Saturday, November 29, 2008

Sambung Lagi ...

Jumpa lagi daa ..
Nampaknya entry aku yg last tu dimulakan nak citer pasal sakit aku, tapi tup-tup citer pasal my passion towards computer pulak. Hehehe ... I've told you that I'll write whatever that comes into my mind. Jangan marah ... aku kan sakit ...

OK berbalik pada citer aku sakit.
Climaxnya ialah pada hari raya baru-baru ni. Semasa org semua sibuk berhari raya, aku pulak duduk umah je menanggung kesakitan.

Sebenarnya hari raya pertama lagi aku dah sakit dah. Tapi aku degil dan gagahkan juga dgn pertolongan E-Ya, menyiapkan juadah hari raya. Masa masak satay, kaki aku rupanya bengkak tapi aku je tak perasan. Habis masak satay dan bila semua org dah balik, akupun duduk rehat. Aku rasa kaki aku berat semacam dan barulah aku nampak kaki kanan aku tu dah lebih besar dr kaki kiri aku. Aku taklah panik sangat tp aku beritau jugaklah E-Ya. Dia tanya sakit ke aku jawab tak, cuma kaki rasa berat susah sikit nak jalan. Aku naik bilik aku dah baring dgn kaki aku ditinggikan menggunakan bantal. Beberapa jam kemudian, alhamdullilah bengkak tu hilang. Aku tahu cara ni efektif sebab masa bapak aku masuk hospital dulu inilah yg disuruh oleh doktor buat utk hilangkan bengkak kaki bapak aku. Thank god it also works for me too.

Kemudian pada hari raya ketiga, 3rd Oct. 2008 (Friday) something happened to me. That morning E-Ya had told me that she was going to her friend's house for Hari Raya and might be late getting back home. Aku tak kisah sangat sebab dia dah penat melayan tetamu datang for the past three days so might as well give her some time off. At about 11 o'clock as I was getting ready to cook lunch, I suddenly felt something warm oozing down my legs. I looked down and to my horror saw blood on the kitchen floor! I wiped the blood off the floor and quickly went upstairs to my room and straight into the bathroom. As I was about to wash myself time tu lah tiba-tiba big clots of blood pulak yang keluar. Pandangan aku pulak tiba-tiba menjadi gelap dan badan pulak menjadi sejuk dan berpeluh. Walaupun rasa tak larat, I still managed to clean myself and got out from the bathroom.

At that time there was nobody in the house except for my aged parents and I. My parents memang tak bleh buat aperpun, yelah bapak aku jalanpun dah tergigil-gigil macam mana nak naik atas tolong aku. Mak aku pulak jalanpun tak boleh, lagilah no point minta tolong diapun. Kakak E-Yapun dah pergi keja so aku tak boleh nak minta tolong sapa-sapapun. To make matters worst, telefon rumah rosak, tak de dialing tone lah pulak. Actually phone rumah tu dah lama kami tak guna. Kami guna phone line utk internet saja. So bila phone rumahtu rosakpun aku tak tahu. Hphone aku si E-Ya pinjam sebab hphone dia pecah dibalingnya ke dinding, gara-gara selisih paham ngan BF dia. (bacalah blog dia kalau nak tahu citer). Hee dia org ni berchenta kalah citer hindustan!

So, practically I was on my own that morning. Keluar je dari bathroom tu aku terus passed out on the floor and berapa lama I was there pun aku tak tahu. Alhamdullilah, mungkin sebab belum ajal aku lagi a few hours later aku mula sedar sikit. Still woozy akupun bangun dan naik tido atas katil dengan kipas full blast sebab badan rasa panas pulak sekarang.

At around 7 o'clock, kakak E-Ya balik dari kerja. Dia masuk bilik aku dan masa tu aku dah sedar sikit tapi badan lemah sangat dan perut pulak berkeroncong sebab whole day tak makan. Aku suruh kakak E-Ya to get me something to eat. Diapun keluar, tapi aku tunggu punya tunggu lama pulak dia tak bawak-bawak makanan utk aku. Aku dah mula naik hangin dah. At last dia masuk dan bawak nasi dan udang goreng tempura utk aku. Padanlah lambat. Rupanya dia goreng udang yg pada mulanya aku memang nak masak pagi tadi. Nampak je udang tak jadi nak marah sebab aku memang suka udang! Akupun makanlah sikit sekadar utk dapatkan tenaga balik.

The next day, aku dah rasa OK sikit, bleedingpun tak banyak, tapi sakit perutlah pulak. Sakit tu tak kurang-kurang sampai aku baring menggerekot in a fetal position menahan sakit. As usual aku tak bagitau sapa-sapapun yg aku sakit. Tak mau menyusahkan org. Lagipun aku memang dah made up my mind nak pergi hospital Pusrawi dan E-Yapun dah set upkan appointment utk aku to go on Monday, 6th Oct. So I thought might as well wait for the appointment date.

Aku baring je sorang-sorang sampai tghhari kat dalam bilik aku. Dalam aku menahan sakit tu tiba-tiba ada org tepuk perlahan bahu aku. Aku toleh, rupanya kakak aku yg duduk Kelantan tu datang. Dia tanya aku kenapa dan aku cakap, " Alah biasalah sakit perut".
Actually di kalangan adik beradik, cuma adik dan kakak aku ni lah yg tahu aku ada fibroid. Tapi aku cakap kat dia org tak serious so nothing to worry. Aku cuma tunggu doctor nak operate je. Tapi mungkin haritu kakak aku tengok aku sakit lain macam so dia insist that aku pergi hospital.

At around 3 pm akupun pegilah Pusrawi, sebab kalau gi GH nanti pening pulak kepala nak cari parking. Aku ditemani oleh kakak aku, abang ipar aku, anak sedara aku Linda (anak kakak aku)dan kakak E-Ya namanya Fizah. Si E-Ya pulak kebetulan pergi airport hantar chenta hatinya balik Nippon. Tapi dia dah diberitahu yg aku nak ke Pusrawi. Dia kata nanti dari airport dia terus ke Pusrawi.

Sampai kat Pusrawi aku gi bahagian Emergency dan memanglah kosong je hospital tu maklumlah org masing-masing sibuk berhari raya. Aku jumpa sorang doktor lelaki dan citerlah apa yg berlaku kat aku. Doktor tu aku tengok dah macam tak larat nak layan mungkin penat bekerja dari pagi sebab doktor lain cuti kot. Memandangkan yg aku sakit perut doktortu kata dia nak bagi pain relief punya injection dan suruh aku duduk emergency ward tengok reaction aku terhadap pain reliever tu. So akupun ditolak masuk ward kecemasan dan disuntik oleh nurse di punggung. Katil-katil kat ward tu hanya diseparatekan oleh langsir-langsir je and I got the bed in the middle. Nasib baik masa tu tak de org lain dalam ward tu. Apa lagi anak-anak sedara aku especially si Linda dok pot pet pot pet sampaikan aku nak rehatpun terkejut-kejut dibuatnya. Rasa nak plankong jer kepala dia org, tapi at last sempat jugak aku terlena sekejap.

Selang beberapa minit lepas aku masuk, adalah sorang makcik masuk bersama keluarga dia. Makcik tu ntah sakit apa ntah tapi tak habis-habis mengerang "Aduh... sakit... Aku ni sakit ni...". Tension jugak aku. Macamlah dia je sakit. Akupun sakit gak, kata hati aku. Puas dipujuk anak dia supaya bertenang dan bersabar tp dia tak diam-diam jugak. Pas tu datanglah nurse nak amek darah dia. Dia pun kata, "Nak ambik darah kat mana?" Nurse cakap, "Kat tangan". Dia merungut kata tak mahu kat tangan sebab dulu dah ambik kat tangan so dia kata, " Ambik pulak kat kakilah". Hahahahaha.... tak dapat aku bayangkan betapa kelakarnya makcik tu. Si Linda masa tu dah pecah-pecah perut dah tergolek-golek tergelak mendengar makcik tu suruh nurse ambik darah dia melalui kaki! Boleh pula lepas tu si Linda mengusik aku, "Haa, Acik jgn macam tu, ambik darah melalui kaki. Buat malu kaum keluarga je..." Hee, aku plankong kang...

Bila E-Ya sampai, ketiga-tiga anak sedara ku, Linda, Fizah dan E-Ya, termasuk kakak aku sekali, dia orangpun apa lagi bergosip-gosip sesama sendiri dan gelak macam tak hingat dunia mengenangkan kisah makcik tu.

Selepas lebih kurang 3 jam kat Pusrawi, doktorpun tengok aku dah OK diapun kata aku boleh balik. Lagipun kata dia kalau nak wardedkan akupun doktor tak de sebab semuanya cuti raya. Apakah??

Aku dan rombongan akupun baliklah umah. Nampak gaya kena tunggu appointment hari Isninlah jugak-jugak ...


No comments: