Saturday, November 29, 2008

sambungan ...

Nampaknya demam berblog dah menjangkit kat aku. Kalau dulu aku tak de masa langsung tapi sejak aku sakit ni tiba-tiba I've got all the time in the world. So aku pikir ape aku nak buat dengan time yang banyak ni? Nak kuar jalan-jalan tak boleh sangat dah, sebab bila balik aku mesti melepek letih punya. Kalau nasib tak baik sakit-sakit badan especially the pelvic, waist and leg area. So I have to practically abstain myself from going outdoors. Leceh betul!


Jadi kerja aku sekarang ni banyak dihabiskan dalam rumah mengadap komputer-komputer yg aku dah stationkan dibeberapa sudut di rumah ku supaya senang aku capai. Aku ada satu desktop kat bilik tido aku. Satu laptop di living room, satu laptop di bilik tido E-Ya just incase aku nak lepak kat bilik dia dan satu lagi laptop standby yg kami boleh bawa ke mana-mana walaupun kalau nak ke bilik air. Yes people! I've got 4 computers at home. Itu tak termasuk satu laptop kesayangan aku yang aku panggil MAC yang adaptor dan batterynya dah kong tapi banyak berjasa pada aku. Puas aku cari adaptor dan battery baru tapi memandangkan MAC adalah komputer tahun 2000 masa zaman cip masih pentium 4 dan port adaptornya jenis besar gedabak, jd its practically impossible to find the parts needed to make MAC alive again. So MAC sekarang aku letak di bilik kakak E-Ya. Baru minggu lepas pulak aku bagi adik aku satu CPU ACER baru utk kegunaan anak-anak sedara aku yg kadang-kadang sangat boisterous. Ye lah dah adik aku hint-hint yg komputer dia dah kong, macam nak minta belas kasihan je so akupun bagilah kat dia. Kebetulan aku ada spare satu, cuma monitornya je tak de, belum beli nak tunggu flat screen turun harga. Kalau tidak sebenarnya aku nak letak satu lagi set computer kat family hall aku.


Kalau nak citer pasal computer aku boleh sihat sekejap. Aku memang giler computer. Awal tahun ni ikutkan hati, aku nak beli lagi laptop yang saiz kecil sikit tu tapi siE-Ya dah membebel kat aku. Aku argue jugak ngan dia aku kata: "Beli laptop kecik tu senang, boleh bawa mana-mana. Tak berat macam laptop kita sekarang. Besarnyapun macam saiz A4 paper je".

E-Ya bantah katanya, "Acik kemana Acik nak bawa pergi laptop tu? Acik punya kerjapun bukannya selalu travel. Nak bawa ke sekolah? Bukan kat sekolahpun Acik dah ada laptop ke? Baik bagi Ya je duit tu"


Nak buat pergi Spa lah tu, kata hati aku. Hihihi .. tapi betul jugak cakap minah ni tapi when it comes to computer aku amatlah mudah TIRRRGODA !


Akupun tak tau kenapa aku boleh suka sangat kat computer. I've been using computer eversince my varsity days but at that time I was not so enthusiastic about it. Mana taknya. Aku guna komputer zaman masa wordstar lagi dan course aku pulak menggunakan program BASIC dan PASCAL, DBASE semuanya memeningkan pale. Tak reti ape kebendepun kalau masa klas programming. Selalunya aku dan beberapa lagi bdak pompuan akan suruh member lelaki yg tolong buat assignment kami. Dah terpecah tembelang...


Computer pertama yg aku beli was an APPLE MACINTOSH. Harganya? RM 6,600 wa cakap sama lu and it was in 1986 lepas aku dapat tunggakan gaji setahun yg kerajaan tak bayar kat aku. Sebabtulah aku joli katak beli computer tu. Kalau org lain terkial-kial guna wordstar time tu aku relax je sebab masa tu APPLE dahpun guna operating system yg jauh lebih senang dan user friendly semuanya drag and drop jerr. Lepas tu lima tahun kemudian bila aku dah tukar ke KL, aku beli pulak komputer klon kerana by this time komputer klon dan brand-brand lain dah guna operating system Microsoft yang lebih kurang sama ngan APPLE. The next year I bought another MACINTOSH. Pastu one after another computer aku beli sampailah laa ni aku kira aku dah pernah own tak kurang 11 atau 12 kesemuanya.


Kat sekolahpun kerja aku banyak dikaitkan ngan komputer. Selain menjadi guru penyelaras perpustakaan dan media, aku adalah juga guru data, dan guru IT. Semuanya aku jaga. EMIS, SchoolNet, ASTRO, peralatan PPSMI (LCD, desktop, laptop, screen) dan macam-macam lain yg IT related. Buat brochure, buku program dan slide shows, citerlah. Itu dah memang kerja aku tiap tahun. Webpage sekolahpun aku yg buat sebab sekolah taknak upah org. Tapi webpage tu tak updatedpun sebab aku tak de masa. Mungkin sekarang aku bolehlah update sikit-sikit kot.


In short, kebanyakan masalah yg berkaitan dengan PC ke , printer ke, scanner ke , nak burn CD ke, nak guna video cam ke semua panggil aku. Ada satu kes tu nak tergelakpun ada. Ada sorang cikguni kelam kabut panggil aku report dia kata LCD kat dalam Bilik Tayangan dah rosak tak mau dipasangkan. Akupun heran sebab aku baruje guna dua hari lepas OK je LCDtu. Aku cakaplah kat dia macamtu tapi dia beriya-iya kata dah rosak. Akupun ikut dia gi Bilik Tayangan dan beleklah sambungan cable yg dia dah buat dan port-port yg dia dah gunakan. Tau apa masalah dia? Dia tak pasang sambungan ke plug point! Memanglah sah-sahlah LCDtu tak akan menyala. Apa kah??

Akulah satu-satunya cikgu yg kat sekolah aku tu yg ada sebijik desktop atas meja (with scanner and internet access lagi youuu..). Aku juga adalah satu-satu cikgu yg ada tiga tempat duduk di sekolah. Satu kat bilik guru, satu kat library dan satu lagi kat makmal. Speselkan? Masa lapang aku selalu surf apa nak tau? Malaysia Today and Anwaribrahim blog. Huuuu.. cikgu pompuanpun pandai politik jugak apa.

Kat dalam library pulak aku buat cybercafe. Bebudak punyalah suka. Bab-bab cabling dan technical work ni sebenarnya aku tak berapa pandai tetapi bila kita dah diberi tanggung jawab kita kena lah belajar sendiri sikit-sikit. Jadi dari seorang yg tak tahu macam mana nak set up wireless, guna modem, router, switch dan segalanya, sekarangni bolehlah sikit-sikit. Even wireless kat umah akupun aku yg buat sendiri. Tulah yg boleh ada komputer kat segenap umah tu. Nak upah org buatpun mahal kan? Might as well belajar buat sendiri.

Aku tak kisah buat kerja-kerja bersangkutan ngan computer ni sebab ia merupakan hobby jugak pada aku. Tapi its the human yg aku terpaksa deal with itulah yg kenkadang boleh menstresskan aku. I tell you, walaupun mereka adalah cikgu-cikgu they can be quite annoying sometimes.Cukuplah setakat itu tak mau komen banyak. Nanti org cakap sakit-sakitpun nak ngumpat org. Ye tak?

Oklah nak stop sini sebab tiba-tiba perut dah lapar. Ingat nak gi masak kueh tiaw. Aku sejak sakit kena banyak pantang makan. Aku memanglah pantang tapi pantang nampak. Org sakit tak lalu makan tapi aku lalu je. Kueh tiaw ni aku tak tahu samada boleh ke tidak, tapi Dr tak cakap tak boleh so boleh lah kot. Huhuhuuhu...


No comments: