Monday, December 1, 2008

Tu dia ...

True to her words, the next day at around 10 am, Dr. Adilah came into my room. She took out the cloth (actually macam cotton wool je) and said she'll sent it to the lab for tests. I asked how long will the results take and she replied, "The earliest by Monday. Today is already Friday and tommorow Saturday, dah holiday. So next Monday. I'll ask the lab to get it done quickly".

So dari hari Jumaat nak menunggu ke hari Isnin aku ada 3 hari tempoh menunggu. Sebelum tu aku dah siap-siap pesan ngan E-Ya jgn bagitau sesiapapun dr adik beradik aku pasal lab test yg Dr nak buat especially pd kakak aku yg duduk Kelantan tu. Dia dah nak balik, tp kalau dia tahu sure dia takkan nak balik punya. Tapi dia pun ada hal dia sendiri, iaitu nak bawa balik menantu dia bersalin anak sulong di K. Bharu, so aku larang E-Ya bagitau dia hal sebenar. Maka kakak aku tu bertolaklah balik Kelantan pd hari Sabtu.

Aku yg ada 3 hari "off" ni kerjanya tak de lain selain makan dan tidur. Treatment lain tak de kecuali masuk darah 3 packs lagi (I have to get 5-7 packs, remember?). Selepas setiap kali masuk darah, nurse akan ambil sample darah aku utk test hemoglobin level. Badan akupun mula rasa segar taklah tak bermaya macam aku mula-mula masuk hospital dulu tu. Appetite akupun boleh tahan tak gaya macam org sakit aje lagaknya. Setiap kali nurse bawa makanan, habisje .




Inilah makanan aku. Yg sebelah kiri tu makanan hospital, yg kanantu nasi lemak OldTown yg aku suruh E-Ya belikan. Temahak sungguh kan???



Aku ngan E-Ya duduk kat hospitaltu macam gaya duduk dalam hotel je. Kadang-kadang bila lapar, siap kita org boleh telefon Nandos lagi. Selain makan, tidur tengok TV apa sgt yg aku boleh buat. Nak jalan keluar bilik tak boleh sebab aku tak boleh bergerak sgt jd lepak-lepak jer. Anak kakak aku si Linda bila balik kerja, dia jugak mesti lepak kat bilik aku. Diapun kadang-kadang bawa makanan, mee bandunglah, nasi goreng ayamlah dan macam-macam. Apalagi aku hentam je ... Riuh rendah dalam bilik tu jgn cakaplah. Sapa punya angkara kalau bukan E-Ya dgn siLinda. Nasib baik tak de org complain. Kalau tidak naya aku kena halau dr hospital.


Tengoklah perangai tak senonoh si E-Ya. Sekarang ni sapa sakit? Aku ke dia? Hishh ...

Oh ya, korang nampak tak ada lembaga putih kat belakang tu? Tu bukan gambar tercapture mcm citer dlm seekers tu. Tu siLinda tgh solat.



Akhirnya hari Isnin yg dinantipun tiba.. tp Dr. Adilah tak masuk-masuk pulak. Rupanya aku diberitahu yg keputusan lab test belum siap. Tunggu esok pulak. Hemm.. lagi satu hari kena tunggu. Menambahkan suspens aku ...

Keesokkan harinya lebih kurang pukul 9.30 pg gitu Dr. Adilah masuk bersama sorang nurse. Masa tu aku dan E-Ya aje dlm bilik. E-Ya seperti biasa naik atas katil dan duduk sebelah aku. Dr. Adilah tarik kerusi dan duduk mengadap aku. Melihatkan muka dia yg seposen aku dah agak yg dia bawa bad news.

Dr. Adilah : "Saya dah dapat resulttu, nampaknya berita tak baiklah".

Aku diam tak cakap apa-apa. E-Yapun sama senyap je. Then Dr Adilah continued, "Nampaknya ada cancer cells pd sample yg saya ambil hari tu ...". Kemudian dia pula terdiam pandang muka aku.

Tiba-tiba E-Ya yg duduk sebelah aku menangis. Alah mak .. budakni ... aku dahlah tak boleh tengok org menangis. So akupun nangis. Aku then peluk dia dan kata , "Dahlah ... Jgnlah nangis. Jgn macam ni. You have to be strong for me"

Tak sangka aku boleh kata mcm tu kat E-Ya. Akuni bukanlah sorang yg 'jiwang'. Aku tak selalu tunjuk emotion esp. yg sedihke, affectionke, even marah lebih-lebihpun jarang. Akupun tak suka bg complimentary comments kat org especially to E-Ya. Dia tahu sgt tu. Diapun selalu complaint kat aku yg aku ni tak pernah nak kata "Baguske, tahniahke, well doneke" kat dia kalau dia excel dlm exam atau apa-apa ke. Yang aku selalu cakap " You can do better than that!" Aii, kalau tidak sia-sialah aku digelar "Cikgu Rock" masa aku ngajar kat Temerloh dulu ...

So that day akupun terkejut gak lah dengan diri aku. Tapi tipulah kalau aku kata yg aku tak sedih, tp aku nak buat apa? Takkan nak meraung depan doktor dan nurse tu? Takkanlah aku nak tarik-tarik rambut, tepuk-tepuk dada meratap nasib aku yg dah ada cancer ni kan?

Dr. Adilah then said that she will refer my case to a cancer specialist, who happened to be her own husband! (Pandai btul dia cari jodoh). Namanya Prof Hatta. Dia kata Prof Hatta akan take over from now on. Dia juga kata yg aku kena buat CT Scan bg menentukan location tumor cancer aku. Dari CT scan tu nanti, I have to go thru another minor operation to confirm the stage of the cancer and a few others. As usual aku tak berapa dengar dah, yg dengar E-Ya. She scheduled aku utk buat CT scan the next day. Lagi sekali aku disuruh puasa.

To tell you all the truth, aku sebenarnya dah well preparekan diri aku utk menerima berita mcm ni. Masa aku sakit kat sekolah, masa kawan-kawan menyuruh aku pergi ke doktor, aku ada beritahu sorang kawan aku, Kak Hanim yg aku tak heran kalau apa yg aku ada ni ialah cancer. Masa tu Kak Hanim kata, "Jangan merepeklah. Ke situ pulak dia". Akupun pernah cakap kat dia yg aku redha je ketentuan Allah pada aku kalau memang sakit aku ni cancer. Nak tau kenapa?

Masa aku sakit-sakit tu lagi aku dah buat search kat internet menggunakan symptoms yg aku alami. Dari pencarian aku tu, I came up with several ilnesses, antaranya adalah:

Sebenarnya tak semua penyakit di atas aku ada symptoms nya sebijik-sebijik. Tapi dalam semua tu ada pd aku adalah, bloating, abdominal pain, lower back pain, bleeding between menses, loss of appitite, and fatigue. Terukkan aku. Dah gitu punya banyak discomfort aku masih boleh melewat-lewatkan utk dpt rawatan. Yelah aku kan degil ...
Alamak aku laparlah. Stop sini dulu nanti next entry will be about my CT scan experience. Till then, "Hasta Lavista Babey ..."



No comments: