Saturday, December 13, 2008

Cancer and Diet

Semasa berjumpa Prof Azimahtol tu actually dia telah menyenaraikan makanan yg boleh aku makan dan yg tak boleh aku makan. Bab ni mmg leceh buat aku krn aku ni wpun sakit tp selera makan aku rasanya lebih baik dr masa aku tak sakit. Nak buat cam no pulak tu? Berikut adalah senarai "Do's and Don'ts" diet aku :

BOLEH MAKAN :

  1. Ikan bersisik dan mempunyai daging putih spt terubuk, parang, siakap, kerapu dan kurau
  2. Cereal spt cornflakes, oat, nestum. Nasi dikurangkan
  3. Beehoon, spaghetti, macaroni
  4. Sayuran except timun, dan kekacang spt kacang pjg, kcng boncis dan familynya
  5. Buah-buahan spt papaya panjang, manggis,durian belanda,buah naga, epal hijau
  6. Madu, gula merah (sikit), susu rendah lemak
  7. Teh herba spt misai kucing, teh crysanthemum dan green tea
  8. Ubi kentang
  9. Kicap sedikit

TAK BOLEH MAKAN

  1. Gula
  2. Bahan peram spt budu, cencalok, tempoyak, belacan
  3. Horlicks, Milo, nescafe, teh
  4. Produk tenusu spt keju, susu condensed
  5. Lemak spt daging, ayam, santan
  6. Minyak masak
  7. Makanan berkolosterol spt sotong, ketam dan udang
  8. Telur
  9. Ikan bilis dan ikan yg tiada sisik spt kembong, cencaru

Adakah aku mengikut 100% senarai di atas? Well takpun actually. Sebabnya aku ada bertanya kat Dr. Flora samada patient cancer ada pantang larang dlm makanan tak. Dia kata, "I follow the American way, and they don't have any restrictions towards food. After all if you don't eat any of the food like milk, meat, chicken and so on, where are you going to get the energy?" Betul gak kan?

Lagi satu korang perasan tak dlm senarai di atas, gula aku tak boleh makan langsung? Well actually dlm internet aku ada baca kat bbyk website yg menyatakan bahawa "Sugar feeds cancer cells", tp Dr. Flora kata itu semuanya myth sj. Tetapi Prof Azimahtol pulak cakap bila dia buat kajian, cancer cells ni sebenar banyak di dpti di bahgn badan yg mempunyai banyak gula. So aku ambil keputusan tak makan gula langsung. Kalau termakanpun ianya mungkin berada dlm makanan yg telah siap seperti roti dsbnya. Lagipun mana ada makanan yg tak bergula sekarang ni? Betul tak?

Lagi satu Prof Azimahtol tak bg langsung pakai minyak masak. Dia kata makanan aku hendaklah di steam atau direbus atau diroasted shj. Ini lg satu yg memeningkan kepala. Akupun surf internet dan jumpa satu website yg mana pantang larangnya almost 75% similar mcm yg diberi oleh Prof Azimahtol, cuma doktor dlm website tu kata boleh pakai hanya dua aje minyak masak iaitu olive oil dan sesame oil. Olive oil tu pulak mestilah yg diproses secara "cold pressed" dan mesti sentiasa simpan dlm peti sejuk. So akupun gunalah olive oil sekarang utk memasak.

Mmg pada awalnya aku ikut diet yg diberi oleh Prof tu, tp masuk minggu kedua, aku rasa badan aku tak bermaya. Macam org puasa. Yelah badan akukan kurus dan aku tngok diet yg disyorkan mcm diet utk org nak menguruskan badan aje. Mmg tak larat. Boleh tahan ke kalau asyik makan ikan disteam atau rebus atau roasted seasoned dgn salt and pepper je? Lepas tu makan sayur spt carrot, leek, broccoli, salad, atau asparagus, 3 times a day? Kalau tak kena makan beehoon, macaroni dan spaghetti yg aku tak suka. Hee ... UWEK, I tell you!

Actually before aku dpt cancerpun aku bukanlah seorang yg makannya tak hengat dunia. Aku kurang guna gula sebabnya aku tak suka minum teh, kopi atau nescafe. Horlicks dan milopun kadang-kadang je aku minum. aku lebih suka air kosong je. Bab buah-buahan pula aku memang hantu buah manggis dan durian belanda. In fact semua buah aku suka kecuali buah durian. Sayur spt asparagus, broccoli. leek memang sentiasa ada dlm fridge umah aku tunggu utk dimasak. Aku juga bukanlah seorang yg suka sgt makan nasi. Aku lebih suka makan mee. Lately dlm setahun ni aje aku berjinak-jinak mkn nasi, konon nak gemukkan badan. Budu, cencalok dan tempoyak memang aku tak makan langsung. Jd diet aku dah mmg hampir-hampir ikutpun mcm diet Prof tu. Tapi aku kena gak cancer, jd mcm mana tu? Dah takdir agaknya.

Cuma aku mengaku aku memang tersangat suka makan seafood. Ketam, udang dan sotong adalah favorite aku dan almost very week aku akan memakannya. Sebab tulah bila check darah, cholesterol level aku tinggi, Jgn marah haa ...

Tplah kan masa aku berulang alik buat rawtan kat HUKM ramai jugak pesakit cancer yg lain aku jumpa. Aku ada gak bertanya samada mereka pantang makan. Mereka kata takpun. Cuma mereka kata jgn makan red meat dan kurangkan makanan bergoreng itu saja. Memg kena lebihkan vegetables dan fruits. So akupun agak longgarlah sekarang dr segi pantang makanan tu. Sebab tu sekarang mee bandungpun aku bedal! Yg penting pada aku selagi aku rasa aku nak makan dan aku yakin, aku makan je. Aku btawakkal je pd Allah ...


No comments: