bapak aku. Thank god it also works for me too.

Kemudian pada hari raya ketiga, 3rd Oct. 2008 (Friday) something happened to me. That morning E-Ya had told me that she was going to her friend's house for Hari Raya and might be late getting back home. Aku tak kisah sangat sebab dia dah penat melayan tetamu datang for the past three days so might as well give her some time off. At about 11 o'clock as I was getting ready to cook lunch, I suddenly felt something warm oozing down my legs. I looked down and to my horror saw blood on the kitchen floor! I wiped the blood off the floor and quickly went upstairs to my room and straight into the bathroom. As I was about to wash myself time tu lah tiba-tiba big clots of blood pulak yang keluar. Pandangan aku pulak tiba-tiba menjadi gelap dan badan pulak menjadi sejuk dan berpeluh. Walaupun rasa tak larat, I still managed to clean myself and got out from the bathroom.

At that time there was nobody in the house except for my aged parents and I. My parents memang tak bleh buat aperpun, yelah bapak aku jalanpun dah tergigil-gigil macam mana nak naik atas tolong aku. Mak aku pulak jalanpun tak boleh, lagilah no point minta tolong diapun. Kakak E-Yapun dah pergi keja so aku tak boleh nak minta tolong sapa-sapapun. To make matters worst, telefon rumah rosak, tak de dialing tone lah pulak. Actually phone rumah tu dah lama kami tak guna. Kami guna phone line utk internet saja. So bila phone rumahtu rosakpun aku tak tahu. Hphone aku si E-Ya pinjam sebab hphone dia pecah dibalingnya ke dinding, gara-gara selisih paham ngan BF dia. (bacalah blog dia kalau nak tahu citer). Hee dia org ni berchenta kalah citer hindustan!

So, practically I was on my own that morning. Keluar je dari bathroom tu aku terus passed out on the floor and berapa lama I was there pun aku tak tahu. Alhamdullilah, mungkin sebab belum ajal aku lagi a few hours later aku mula sedar sikit. Still woozy akupun bangun dan naik tido atas katil dengan kipas full blast sebab badan rasa panas pulak sekarang.

At around 7 o'clock, kakak E-Ya balik dari kerja. Dia masuk bilik aku dan masa tu aku dah sedar sikit tapi badan lemah sangat dan perut pulak berkeroncong sebab whole day tak makan. Aku suruh kakak E-Ya to get me something to eat. Diapun keluar, tapi aku tunggu punya tunggu lama pulak dia tak bawak-bawak makanan utk aku. Aku dah mula naik hangin dah. At last dia masuk dan bawak nasi dan udang goreng tempura utk aku. Padanlah lambat. Rupanya dia goreng udang yg pada mulanya aku memang nak masak pagi tadi. Nampak je udang tak jadi nak marah sebab aku memang suka udang! Akupun makanlah sikit sekadar utk dapatkan tenaga balik.

The next day, aku dah rasa OK sikit, bleedingpun tak banyak, tapi sakit perutlah pulak. Sakit tu tak kurang-kurang sampai aku baring menggerekot in a fetal position menahan sakit. As usual aku tak bagitau sapa-sapapun yg aku sakit. Tak mau menyusahkan org. Lagipun aku memang dah made up my mind nak pergi hospital Pusrawi dan E-Yapun dah set upkan appointment utk aku to go on Monday, 6th Oct. So I thought might as well wait for the appointment date.

Aku baring je sorang-sorang sampai tghhari kat dalam bilik aku. Dalam aku menahan sakit tu tiba-tiba ada org tepuk perlahan bahu aku. Aku toleh, rupanya kakak aku yg duduk Kelantan tu datang. Dia tanya aku kenapa dan aku cakap, " Alah biasalah sakit perut".
Actually di kalangan adik beradik, cuma adik dan kakak aku ni lah yg tahu aku ada fibroid. Tapi aku cakap kat dia org tak serious so nothing to worry. Aku cuma tunggu doctor nak operate je. Tapi mungkin haritu kakak aku tengok aku sakit lain macam so dia insist that aku pergi hospital.

At around 3 pm akupun pegilah Pusrawi, sebab kalau gi GH nanti pening pulak kepala nak cari parking. Aku ditemani oleh kakak aku, abang ipar aku, anak sedara aku Linda (anak kakak aku)dan kakak E-Ya namanya Fizah. Si E-Ya pulak kebetulan pergi airport hantar chenta hatinya balik Nippon. Tapi dia dah diberitahu yg aku nak ke Pusrawi. Dia kata nanti dari airport dia terus ke Pusrawi.

Sampai kat Pusrawi aku gi bahagian Emergency dan memanglah kosong je hospital tu maklumlah org masing-masing sibuk berhari raya. Aku jumpa sorang doktor lelaki dan citerlah apa yg berlaku kat aku. Doktor tu aku tengok dah macam tak larat nak layan mungkin penat bekerja dari pagi sebab doktor lain cuti kot. Memandangkan yg aku sakit perut doktortu kata dia nak bagi pain relief punya injection dan suruh aku duduk emergency ward tengok reaction aku terhadap pain reliever tu. So akupun ditolak masuk ward kecemasan dan disuntik oleh nurse di punggung. Katil-katil kat ward tu hanya diseparatekan oleh langsir-langsir je and I got the bed in the middle. Nasib baik masa tu tak de org lain dalam ward tu. Apa lagi anak-anak sedara aku especially si Linda dok pot pet pot pet sampaikan aku nak rehatpun terkejut-kejut dibuatnya. Rasa nak plankong jer kepala dia org, tapi at last sempat jugak aku terlena sekejap.

Selang beberapa minit lepas aku masuk, adalah sorang makcik masuk bersama keluarga dia. Makcik tu ntah sakit apa ntah tapi tak habis-habis mengerang "Aduh... sakit... Aku ni sakit ni...". Tension jugak aku. Macamlah dia je sakit. Akupun sakit gak, kata hati aku. Puas dipujuk anak dia supaya bertenang dan bersabar tp dia tak diam-diam jugak. Pas tu datanglah nurse nak amek darah dia. Dia pun kata, "Nak ambik darah kat mana?" Nurse cakap, "Kat tangan". Dia merungut kata tak mahu kat tangan sebab dulu dah ambik kat tangan so dia kata, " Ambik pulak kat kakilah". Hahahahaha.... tak dapat aku bayangkan betapa kelakarnya makcik tu. Si Linda masa tu dah pecah-pecah perut dah tergolek-golek tergelak mendengar makcik tu suruh nurse ambik darah dia melalui kaki! Boleh pula lepas tu si Linda mengusik aku, "Haa, Acik jgn macam tu, ambik darah melalui kaki. Buat malu kaum keluarga je..." Hee, aku plankong kang...

Bila E-Ya sampai, ketiga-tiga anak sedara ku, Linda, Fizah dan E-Ya, termasuk kakak aku sekali, dia orangpun apa lagi bergosip-gosip sesama sendiri dan gelak macam tak hingat dunia mengenangkan kisah makcik tu.

Selepas lebih kurang 3 jam kat Pusrawi, doktorpun tengok aku dah OK diapun kata aku boleh balik. Lagipun kata dia kalau nak wardedkan akupun doktor tak de sebab semuanya cuti raya. Apakah??

Aku dan rombongan akupun baliklah umah. Nampak gaya kena tunggu appointment hari Isninlah jugak-jugak ...


sambungan ...

Nampaknya demam berblog dah menjangkit kat aku. Kalau dulu aku tak de masa langsung tapi sejak aku sakit ni tiba-tiba I've got all the time in the world. So aku pikir ape aku nak buat dengan time yang banyak ni? Nak kuar jalan-jalan tak boleh sangat dah, sebab bila balik aku mesti melepek letih punya. Kalau nasib tak baik sakit-sakit badan especially the pelvic, waist and leg area. So I have to practically abstain myself from going outdoors. Leceh betul!


Jadi kerja aku sekarang ni banyak dihabiskan dalam rumah mengadap komputer-komputer yg aku dah stationkan dibeberapa sudut di rumah ku supaya senang aku capai. Aku ada satu desktop kat bilik tido aku. Satu laptop di living room, satu laptop di bilik tido E-Ya just incase aku nak lepak kat bilik dia dan satu lagi laptop standby yg kami boleh bawa ke mana-mana walaupun kalau nak ke bilik air. Yes people! I've got 4 computers at home. Itu tak termasuk satu laptop kesayangan aku yang aku panggil MAC yang adaptor dan batterynya dah kong tapi banyak berjasa pada aku. Puas aku cari adaptor dan battery baru tapi memandangkan MAC adalah komputer tahun 2000 masa zaman cip masih pentium 4 dan port adaptornya jenis besar gedabak, jd its practically impossible to find the parts needed to make MAC alive again. So MAC sekarang aku letak di bilik kakak E-Ya. Baru minggu lepas pulak aku bagi adik aku satu CPU ACER baru utk kegunaan anak-anak sedara aku yg kadang-kadang sangat boisterous. Ye lah dah adik aku hint-hint yg komputer dia dah kong, macam nak minta belas kasihan je so akupun bagilah kat dia. Kebetulan aku ada spare satu, cuma monitornya je tak de, belum beli nak tunggu flat screen turun harga. Kalau tidak sebenarnya aku nak letak satu lagi set computer kat family hall aku.


Kalau nak citer pasal computer aku boleh sihat sekejap. Aku memang giler computer. Awal tahun ni ikutkan hati, aku nak beli lagi laptop yang saiz kecil sikit tu tapi siE-Ya dah membebel kat aku. Aku argue jugak ngan dia aku kata: "Beli laptop kecik tu senang, boleh bawa mana-mana. Tak berat macam laptop kita sekarang. Besarnyapun macam saiz A4 paper je".

E-Ya bantah katanya, "Acik kemana Acik nak bawa pergi laptop tu? Acik punya kerjapun bukannya selalu travel. Nak bawa ke sekolah? Bukan kat sekolahpun Acik dah ada laptop ke? Baik bagi Ya je duit tu"


Nak buat pergi Spa lah tu, kata hati aku. Hihihi .. tapi betul jugak cakap minah ni tapi when it comes to computer aku amatlah mudah TIRRRGODA !


Akupun tak tau kenapa aku boleh suka sangat kat computer. I've been using computer eversince my varsity days but at that time I was not so enthusiastic about it. Mana taknya. Aku guna komputer zaman masa wordstar lagi dan course aku pulak menggunakan program BASIC dan PASCAL, DBASE semuanya memeningkan pale. Tak reti ape kebendepun kalau masa klas programming. Selalunya aku dan beberapa lagi bdak pompuan akan suruh member lelaki yg tolong buat assignment kami. Dah terpecah tembelang...


Computer pertama yg aku beli was an APPLE MACINTOSH. Harganya? RM 6,600 wa cakap sama lu and it was in 1986 lepas aku dapat tunggakan gaji setahun yg kerajaan tak bayar kat aku. Sebabtulah aku joli katak beli computer tu. Kalau org lain terkial-kial guna wordstar time tu aku relax je sebab masa tu APPLE dahpun guna operating system yg jauh lebih senang dan user friendly semuanya drag and drop jerr. Lepas tu lima tahun kemudian bila aku dah tukar ke KL, aku beli pulak komputer klon kerana by this time komputer klon dan brand-brand lain dah guna operating system Microsoft yang lebih kurang sama ngan APPLE. The next year I bought another MACINTOSH. Pastu one after another computer aku beli sampailah laa ni aku kira aku dah pernah own tak kurang 11 atau 12 kesemuanya.


Kat sekolahpun kerja aku banyak dikaitkan ngan komputer. Selain menjadi guru penyelaras perpustakaan dan media, aku adalah juga guru data, dan guru IT. Semuanya aku jaga. EMIS, SchoolNet, ASTRO, peralatan PPSMI (LCD, desktop, laptop, screen) dan macam-macam lain yg IT related. Buat brochure, buku program dan slide shows, citerlah. Itu dah memang kerja aku tiap tahun. Webpage sekolahpun aku yg buat sebab sekolah taknak upah org. Tapi webpage tu tak updatedpun sebab aku tak de masa. Mungkin sekarang aku bolehlah update sikit-sikit kot.


In short, kebanyakan masalah yg berkaitan dengan PC ke , printer ke, scanner ke , nak burn CD ke, nak guna video cam ke semua panggil aku. Ada satu kes tu nak tergelakpun ada. Ada sorang cikguni kelam kabut panggil aku report dia kata LCD kat dalam Bilik Tayangan dah rosak tak mau dipasangkan. Akupun heran sebab aku baruje guna dua hari lepas OK je LCDtu. Aku cakaplah kat dia macamtu tapi dia beriya-iya kata dah rosak. Akupun ikut dia gi Bilik Tayangan dan beleklah sambungan cable yg dia dah buat dan port-port yg dia dah gunakan. Tau apa masalah dia? Dia tak pasang sambungan ke plug point! Memanglah sah-sahlah LCDtu tak akan menyala. Apa kah??

Akulah satu-satunya cikgu yg kat sekolah aku tu yg ada sebijik desktop atas meja (with scanner and internet access lagi youuu..). Aku juga adalah satu-satu cikgu yg ada tiga tempat duduk di sekolah. Satu kat bilik guru, satu kat library dan satu lagi kat makmal. Speselkan? Masa lapang aku selalu surf apa nak tau? Malaysia Today and Anwaribrahim blog. Huuuu.. cikgu pompuanpun pandai politik jugak apa.

Kat dalam library pulak aku buat cybercafe. Bebudak punyalah suka. Bab-bab cabling dan technical work ni sebenarnya aku tak berapa pandai tetapi bila kita dah diberi tanggung jawab kita kena lah belajar sendiri sikit-sikit. Jadi dari seorang yg tak tahu macam mana nak set up wireless, guna modem, router, switch dan segalanya, sekarangni bolehlah sikit-sikit. Even wireless kat umah akupun aku yg buat sendiri. Tulah yg boleh ada komputer kat segenap umah tu. Nak upah org buatpun mahal kan? Might as well belajar buat sendiri.

Aku tak kisah buat kerja-kerja bersangkutan ngan computer ni sebab ia merupakan hobby jugak pada aku. Tapi its the human yg aku terpaksa deal with itulah yg kenkadang boleh menstresskan aku. I tell you, walaupun mereka adalah cikgu-cikgu they can be quite annoying sometimes.Cukuplah setakat itu tak mau komen banyak. Nanti org cakap sakit-sakitpun nak ngumpat org. Ye tak?

Oklah nak stop sini sebab tiba-tiba perut dah lapar. Ingat nak gi masak kueh tiaw. Aku sejak sakit kena banyak pantang makan. Aku memanglah pantang tapi pantang nampak. Org sakit tak lalu makan tapi aku lalu je. Kueh tiaw ni aku tak tahu samada boleh ke tidak, tapi Dr tak cakap tak boleh so boleh lah kot. Huhuhuuhu...


Friday, November 28, 2008

Masih recap lagi daaa ...

When I arrived home E-Ya was already waiting for me. Tak sabar dia nak tahu apa yg dah berlaku pada aku. So akupun citer kat dia apa yg doktor tu dah buat.

E-Ya: " Eeee, doktor tu bodoh ke apa. Mestilah sakit. Cuba kita buat macam tu kat dia, apa dia rasa."

Mula dah budak ni, kata hati aku...

Aku: " Manalah Acik tau, memang tu caranya kot. Tapi nasib baiklah sekarang dah tak sakit lagi. Jadi tunggulah 3 bulan lagi. Tapi kalau Acik tak boleh tahan Acik pergi private je utk buang fibroid tu.", sambung aku.

So akupun sambunglah aktiviti harian aku seperti biasa. Pergi mengajar dan balik umah sekitar kul 3.30 atau 4.30 ptg. Yes people, walaupun aku mengajar pagi tapi aku selalu balik lambat. Sapa yg kata kerja cikgu ni senang adalah dusta belaka...

Walaupun aku diberi ubat oleh doktor tapi aku rasakan ubat tu tak mendatangkan apa-apa hasilpun. Malah aku rasa sakit perut aku bertambah-tambah. Sampai kat sekolahpun aku boleh pass out. Nasib baik aku ni guru penyelaras perpustakaan dan media, jadi kelas mengajarpun cuma 1 kelas je. Jadi tak mengganggu sangat schedule aku ngan bebudak aku tu. Kalau aku sakit kat sekolah, aku akan melepek habis tak menyedarkan orang dah. Nasib baik ada kawan-kawan yg baik tolonglah sapu minyak kat belakang pinggang sebab sakit kali ni lain macam sampai tangkap pinggang dan kaki. Rasa macam nak putus pinggang dibuatnya. Dan sakit begini akan kena sekali, tiap-tiap hari tak kira masa. Bleeding tak payah cakaplah masih tak henti. Ni semua berlaku walaupun aku makan ubat. Tapi biasanya kalau aku sakit aku tak suka nak beritahu orang. Kat sekolahpun hanya kawan-kawan rapat je yang tahu itupun setelah mereka melihat aku semacam je. Kadang-kadang bila aku tengah sakit, dia org datang tanya soalan atau ajak berborak aku dah macam zombie je sebab menahan sakit. Itulah yg buat dia org suspek yg aku dalam kesakitan. Aku yg dia org tahu tak macam tu sama sekali.

Kat umah pulak, tak sapa tahu aku sakit kecuali E-Ya. Nak bagitau sapapun? Mak dan Pak aku dah tua. Kalau bagitau dia orang, 5 minit kemudian dia org dah lupa. Jadi sama gak macam tak payah bagitau. Adik beradik lain pula msing-msing ada urusan dan problem masing-masing, lagipun aku masih boleh control keadaan jadi aku rasa tak payahlah kecoh-kecoh. Selalunya kalau aku sakit kat umah, E-Ya lah yg akan tolong aku, sapu belakangke, picit kakike dsnya. Bersyukur aku ada dia. Dia banyak membantu bukan semasa aku sakit je tapi dalam banyak hal. Dah..maleh nak puji lebih-lebih, kang terkembang pulak budak tu kang kalau dia tahu.

Dalam sibuk-sibuk sakit dan kerja bulan puasapun masuk dan lepastu hari raya. Sakit aku masih tak reda-reda. Kawan-kawan dan E-Ya desak aku pegi cari hospital lain. Pada E-Ya aku yang degil kata, "Nantilah. Bagi chan Acik beraya dulu. Nanti lepas Raya Acik pergilah". Masa tu aku dah plan samaada nak pergi Ampang Puteri atau Pusrawi.

Sepanjang bulan puasa aku keletihan, fatigue kata omputih. Tak larat nak buat apapun. tapi entah macam mana sempat gak kami make-over rumah. Kami upah org cat baru umah, tukar serba sedikit furnishings dan donate pada charity barang-barang lama kami. Sebenarnya si E-Ya yg beriya-iya nak buat make-over tu, aku ikutkan aje. So segala supervision of the make-over work aku serahkan bulat-bulat pada dia. Dia ni bab-bab m'supervise org boleh tahan. Sampaikan masa org Indon tu mengecat rumah, E-Ya boleh duduk terponggok tengok Mat Indon tu buat keja. Apa lagi tersengih-sengihlah Mat Indon tu...

Pada hari raya pulak aku dan E-Ya sempat masak rendang (ayam dan daging), dalca dan nasi bokhari lagi. Kuah ketupat dan lemang E-Ya yang uruskan setiap tahun. Untuk kuah ketupat, kami selalu beli dari Kedai Satay Hj. Samuri je. Utk lemang, E-Ya akan pergi ke umah sorang Pakcik ni yg tinggal di Bt. 10 Gombak dan order dari Pakcik tu. Macam mana dia kenal Pakciknipun interesting jugak. Begini kisahnya...

Pernah pada satu tahun tu 2 @ 3tahun yg lepas jugaklah org yang kami biasa tempah lemang namanya Pak Ya, tiba-tiba accident. Dia accident dua hari sebelum raya. Jadi dia tak dapatlah nak masak lemang utk kami. Bapak aku dah panik, katanya nanti Raya org datang umah tak de lemang. Pak aku ni kalau dia panik dia akan buat mak aku pun sama panik. Pastu bila dua-dua mak dan Pak aku panik aku dan E-Ya yg tension. Walaupun kami dah kata kat luar tu kat tepi-tepi jalantu melambak org jual lemang nanti kami pi belilah, mak dan pak aku being org tua, tak puas hati jugak. Seolah-olah mereka nak lemang tu jam tu jugak-jugak!

So aku suggestlah ngan E-Ya kalau dia pi kelas kat UIA tu pandanglah kiri kanan jalan cari kot-kot kalau ada org jual lemang beli je nanti. Tapi korang tahu apa jadi? Menurut E-Ya tak de pulak org jual lemang sepnjg jalan nak ke UIA tu. So dia drive lebih jauh sikit mengikut jalan lama Gombak menuju BT. 12. Sampai sekitar Bt. 10, dia ada ternampak sorang Pakcik ni tengah memasak lemang. Dia pun stop keta kat laman rumah Pakcik tu dan tanya samada Pakcik tu adalah seorang penjual lemang. Pakcik ni jawab kenapa, agaknya diapun terkejut tiba-tiba kena terjah tanya macam gitu. E-Yapun explainlah apa yg dah berlaku kepada tukang buat lemang kami dan tujuan dia datang ke situ. E-Ya ni ada satu kelebihan dia. Org tua-tua kalau bercakap ngan dia memang mudah mesra. Agaknya sebab dia duduk ngan atuk dan nenek jadi kalau dia berboraktu org tua-tua boleh ngam cepat dengan dia. Dipendikkkan citer Pakcik tu kata sebenarnya dulu memang dia ada jual lemang tapi lately sebab tak larat dia hanya buat lemang utk anak pinak dia je. Masa tu E-YA dah kata, "Putus harapan" dalam hati. TAPI... tiba-tiba pakcik sambung. Katanya, "Pakcik buatkanlah juga utk anak. Boleh atuk dan nenek makan. Nak berapa batang?"

Aku rasa time tu kalau boleh E-Ya mesti nak melompat-lompat punya, tp dia control je. E-Yapun kata dia nak 7 batang dan Pakcik tu kata bolehlah dan datang ambil besok, petang raya. Bila tanya pasal harga pakcik tu cakap bayarje lah ikut suka sebab dia tak jualpun tapi at last dipersetujui RM 7.00 sebatang. E-Yapun balik dengan sukanya dan sampai umah citer kat aku dengan penuh semangat sebab mission dia mencari lemang dah diaccomplished dengan jayanya. Semenjak itulah setiap menjelang hari raya, E-Ya tak payah dah pening-pening cari lemang sebab Pakcik tu sendiri akan telefon E-Ya tanya nak berapa batang...rupanya sempat jugak dia berexchange-exchange phone number ngan pakcik tu. Psst... dengar citer pakcik tu ada anak teruna blajar kat UM ambik jurusan Pharmacy... jeng,jeng,jeng ... kalau tahu dek BF si E-Ya nayaa... patutlah masa dia balik dari umah pakcik tu E-Ya tersengih-sengih macam kerang busuk... Anyway, semoga Allah memberkati hidup pakcik tu sekeluarga. Amin...

Err... Stop sini dulu ye. Nak pergi makanlah pulok .....


cont..Recap

Yo, we meet again...

After the appointment with Dr. Jaswant, aku finally gi jugaklah ke hospital kerajaan. I went to General Hospital KL. But itupun two days later, on the 2nd of August. As usual, aku gi ngan P.A aku, E-ya.

Oh lupa plak nak cakap. Actually masa gi jumpa Dr. Jaswant dia bagi aku 2 days MC. Ripley's believe it or not, that was my first two-day, MC throughout my entire teaching career tau. Eh! nanti silap. My second, actually. The first time I took MC was when I came back from my Indonesia trip. I got one day off then. Ni pun ada story gak. Nanti one fine day, I'll write about it. But the moral of the story is to say before this aku tak pernah ambil MC selama dah lebih 20 tahun mengajar. Haa..tak cayo ke..?

p/s: Siap kau E-Ya, rahsia kau bakal terpecah...hahahaha...!

Err, back to my entry..
Upon arrival at the GHKL, E-Ya dah mula tension dah. Tension cari parking... Mak datuk punyalah susah. Kalau ikutkan hati memang tak nak gi sini, tapi mengingatkan itulah hospital kerajaan yang terdekat dgn rumah aku, maka kami gi jelah. Pusing-pusing punya pusing mau tak mau last-last dapatlah satu spot. E-Ya pun park dan we all pun proceed ke Hospital Bersalin Kuala Lumpur. Sampai kat sana tunjuklah surat referral dari Dr. Jaswant dan nurse tu pun suruh duduk di ruangan menunggu. Aku dan E-Ya sempat jeling-jeling sekeliling dan pastu kami seolah-olah bersependapat berkata dalam hati "Ramainya pompuan Malaysia ni mengandung!" Mana taknya.. pandang kanan pompuan mengandung, pandang kira pompuan mengandung, pandang depan mengandung jugak, pandang blakangpun sama. Cuma atas je kami tak pandang. Silap-silap ataspun ada pompuan mengandung. Hahahaha... E-Ya kata "Produktif sungguh rakyat Malaysia". Aku jawab "Bab ni produktif le, bab keja, lain citer". Hahahaha...

Lebih kurang 15 minit kemudian nama aku dipanggil. Aii, cepatnya. Ini sudah bagus. Setahu aku hospital kerajaan ni kalau tak sejam lebih menunggu tak sah. Ni 15 minit sudah dipanggil, WOW!

Aku dan E-Ya (ye dia sekali, mgekor...) berjalan kat counter di mana nama aku dipanggil tadi dan kami duduk. Nursetu minta alamat dan no telefon aku. Dia tanya aku datang untuk apa, akupun cakaplah yang aku dirujuk oleh klinik swasta untuk masalah fibroid. Dia tanya lagi dah buat scanning ke? Aku cakap sudah, dan beritahu dia saiz fibroid aku 5 cm. Dia jawab, " Ooo, kecik je tu". Apa kah???

Menurut nurse tu saiz fibroid aku lebih kurang besar macam saiz orang mengandung 3 bulan. Aku mana tau dan peduli apa. Aku nak treatment jaaa! Dia kata lagi ada orang saiznya lebih besar, sampai sebesar buah kelapa lagi. Apa kah??

Lepas tu nurse tu kata "Ok, kita bagi awak appointment untuk jumpa doktor ye. Nanti saya tengok buku appointment saya..." Diapun beleklah buku appointment yang aku tengok macam buku utang je, pas tu dia cakap "Paling awal kita boleh bagi 8 Ogos. Nipun dah kira awal ni. Kita ramai patient. Nasib awak baik dapat awal ni. Datang pukul 9 pg boleh?".

What? Nak tunggu 6 hari lagi?? Hari ni aku datang semata-mata untuk diberitahu datang 6 hari kemudian? Sabor je la... Nasib baiklah nurse tu baik kalau tak, mau hangin gak aku. Jadi apa nak buat? Balik je umah...

Enam hari kemudian, on the 8th of August aku dah bersiap nak gi GHKL. This time I went alone. E-Ya tak dapat ikut sebab dia ada sumthing on. Legaaa....mak cik ping pang pet pot tak de! Hahahaha!

As usual to get a parking space is like @%#!. In the end aku park je belakang keta orang as budak yg jaga parking tu kata boleh, tapi kata dia jgn tarik hand brake. Tawakkal je aku sebab time tu dah pukul 8.45 and my appointment is at 9. Dalam hati berdoa, "Ya Allah, kau selamatkanlah keta aku, Aminnnn!".

Aku jumpa doktor pompuan gak, namanya Dr. Najwin. Muda belia sangat. Bilik di mana aku jumpa Dr ni nak dikatakan bilik pun tak padan. You all just imagine, dahlah bilik tu lebih kurang 8'x8', di tutup ngan langsir, dikongsi pulak ngan another doctor. The doctors share a table, with them facing one another, and chairs for patients on each of their sides. So kalau dua-dua orang doktor are seeing patients at the same time, meaning ada 4 orglah dalam bilik yg sekangkang kera tu. Kau citer kat doktor hal kau, the other patient pun citer masalah dia kat sorang doktor lagi. Masing-masing boleh dengar citer masing-masing. And Its the General Hospital we are talking about here, people. Wa cakap sama lu... tu lah keadaannya. Pathetic kan? Kerajaan M'sia prihatinlah sangat terhadap kebajikan rakyatnya...

Dr. Najwin began my "treatment" by asking me loads of questions. Penat nak menjawab and sometimes soalan tu ditanyanya berulang-ulang sampai aku pun naik confuse! Cuma dalam hati aku cakap, "Semua doktor macam ni ke?" Tanya sekali dahlah, jangan ulang-ulang. Nanti tadi aku jawab lain sekarang jawab lain, haaa... kan dah ada contradiction? Last last nanti dia salah diagnose. Hee.. simpang malaikat 44!

Dipendikkkan cerita, doktor Najwin pun kata lebih kurang sama macam nurse dulu kata, "The fibroid size is not big. It shouldn't be a problem to you, actually. As for the continuous bleeding it's quite difficult to tell. But its normal for people your age", tambahnya. Apa kah??

In other words, doktor ni nak cakap yang aku dah nak dekat menopauselah tu. Setahu aku melalui rundingan dengan kawan-kawan yang lebih senior di sekolah dan dari pembacaan di internet, I am too "young" to be premenopausal. Tanda-tanda nak menopause pun aku tak de. Lagipun kalau nak menopause, mana ade sakit sakit. Di samping tu aku ada mention yang aku selalu kembung perut, tapi macam Dr. Jaswant dulu, Dr. Najwin nipun sama tak komen apa-apapun pasal masalah bloating aku tu.

I was then sent to do blood test as I was a little bit pale at the time. I was also sent to do another ultra sound. I did all that and memang sah sahlah aku ada fibroid yg saiznya 5x3 dalam uterus. Dr. Najwin then suggested me to do two tests - pap smear and satu lagi test, menggunakan sejenis alat yg dipanggil speculum. Aku tanyalah juga macam mana procedurenya for both tests and she explained them to me. Aku tanya juga will it be painful, dia kata a bit only. In the end aku pikir, "Oh well, what have I got to lose" so aku bagi je, but little did I know, that's when my nightmare started...

You see, I'm not married. So logically semua test yg normal for married women are unnormal to me. Walaupun aku cikgu Science tapi aku ajar Form 4 and 5 students. Bab pasal reproductive ada dalam syllabus Form 3. Tapi tak citer pasai semua test-test nipun. In varsitypun aku major in Mathematics. Sambung Masters pulak buat Library and Info. Science. Even masa aku sekolah menengah dulupun aku gi sekolah teknik, ambil jurusan "Civil Engineering". Tak de belajarpun subjek Biology. Akupun pernah dengar pasal pap smear dari kakak aku, i.e mak E-Ya. Diapun tak pernah pulak citer in detail apa yg berlaku. Tanya aku apa itu speculum lagilah aku blur. Cuma masa doktor tu tunjuk alat tu kat aku apa yg terbayang kat kepala hotak aku cumalah rupanya seolah-olah muncung itik tapi muncung itik yg panjangggg. Sebelum nipun I never bother myself to know all kinds of "reproductive tests" that women undergo, as I feel I have no use for it. Apa kah??

To cut it short, in the middle of the tests I practically yelled at the doctor to stop as it was very painful. She asked whether I'm sure and I said, "Yes! I can't stand it. It's painful". Mak ooi, aku dah merana kat atas tu dia boleh tanya lagi?? Rasa macam nak plankong jer kepala dia.

Sebelum dia berhenti sempat lagi dia cakap, "I think you should do the test, you know. We want to rule out any other problem". Hellooo! Memanglah I WANT TO DO the test. Dah terlantar pun aku di atas examination bed tu kan... Tapi ngapalah you buat sakit sangat. Tadi you kata "a bit" painful. Ni bukan a bit lagi, tapi a lot! Dan you dok jolok-jolok as if I am a statue tu apa kes? Tak boleh bagi local anesthesia ke? But then she's the doctor, not me. Who am I to say such things to her kan? Lagipun takkanlah dia tak tau kerja dia. Masa ni jugalah aku teringat kat si Saiful Bokhari. Macam ginilah rasa dia agaknya ye?? Hish... Apa kah??

In the end, the doctor said I can go home and said that I am to come again in 3 months, which later was stated in my appointment card, 3rd Nov 2008. Tunggu lagi.. kali ni 3 bulan.

Sebelum balik aku kena ambik ubat dari pharmacy. Terperanjat aku bila aku tengok ubatnya. Punyalah banyak lima jenis semuanya, bekalan untuk 3 bulan. Ponstan (ubat tahan sakit), Transfenamic acid (transamin, utk stop the bleeding), vitamin B complex, folic acid and iron pills (utk tambah darah sebab muka aku pucat sikit). Aku yg sebelum ni kalau demam atau selsemapun takkan makan apa-apa ubat tiba-tiba dikejutkan dengan sebakul ubat. Mak, tolong aku mak....!

Dalam perjalanan menuju ke tempat parking, telefon aku berbunyi, sapa lagi kalau bukan P.A aku, E-Ya.
E-Ya: "Acik kat ner ni?"
Aku: "Kat hospital, tapi dah nak balik. Nape?"
E-Ya: "Tak delah. Cam mana? Apa doktor kata? Dia kata nak kena operate ke?"
Aku: "Operate ke bendenye... You won't believe what just happened to me. Nantilah balik nanti acik citer. Tapi sekarang acik tahulah macam mana rasanya orang kena sexual assault! Alah...nantilah!". Pas tu aku hang up the phone and berjalan to my car. Yea... Syukur my car masih in one piece.

Actually aku taklah guna perkataan sexual assault tu tapi aku gunakan perkataan "RAPE" jerr. Tapi segan lah pulak nak tulis kat sini. Tu lah kan aku dah kata blog ni citer dia 18SX dan 18SG. Tapi aku anggap, ini adalah sumbangan kecil ku kepada komuniti di luar sana, kepada ibu-ibu, bapak-bapak, anak-anak gadis dan anak-anak pria supaya mengambil pengajaran dari pengalaman ku ni. Supaya kalau benda macam gini berlaku kat kaum famili korang bolehlah korang bertindak lebih pantas dan tuntas. Aku kan degil, so nak bebel banyak-banyakpun tak guna dah. Citer aku ni panjangggg lagi. Ni baru warm upnya kata orang. Tunggu je lah ye... Nak gi tidolah pulok...


Recap (Part 2)

Hi you all,

I'm back. Just arrived home at around 12.45 pm. Patutnya petang ni I have an appointment at HUKM but, tak laratlah nak pergi so I thought of asking E-Ya, my niece to cancel the appointment for me. Harap-harap radiographer tu tak ingat aku mengada-ngada tapi kalau jalanpun dah tak larat, cam no? Tapi tangan tu masih la boleh menaip, walaupun perut ku sakit macam di keruk-keruk. Serious wo...

Oh, before I proceed. Are you the person reading this blog 18 yrs and above? Bukan apa... What I'm gonna relate di sini lebih kurang 18SX dan 18SG gitu. If you are under 18 parental guidance is needed. Eh apa daa.. tak apalah sebenarnya citer aku ni ada sedikit unsur pendidikan dan pengajaran supaya you all don't commit the same mistake I did.

Ok back to my entry.
Ye, tuan-tuan dan puan-puan di luar sana. Saya ni sebenarnya sedang sakit. It all started actually early this year sometime around January gitulah. At that time I thought that I only have gastric. Chronic gastric. Yelah bila lambat makan aje perut aku rasa pedih, kembong dan segalanyaa, kalau tak gastrik tu apa? Well, at least that's what I thought. So aku pun ignore je sebab masa tu sakitnya pun tak lah kuat sangat. I can still endure it.

But as the days and months progressed, the pain got more frequent and more intense. So aku pun mulalah menjadi pelanggan setia Vitacare dekat rumah ku. Pharmacist tu sampai kenal dah muka aku sebab sebelum nipun aku selalu beli ubat untuk mak aku kat situ. Macam macam ubat gastrik aku beli tapi kadang kadang OK, kadang kadang tak de kesanpun. But being me yang memang terkenal degilnya buat tak kisah, still tak mau gi hospital atau klinik. Aku cuma ingat aku banyak kerja so sakit-makit ni boleh tunggu. Dalam pada sakit sakittu aku sempat gak gi Indonesia bershopping sakan di Jakarta and Bandung dengan anak-anak sedara ku selama 4 hari 3 malam. Sebenarnya yang bershopping sakan bukan aku, tapi E-ya. Aku cuma habis fulus.

Until lah sampai tahap bila aku datang menses sakit perut aku bertambah-tambah dan menses tu pulak tak habis-habis, barulah aku ambil keputusan pergi klinik pakar perbidanan, pun dekat ngan rumah aku gak. Aku pergi ngan E-Ya. Sebenarnya dia dah membebel kat aku banyak kali soh gi hospital, tapi kan aku kata aku ni degil. Aku cakap alah gastric je relaxlah.

Masa dalam bilik doktor tu akupun cakaplah yang aku selalu sakit perut, kembong dan kalau tengah menses sakit tu akan bertambah-tambah. Doktor Jeswant (pompuan) dengar je citer aku terus suruh aku baring dan londehkan seluar. Mak aii, cepat nyer tindakan doktor ni kata aku. Tapi aku menurutkan aje.

Dia pun amek mesin ultra sound yang digunakan untuk tengok perut orang mengandung tu lalu di sapunya cream ntah apa ntah then diroll-rollnya mesin yang rupa macam hand-held scanner atas perut aku. Lepas tu dia cakap "Look at this. This is what's causing you the pain". Akupun tengoklah kat screen macam TV hitam putih yang kecik tu. Sebenarnya aku tak nampak apa pun tapi aku berlagak je macam aku nampak. Nanti kang kalau kata tak nampak di katanya, "kalau tak nampak tu tandanya anak diluar nikah"... alah macam citer Nujum Pak Blalang P. Ramlee tu. So ngaku nampak jer lah...

Akupun cakap, "Is is fibroid doctor?" Dia jawab "Yes". Aku tanya lagi, "Is it big? What's it's size?" Dia jawab, "Yaa, quite big, about 5 cm".

Tiba-tiba out of no where si E-Ya membebel , "Ahaa... gastriclah sangat... See Acik I told you already. I've been telling you ages to go and see a doctor, see a doctor.. but all you said was, nanti, nanti, nanti! Gastric je. Heee!"
Ek eleh kata aku dalam hati, "Minah ni aku plankong kang..." tapi yang kuar dari mulut aku cuma "Hey, relaxlah..."
Aku tanya lagi doktor tu, "Do I have to undergo an operation to remove it?".
"Well, it depends, but I think you should", jawab Dr, Jaswant. She then said that she'll write a referral letter to ask me to go to Government hospital, siap warning lagi "You better go yaa.. Don't delay the appointment".
Aku jawab, "OK, will do".
Sebelum balik aku dibekalkan dengan ponstan je, untuk relievekan pain. Lainnya tak de. Dalam keta kena seround lagi lecture ngan E-Ya tapi aku buat bodo je. Sabor je laa budak ni... and all this happened on the 30th July 2008.


Recap...life before 14th Oct 2008 (Part 1)

Hi.
Sorry for the long absence. Not only am I not in the blogging mood but also don't have any idea where and how to start. Erm... Let's see ... the title for this entry is "Recap...life before 14th Oct 2008". Thus, I guess I'll do a little bit of introduction of what my life was before this date.

I am 47 years old. My niece
E-ya always tells me that I am already old, but to me 47 is only a number, what's important is how you feel inside. And I always feel that I'm only in my twenties! Hahahaha... kalau si E-ya baca ni mesti dia kata "dah...makcik aku dah prasan dah ..." Well, betul apa.. tanyalah kat mana-mana pompuan kat luar tu mesti dia orang setuju dengan pandangan aku ni.

I am a teacher teaching in an all girls' school in K. Lumpur, and have been there since 1990. Before this I was stationed in Pahang to teach in Temerloh for five years. All in all I have with me more than 20 years of teaching experience. I will not devote this blog totally to relate about my teaching experiences walaupun some of the experiences are pretty interesting, I tell you. Whatever that comes into my mind, that will be written in here.

My life have been pretty rewarding . Upon graduating I did not have to "jual anggur" long as a few weeks later I was already posted. When I first got the letter saying that I was to become a teacher in Temerloh, I was a bit worried. Why simply because when I was in varsity, I had a roommate who was from Temerloh. Whenever it's time for semester break, she'll always repeat this sentence, " Alamak, kena balik cepat ni kalau tak nanti tak sempat. Kalau sampai lebih pukul 3 ptg nanti bot susah.." So dah implant dalam kepala hotak aku - Temerloh itu bot, bot itu Temerloh. Akupun bila dapat posting tu dah mula fikir macam mana lah rasanya aku pergi sekolah nanti naik bot. Takut tu.. sebab aku tak pandai swimming dan pernah pulak nyaris-nyaris drown dulu masa kecik. Jadi agak phobia jugaklah dengan air. Tapi dah rezki aku di situ so hentam sajalah kata hati aku.

Masa aku pindah pegi Temerloh tu aku pergi ngan adik aku. Mak dan Pak aku tak ikutpun. Aku ni memang jenis yang independent. Kalau ikutkan hati aku nak pegi sorang je, tapi setelah mak aku bising maka adik akulah jadi penemannya dan kami naik bas je. Aku pergi dengan berbekalkan sebuah beg pakaian aje. Dalam tu adalah beberapa helai pakaian untuk pergi mengajar nanti, satu sudu, satu grapu, satu cawan, satu pinggan, satu mangkuk dan dua periuk. Yep...you read it correct. Aku bawa periuk dalam beg baju aku ! Ni semua mak aku lah punya pasal. Dia takut aku kebulur so dia bekalkan aku dengan pinggan, mangkuk, sudu, garpu dan segalanya, tapi dia lupa bekalkan aku makanan. Sah sahlah aku akan kebulur jugak!.

Alamak..ada emergency matterlah pulak. Aku terpaksa pegi Serdang ambek baranglah.. E-Ya kata biar dia pergi sendiri je ambek. Haa..tak payah..dia ni kalau drive sorang-sorang lajunya kalah Schumacher, jadi sebab tu lah aku kena ikut jugak jugak. So till then, cherioos!



Thursday, November 20, 2008

I guess there's always a first ...,

Hi everybody. I'm new here, so don't expect the unexpected.

How should I begin this? Well for starters just let me tell you all that the birth of this blog is actually unintended. I have for ages felt satisfied reading other peoples' blog until one day the unevitable happened to me. That was the day I decided to try to blog, not so much as to tell the world of my goings on and doings (after all sapalah aku kan?), but more as a reminder to me about my own life or what's left of it anyway.

Sounds weird? Well, if you keep on reading my blog then you'll understand what this blog is all about.

Ok. I guess this is enough as my intro. I'll write somemore next time.