Friday, November 28, 2008

cont..Recap

Yo, we meet again...

After the appointment with Dr. Jaswant, aku finally gi jugaklah ke hospital kerajaan. I went to General Hospital KL. But itupun two days later, on the 2nd of August. As usual, aku gi ngan P.A aku, E-ya.

Oh lupa plak nak cakap. Actually masa gi jumpa Dr. Jaswant dia bagi aku 2 days MC. Ripley's believe it or not, that was my first two-day, MC throughout my entire teaching career tau. Eh! nanti silap. My second, actually. The first time I took MC was when I came back from my Indonesia trip. I got one day off then. Ni pun ada story gak. Nanti one fine day, I'll write about it. But the moral of the story is to say before this aku tak pernah ambil MC selama dah lebih 20 tahun mengajar. Haa..tak cayo ke..?

p/s: Siap kau E-Ya, rahsia kau bakal terpecah...hahahaha...!

Err, back to my entry..
Upon arrival at the GHKL, E-Ya dah mula tension dah. Tension cari parking... Mak datuk punyalah susah. Kalau ikutkan hati memang tak nak gi sini, tapi mengingatkan itulah hospital kerajaan yang terdekat dgn rumah aku, maka kami gi jelah. Pusing-pusing punya pusing mau tak mau last-last dapatlah satu spot. E-Ya pun park dan we all pun proceed ke Hospital Bersalin Kuala Lumpur. Sampai kat sana tunjuklah surat referral dari Dr. Jaswant dan nurse tu pun suruh duduk di ruangan menunggu. Aku dan E-Ya sempat jeling-jeling sekeliling dan pastu kami seolah-olah bersependapat berkata dalam hati "Ramainya pompuan Malaysia ni mengandung!" Mana taknya.. pandang kanan pompuan mengandung, pandang kira pompuan mengandung, pandang depan mengandung jugak, pandang blakangpun sama. Cuma atas je kami tak pandang. Silap-silap ataspun ada pompuan mengandung. Hahahaha... E-Ya kata "Produktif sungguh rakyat Malaysia". Aku jawab "Bab ni produktif le, bab keja, lain citer". Hahahaha...

Lebih kurang 15 minit kemudian nama aku dipanggil. Aii, cepatnya. Ini sudah bagus. Setahu aku hospital kerajaan ni kalau tak sejam lebih menunggu tak sah. Ni 15 minit sudah dipanggil, WOW!

Aku dan E-Ya (ye dia sekali, mgekor...) berjalan kat counter di mana nama aku dipanggil tadi dan kami duduk. Nursetu minta alamat dan no telefon aku. Dia tanya aku datang untuk apa, akupun cakaplah yang aku dirujuk oleh klinik swasta untuk masalah fibroid. Dia tanya lagi dah buat scanning ke? Aku cakap sudah, dan beritahu dia saiz fibroid aku 5 cm. Dia jawab, " Ooo, kecik je tu". Apa kah???

Menurut nurse tu saiz fibroid aku lebih kurang besar macam saiz orang mengandung 3 bulan. Aku mana tau dan peduli apa. Aku nak treatment jaaa! Dia kata lagi ada orang saiznya lebih besar, sampai sebesar buah kelapa lagi. Apa kah??

Lepas tu nurse tu kata "Ok, kita bagi awak appointment untuk jumpa doktor ye. Nanti saya tengok buku appointment saya..." Diapun beleklah buku appointment yang aku tengok macam buku utang je, pas tu dia cakap "Paling awal kita boleh bagi 8 Ogos. Nipun dah kira awal ni. Kita ramai patient. Nasib awak baik dapat awal ni. Datang pukul 9 pg boleh?".

What? Nak tunggu 6 hari lagi?? Hari ni aku datang semata-mata untuk diberitahu datang 6 hari kemudian? Sabor je la... Nasib baiklah nurse tu baik kalau tak, mau hangin gak aku. Jadi apa nak buat? Balik je umah...

Enam hari kemudian, on the 8th of August aku dah bersiap nak gi GHKL. This time I went alone. E-Ya tak dapat ikut sebab dia ada sumthing on. Legaaa....mak cik ping pang pet pot tak de! Hahahaha!

As usual to get a parking space is like @%#!. In the end aku park je belakang keta orang as budak yg jaga parking tu kata boleh, tapi kata dia jgn tarik hand brake. Tawakkal je aku sebab time tu dah pukul 8.45 and my appointment is at 9. Dalam hati berdoa, "Ya Allah, kau selamatkanlah keta aku, Aminnnn!".

Aku jumpa doktor pompuan gak, namanya Dr. Najwin. Muda belia sangat. Bilik di mana aku jumpa Dr ni nak dikatakan bilik pun tak padan. You all just imagine, dahlah bilik tu lebih kurang 8'x8', di tutup ngan langsir, dikongsi pulak ngan another doctor. The doctors share a table, with them facing one another, and chairs for patients on each of their sides. So kalau dua-dua orang doktor are seeing patients at the same time, meaning ada 4 orglah dalam bilik yg sekangkang kera tu. Kau citer kat doktor hal kau, the other patient pun citer masalah dia kat sorang doktor lagi. Masing-masing boleh dengar citer masing-masing. And Its the General Hospital we are talking about here, people. Wa cakap sama lu... tu lah keadaannya. Pathetic kan? Kerajaan M'sia prihatinlah sangat terhadap kebajikan rakyatnya...

Dr. Najwin began my "treatment" by asking me loads of questions. Penat nak menjawab and sometimes soalan tu ditanyanya berulang-ulang sampai aku pun naik confuse! Cuma dalam hati aku cakap, "Semua doktor macam ni ke?" Tanya sekali dahlah, jangan ulang-ulang. Nanti tadi aku jawab lain sekarang jawab lain, haaa... kan dah ada contradiction? Last last nanti dia salah diagnose. Hee.. simpang malaikat 44!

Dipendikkkan cerita, doktor Najwin pun kata lebih kurang sama macam nurse dulu kata, "The fibroid size is not big. It shouldn't be a problem to you, actually. As for the continuous bleeding it's quite difficult to tell. But its normal for people your age", tambahnya. Apa kah??

In other words, doktor ni nak cakap yang aku dah nak dekat menopauselah tu. Setahu aku melalui rundingan dengan kawan-kawan yang lebih senior di sekolah dan dari pembacaan di internet, I am too "young" to be premenopausal. Tanda-tanda nak menopause pun aku tak de. Lagipun kalau nak menopause, mana ade sakit sakit. Di samping tu aku ada mention yang aku selalu kembung perut, tapi macam Dr. Jaswant dulu, Dr. Najwin nipun sama tak komen apa-apapun pasal masalah bloating aku tu.

I was then sent to do blood test as I was a little bit pale at the time. I was also sent to do another ultra sound. I did all that and memang sah sahlah aku ada fibroid yg saiznya 5x3 dalam uterus. Dr. Najwin then suggested me to do two tests - pap smear and satu lagi test, menggunakan sejenis alat yg dipanggil speculum. Aku tanyalah juga macam mana procedurenya for both tests and she explained them to me. Aku tanya juga will it be painful, dia kata a bit only. In the end aku pikir, "Oh well, what have I got to lose" so aku bagi je, but little did I know, that's when my nightmare started...

You see, I'm not married. So logically semua test yg normal for married women are unnormal to me. Walaupun aku cikgu Science tapi aku ajar Form 4 and 5 students. Bab pasal reproductive ada dalam syllabus Form 3. Tapi tak citer pasai semua test-test nipun. In varsitypun aku major in Mathematics. Sambung Masters pulak buat Library and Info. Science. Even masa aku sekolah menengah dulupun aku gi sekolah teknik, ambil jurusan "Civil Engineering". Tak de belajarpun subjek Biology. Akupun pernah dengar pasal pap smear dari kakak aku, i.e mak E-Ya. Diapun tak pernah pulak citer in detail apa yg berlaku. Tanya aku apa itu speculum lagilah aku blur. Cuma masa doktor tu tunjuk alat tu kat aku apa yg terbayang kat kepala hotak aku cumalah rupanya seolah-olah muncung itik tapi muncung itik yg panjangggg. Sebelum nipun I never bother myself to know all kinds of "reproductive tests" that women undergo, as I feel I have no use for it. Apa kah??

To cut it short, in the middle of the tests I practically yelled at the doctor to stop as it was very painful. She asked whether I'm sure and I said, "Yes! I can't stand it. It's painful". Mak ooi, aku dah merana kat atas tu dia boleh tanya lagi?? Rasa macam nak plankong jer kepala dia.

Sebelum dia berhenti sempat lagi dia cakap, "I think you should do the test, you know. We want to rule out any other problem". Hellooo! Memanglah I WANT TO DO the test. Dah terlantar pun aku di atas examination bed tu kan... Tapi ngapalah you buat sakit sangat. Tadi you kata "a bit" painful. Ni bukan a bit lagi, tapi a lot! Dan you dok jolok-jolok as if I am a statue tu apa kes? Tak boleh bagi local anesthesia ke? But then she's the doctor, not me. Who am I to say such things to her kan? Lagipun takkanlah dia tak tau kerja dia. Masa ni jugalah aku teringat kat si Saiful Bokhari. Macam ginilah rasa dia agaknya ye?? Hish... Apa kah??

In the end, the doctor said I can go home and said that I am to come again in 3 months, which later was stated in my appointment card, 3rd Nov 2008. Tunggu lagi.. kali ni 3 bulan.

Sebelum balik aku kena ambik ubat dari pharmacy. Terperanjat aku bila aku tengok ubatnya. Punyalah banyak lima jenis semuanya, bekalan untuk 3 bulan. Ponstan (ubat tahan sakit), Transfenamic acid (transamin, utk stop the bleeding), vitamin B complex, folic acid and iron pills (utk tambah darah sebab muka aku pucat sikit). Aku yg sebelum ni kalau demam atau selsemapun takkan makan apa-apa ubat tiba-tiba dikejutkan dengan sebakul ubat. Mak, tolong aku mak....!

Dalam perjalanan menuju ke tempat parking, telefon aku berbunyi, sapa lagi kalau bukan P.A aku, E-Ya.
E-Ya: "Acik kat ner ni?"
Aku: "Kat hospital, tapi dah nak balik. Nape?"
E-Ya: "Tak delah. Cam mana? Apa doktor kata? Dia kata nak kena operate ke?"
Aku: "Operate ke bendenye... You won't believe what just happened to me. Nantilah balik nanti acik citer. Tapi sekarang acik tahulah macam mana rasanya orang kena sexual assault! Alah...nantilah!". Pas tu aku hang up the phone and berjalan to my car. Yea... Syukur my car masih in one piece.

Actually aku taklah guna perkataan sexual assault tu tapi aku gunakan perkataan "RAPE" jerr. Tapi segan lah pulak nak tulis kat sini. Tu lah kan aku dah kata blog ni citer dia 18SX dan 18SG. Tapi aku anggap, ini adalah sumbangan kecil ku kepada komuniti di luar sana, kepada ibu-ibu, bapak-bapak, anak-anak gadis dan anak-anak pria supaya mengambil pengajaran dari pengalaman ku ni. Supaya kalau benda macam gini berlaku kat kaum famili korang bolehlah korang bertindak lebih pantas dan tuntas. Aku kan degil, so nak bebel banyak-banyakpun tak guna dah. Citer aku ni panjangggg lagi. Ni baru warm upnya kata orang. Tunggu je lah ye... Nak gi tidolah pulok...


No comments: