Tiba hari Isnin 6 Oktober, aku sekali lagi pergi ke Pusrawi. Kali ni utk appointment berjumpa dengan Dr. Adilah Amat, pakar Gynae di situ. Aku ditemani oleh E-Ya, kakak aku dan suaminya. Sesampainya kami di sana kami terus ke Tingkat 1, Bahagian Gynae dan menunggu sehinggalah nama aku dipanggil.
Sebenarnya, pada 5 Oktober, iaitu hari Ahad aku sekali lagi bleeding teruk, tapi tak lah seteruk hari Jumaat tu. Kali ni nasib baik E-Ya ada di rumah so aku minta tolong dialah uruskan aku yang dah separuh tak sedar diri tu. Aku suruh dia picit-picit kaki aku sebab rasa sejuk sesangat dan bagi aku makan ubat. Lepas tu aku suruh dia masakkan aku bubur nasi utk makan tengahari. Syukur menjelang tengahhari tu aku dah lega sikit, cuma tak bermaya je.
Di Pusrawi hari tu lama jugalah kena tunggu. Nasib baik masa tu perut aku tak sakit tapi badan letih tak bermaya. Bila dah lebih 40 minit tunggu, E-Ya pun pergi kat kaunter nurse tu dan tanya bila nak dipanggil nama aku. Dia kata kat nurse tu "makcik saya dah tak tahan tu". Yelah aku rasa macam nak baring je kat kerusi tu sebab tak larat nak duduk. Nurse tu kata nanti dia tanya doktor lalu masuk dlm bilik pemeriksaan. Kejap lepas tu dia terus panggil aku masuk. Aku dan E-Ya masuk. Pendikkan citer aku relate semua medical history aku kat dia, pasal fibroid, termasuklah juga cerita yg aku dah pernah pegi GHKL dan apa yg berlaku pada aku di situ. Akupun cakaplah yg aku bleeding agak banyak selama dua hari tapi dahpun jumpa doktor sebelum ni dan diberi ubat tp nampak macam tak kurang je.
Doktor tu tngk aku dia terus kata, "Muka pucat sangat ni..mcm anaemic" Dia ambik tangan aku dan tengok jari-jari aku, "Ni tengok..kukupun dah tukar putih. Saya masukkkan ke wad. Ni kena masuk darah ni". Aku dah memang ada feelingpun aku akan diwardedkan so it was not a surprise to me.
Selepas Dr. Adilah memberi instruction kepada nurse, maka akupun di wheelkan ke wad. Aku ditempatkan di wad no: 2, berkongsi 6 org satu bilik. Each bed separated by curtains. Aku dapat bilik paling tepi dekat tingkap. About 30 minutes later nurse masuk dan cucuk tangan aku dengan satu alat utk memudahkan dimasukkan solution IV. Nasib baiklah Tuhan nak kesiankan aku setakat ni bila kena injection je aku tak rasa sakitpun. Walhal dah berapa kurun aku tak kena injection. Lepas beberapa minit saline solution diberikan akupun dimasukkan darah. Haritu lah aku baru tau yg aku berdarah A+. Apakah??
Bila aku tahu yg aku kena masuk wad aku suruh E-Ya telefon sekolah aku utk inform Penolong Kanan. Taklah dia ingat aku hilang ntah ke mana pulak. Aku juga telefon kawan baik aku, Kak Hanim yg aku kena tahan wad. Tak diduga rupanya tengahari tu Kak Hanim dan sorang lagi kawan baik aku Kak Aziah datang melawat. Time tu aku tengah masuk darah dan kepalapun sedikit senoneng, mata aku rasa mcm sebelah pandang Singapore sebelah lagi pandang Penang! So merekapun singgah sekejap je. Sebelum tu sempatlah dia org berpesan supaya aku bersabar dan moga cepat sembuh. Terharu aku ...
Bilik ward yg aku duduk ni sebenarnya OK. Sebelah aku dan depan aku ada patient tapi semuanya pompuan samada dah bersalin atau bakal bersalin. Keadaannya selesalah tapi aku tak tahan ngan pompuan sebelah aku, because every few minutes aku akan dengar dia burping. Kata hati aku banyaknya angin pompuan ni. Pompuan yg kat depantu pulak mula-mula senyap tapi bila dtg anak dan suami dia aku tension bila anak dia start nyanyi lagu raya. Tambah teruk ada pulak budak lain yg menyambut dan jadi macam berduetlah budak budak tu menyanyi lagu-lagu raya. So korang bayangkan ... sebelah aku bunyi "burp" depan aku pulak "karaoke" lagu raya. Sabor je lah...
So akupun cakap ngan E-Ya suruh tanya nurse boleh tak aku nak tukar bilik. Bilik sorang-sorang. Lagipun bilik yg aku dok skrang relative tak boleh tunggu. Aku pula rasa macam perlu je org pimpin kalau nak ke toilet. Toilet pulak agak jauh dr katil dan dgn alat-alat yg terlekat kat tgn aku, rasanya susah gak especially kalau malam. Tapi malangnya tak de bilik kosong, so terpaksalah aku tunggu semalaman di situ. Tp esok petangnya berita baik, aku boleh pindah kerana ada satu bilik single yg available. Tak kisahlah wpun bayarannya lebih 2 kali ganda tp selesa sangat.
Bilik baru aku no:11, Wad Annur. Biliknya agak besar lebih besar dr yg aku pernah nampak di Ampang Puteri. Ada TV, settee set, dressing table dan bilik airpun dekat, selesa dan bersih. Tapi yg penting AMANNN ... E-Ya dah chop nak tunggu aku di situ malam-malam so diapun kata dia nak balik umah ambil barang. Malamnya lepas Maghrib diapun sampai. Nak tergelak aku nengok dia. Dia datang bawa dua beg pakaian macam dia nak pindah duduk di situ. Di sebelah tgn kanan dia pegang beg berisi baju tidur, tuala and what not. Disebelah kiri satu lagi beg besar, aku ingatkan isi baju lagi tapi rupanya isi dengan comforter. Bawah ketiak kanan pula dikepitnya bantal. Siap ngan beg kecik isi toiletries dan barang-barang make-up, perfume dan ntah apa-apa lagi. Laa.. sabor je budak ni.
Sebenarnya masa aku jumpa dgn Dr. Adilah tu semalam dia ada terangkan apa treatment yg dia nak buat kat aku. Pertamanya dia suruh aku ambil X-Ray dada dan ambil sample darah nak tengok hemoglobin level aku. Dia kata kalau hemoglobin level aku OK dia nak terus buat DD & C kat aku. Dia kata DD & C tu is actually a minor surgery. Aku pernahlah dengar D & C tp DD & C tu aku blurlah jugak. Tapi dari apa yg diceritakan oleh Dr. Adilah procedurenya lebih kurang sama ngan D & C jugak. Aku OK je after all that's why I was there - to be treated the best way possible.
The first day I was warded I was given 2 packets of blood. Actually the Dr. wanted to give 3 that day, but she says Blood Bank inform yg dia org tak cukup supply memandangkan sekarang musim Raya, mungkin banyak accident kot. All in all I was to be transfused with at least 5 to 7 packets of blood! Mak datuk terasa macam Dracula lah pulak. Banyaknya darah.
Ini sebahagian darah yg masuk dlm body aku. Darah anak sape lah ni ...
Before the transfusion my hemoglobin count was only 5.6 (normal is 11.5 - 16). So you all can understandlah kan why all this while I was pale and lethargic. But after the 2 packets of blood was in my body, my hamoglobin was already 9.7 suffice to undergo the DD&C. Akupun disuruh berpuasa that night because the next morning at around 9, I will be wheeled in for surgery. Berderau jantung sekejap mendengarnya. As usual E-Ya jadi informer bagitau semua adik beradik aku. Mulanya aku cakap tak payahlah bagi tau, tp dia start membebel kat aku dia kata "Kali ni biar semua org tahu Acik sakit. Jangan ingat Acik ni tak ada problem". Akupun diam je... budak ni kalau dia dah start bersyarah tak payah lah susah-susah nak bangkang. Mesti kalah punya...
Malam tu aku tidur, tapi dalam hati berdebar-debar nak tunggu apa yg bakal berlaku keesokan harinya.
Ni pulak saline solutionnya. Ntah berapa paket solution ini masuk dalam badan akupun aku tak ingat. Photos courtesy of E-Ya. Dia buat aku rasa macam "Pilem Star" je duduk hospital. Sikit-sikit asyik tangkap gambar je kerjanya ...
No comments:
Post a Comment