Baru dua bulan aku didiagnosekan sakit. Dlm tempoh tu hampir tiga minggu dihabiskan duduk hospital dan bakinya di bahagikan antara ulang-alik utk treatment, radioterapi dan duduk rumah. Tapi sekarang radioterapipun dah selesai dijlni. So ...aku BOSAN sekarang. Tak tau nak wat apa ... Uwahhhh!
Kalau dulu time-time gini w/pun cuti sekolah aku adalah juga pergi sekolah nengok-nengokkan pusat sumber aku. Buatlah apa-apa yg patut utk persediaan tahun hadapan. Tp sekarang pihak sekolah dah reliefkan aku dr semua tugas, bkn saja tugas di pusat sumber tp semua tugas-tugas aku yg lain. Kalau dulu aku sorang buat semua kerja-kerjatu, tp sekarang kerja aku dengar citer, telah dibahagi-bahagikan kepada 3 atau 4 org. Ada ke patut? Padanlah aku bleh jatuh sakit...
Aku betul-betul miss aktiviti-aktiviti yg aku biasa buat dulu. Well.. tak de lah aktiviti tu mcm gi water rafting ke atau bungee jumping ke atau SEA DIVING ke... tp sekurang-kurangnya aku boleh bebas bergerak dan buat apa sj yg aku nak buat.
Kat umah pulak, lagi aku tak tau nak buat apa. Boleh dikatakan tiap hari bila bangkit je tido, dah habis menunaikan dan buat apa-apa yg patut, aku akan duduklah depan PC. Kerja tak de lain surf site-site yg menjd fav aku ataupun baca blog org-org lain yg aku rasa interesting. Bosan dengan internet, tengok pulak TV. Bosan TV, balik gi surf internet balik. Tak pun aku update blog aku ni ha. Itulah routine aku setiap hari sekarang. Hee ... sungguhlah tidak produktifnya aku!
Akupun pelik gak ngan sakit aku ni. Yelah, nak katakan aku ni terlantar, langsung tak boleh bergerak, tak lah. Tp apa yg aku prasan ialah aku ni akan cepat penat. Dulu aku jln laju, mcm lipas kudung kata org, tp sekarang jalan kena slow mcm pompuan dlm pantang. Nak buat kerja lebih sikit, letih. Kadang-kadang berdiri lamapun bleh letih. Bercakap ngan orgpun kdng-kdng bleh letih. Betul... Tambah-tambah bila dah lepas radioterapi ni. Lglah tak menentu. Termasuk letihnya, dgn kdng-kdng sakitnya, diarrheanya. Hishhh...
Sebenarnya patient mcm aku ni mmglah doktor suruh banyakkan berehat. Kalau boleh dia suruh banyakkan tidur dan dilarangnya mbuat kerja esp yg berat. Tp aku tak bolehlah... maksud aku aku tak bolehlah duduk diam je mcm gitu. Satu lg. Aku rimas bila sekrang aku byk bergntung pd org utk sesuatu. Rasa helpless sesngt. Semuanya nak kena minta tolong kat org. Dan "org" yg dimaksudkan itu tak lain tak bukan E-Ya le...
Sekarang aku banyak kena minta tolong ngan dia utk buat banyak perkara. Kadang-kadang suruh gi kedai lah, suruh masak mkn utk aku lah, suruh itulah, suruh inilah. Tapi syukurlah minah tu tak kurus-kurus aku tgok. Malah bertambah bulat ... hidungpun dah mcm buah tomato ... hahaha ...
Tengok sekrangpun aku dah mula letih dah.. so aku stop kat sini dululah ye. Jangan marah haaa...
2 comments:
Bosan?
Byk benda boleh buat:
1. Nanti start sekolah tolong mark essay, exercise books n exam papers kak ana.
2. Buat strawberry cheese cake n hantar kat sekolah.
3. Kata nak buka kedai kek...
Ps..
N97 nak kuar dah, nk let go n95.
Kak Ana, kalau :
1. Ini kena pikir bkn setakat dua tiga kali tp berkali-kali... hehehe
2. Buattu mmg boleh tp frust nanti org lain makan saya gigit jari je. Mana aci ..
3. Ini pulak ... hehe, rasa mcm berangan Mat Jeninlah pulak.
P/s: Macam mana nak tukar ke N97, laa ni byk perkara berlaku kat umah. Duit mengalir mcm air. Sejak saya sakit ni,
1. Keta sayapun sakit - condenser air cond rosak, kena ganti RM 1400 terbang.
2. Rumah tetiba diserang anai-anai, panggil pest control RM 1500 terbang.
3. Kena renew road tax dan insurance keta, RM ribu-ribu jugak terbang.
4. Beli ubat Chemo (yg tak jd tu), pain killer dsbnya, lagi RM terbang...
Dugaan ...
Post a Comment