When I arrived home E-Ya was already waiting for me. Tak sabar dia nak tahu apa yg dah berlaku pada aku. So akupun citer kat dia apa yg doktor tu dah buat.
E-Ya: " Eeee, doktor tu bodoh ke apa. Mestilah sakit. Cuba kita buat macam tu kat dia, apa dia rasa."
Mula dah budak ni, kata hati aku...
Aku: " Manalah Acik tau, memang tu caranya kot. Tapi nasib baiklah sekarang dah tak sakit lagi. Jadi tunggulah 3 bulan lagi. Tapi kalau Acik tak boleh tahan Acik pergi private je utk buang fibroid tu.", sambung aku.
So akupun sambunglah aktiviti harian aku seperti biasa. Pergi mengajar dan balik umah sekitar kul 3.30 atau 4.30 ptg. Yes people, walaupun aku mengajar pagi tapi aku selalu balik lambat. Sapa yg kata kerja cikgu ni senang adalah dusta belaka...
Walaupun aku diberi ubat oleh doktor tapi aku rasakan ubat tu tak mendatangkan apa-apa hasilpun. Malah aku rasa sakit perut aku bertambah-tambah. Sampai kat sekolahpun aku boleh pass out. Nasib baik aku ni guru penyelaras perpustakaan dan media, jadi kelas mengajarpun cuma 1 kelas je. Jadi tak mengganggu sangat schedule aku ngan bebudak aku tu. Kalau aku sakit kat sekolah, aku akan melepek habis tak menyedarkan orang dah. Nasib baik ada kawan-kawan yg baik tolonglah sapu minyak kat belakang pinggang sebab sakit kali ni lain macam sampai tangkap pinggang dan kaki. Rasa macam nak putus pinggang dibuatnya. Dan sakit begini akan kena sekali, tiap-tiap hari tak kira masa. Bleeding tak payah cakaplah masih tak henti. Ni semua berlaku walaupun aku makan ubat. Tapi biasanya kalau aku sakit aku tak suka nak beritahu orang. Kat sekolahpun hanya kawan-kawan rapat je yang tahu itupun setelah mereka melihat aku semacam je. Kadang-kadang bila aku tengah sakit, dia org datang tanya soalan atau ajak berborak aku dah macam zombie je sebab menahan sakit. Itulah yg buat dia org suspek yg aku dalam kesakitan. Aku yg dia org tahu tak macam tu sama sekali.
Kat umah pulak, tak sapa tahu aku sakit kecuali E-Ya. Nak bagitau sapapun? Mak dan Pak aku dah tua. Kalau bagitau dia orang, 5 minit kemudian dia org dah lupa. Jadi sama gak macam tak payah bagitau. Adik beradik lain pula msing-msing ada urusan dan problem masing-masing, lagipun aku masih boleh control keadaan jadi aku rasa tak payahlah kecoh-kecoh. Selalunya kalau aku sakit kat umah, E-Ya lah yg akan tolong aku, sapu belakangke, picit kakike dsnya. Bersyukur aku ada dia. Dia banyak membantu bukan semasa aku sakit je tapi dalam banyak hal. Dah..maleh nak puji lebih-lebih, kang terkembang pulak budak tu kang kalau dia tahu.
Dalam sibuk-sibuk sakit dan kerja bulan puasapun masuk dan lepastu hari raya. Sakit aku masih tak reda-reda. Kawan-kawan dan E-Ya desak aku pegi cari hospital lain. Pada E-Ya aku yang degil kata, "Nantilah. Bagi chan Acik beraya dulu. Nanti lepas Raya Acik pergilah". Masa tu aku dah plan samaada nak pergi Ampang Puteri atau Pusrawi.
Sepanjang bulan puasa aku keletihan, fatigue kata omputih. Tak larat nak buat apapun. tapi entah macam mana sempat gak kami make-over rumah. Kami upah org cat baru umah, tukar serba sedikit furnishings dan donate pada charity barang-barang lama kami. Sebenarnya si E-Ya yg beriya-iya nak buat make-over tu, aku ikutkan aje. So segala supervision of the make-over work aku serahkan bulat-bulat pada dia. Dia ni bab-bab m'supervise org boleh tahan. Sampaikan masa org Indon tu mengecat rumah, E-Ya boleh duduk terponggok tengok Mat Indon tu buat keja. Apa lagi tersengih-sengihlah Mat Indon tu...
Pada hari raya pulak aku dan E-Ya sempat masak rendang (ayam dan daging), dalca dan nasi bokhari lagi. Kuah ketupat dan lemang E-Ya yang uruskan setiap tahun. Untuk kuah ketupat, kami selalu beli dari Kedai Satay Hj. Samuri je. Utk lemang, E-Ya akan pergi ke umah sorang Pakcik ni yg tinggal di Bt. 10 Gombak dan order dari Pakcik tu. Macam mana dia kenal Pakciknipun interesting jugak. Begini kisahnya...
Pernah pada satu tahun tu 2 @ 3tahun yg lepas jugaklah org yang kami biasa tempah lemang namanya Pak Ya, tiba-tiba accident. Dia accident dua hari sebelum raya. Jadi dia tak dapatlah nak masak lemang utk kami. Bapak aku dah panik, katanya nanti Raya org datang umah tak de lemang. Pak aku ni kalau dia panik dia akan buat mak aku pun sama panik. Pastu bila dua-dua mak dan Pak aku panik aku dan E-Ya yg tension. Walaupun kami dah kata kat luar tu kat tepi-tepi jalantu melambak org jual lemang nanti kami pi belilah, mak dan pak aku being org tua, tak puas hati jugak. Seolah-olah mereka nak lemang tu jam tu jugak-jugak!
So aku suggestlah ngan E-Ya kalau dia pi kelas kat UIA tu pandanglah kiri kanan jalan cari kot-kot kalau ada org jual lemang beli je nanti. Tapi korang tahu apa jadi? Menurut E-Ya tak de pulak org jual lemang sepnjg jalan nak ke UIA tu. So dia drive lebih jauh sikit mengikut jalan lama Gombak menuju BT. 12. Sampai sekitar Bt. 10, dia ada ternampak sorang Pakcik ni tengah memasak lemang. Dia pun stop keta kat laman rumah Pakcik tu dan tanya samada Pakcik tu adalah seorang penjual lemang. Pakcik ni jawab kenapa, agaknya diapun terkejut tiba-tiba kena terjah tanya macam gitu. E-Yapun explainlah apa yg dah berlaku kepada tukang buat lemang kami dan tujuan dia datang ke situ. E-Ya ni ada satu kelebihan dia. Org tua-tua kalau bercakap ngan dia memang mudah mesra. Agaknya sebab dia duduk ngan atuk dan nenek jadi kalau dia berboraktu org tua-tua boleh ngam cepat dengan dia. Dipendikkkan citer Pakcik tu kata sebenarnya dulu memang dia ada jual lemang tapi lately sebab tak larat dia hanya buat lemang utk anak pinak dia je. Masa tu E-YA dah kata, "Putus harapan" dalam hati. TAPI... tiba-tiba pakcik sambung. Katanya, "Pakcik buatkanlah juga utk anak. Boleh atuk dan nenek makan. Nak berapa batang?"
Aku rasa time tu kalau boleh E-Ya mesti nak melompat-lompat punya, tp dia control je. E-Yapun kata dia nak 7 batang dan Pakcik tu kata bolehlah dan datang ambil besok, petang raya. Bila tanya pasal harga pakcik tu cakap bayarje lah ikut suka sebab dia tak jualpun tapi at last dipersetujui RM 7.00 sebatang. E-Yapun balik dengan sukanya dan sampai umah citer kat aku dengan penuh semangat sebab mission dia mencari lemang dah diaccomplished dengan jayanya. Semenjak itulah setiap menjelang hari raya, E-Ya tak payah dah pening-pening cari lemang sebab Pakcik tu sendiri akan telefon E-Ya tanya nak berapa batang...rupanya sempat jugak dia berexchange-exchange phone number ngan pakcik tu. Psst... dengar citer pakcik tu ada anak teruna blajar kat UM ambik jurusan Pharmacy... jeng,jeng,jeng ... kalau tahu dek BF si E-Ya nayaa... patutlah masa dia balik dari umah pakcik tu E-Ya tersengih-sengih macam kerang busuk... Anyway, semoga Allah memberkati hidup pakcik tu sekeluarga. Amin...
Err... Stop sini dulu ye. Nak pergi makanlah pulok .....
No comments:
Post a Comment