Friday, December 12, 2008

^ ___ ^

Kali ni aku memang mati kutu tak tau nak letak tajuk apa entry aku kali ni. Actually I just wanna continue where I left off before - the meeting with Dr Flora and Prof Fuad ...

Well lepas doktor berduatu habis jumpa dgn radiologist mereka naik semula ke atas. Prof Fuad excused himself and asked Dr. Flora to take over. Dr. Flora sat down and started to explain.

Rupanya masa dia org pergi jumpa radiologist, dia org minta pndgan radiologist ttng kes aku. Agaknya radiologist tu pun tngok gak image CT scan aku dan dia buat conclusion bgaimana cancer aku boleh merebak ke leher. Dia explain actually cancer boleh spread melalui dua cara iaitu, lymphnodes dan saluran darah. Kebetulan aku nyer melalui lymphnodes (kelenjar) sbb tu lah cancer tu boleh gi ke leher, dkt ngan kelenjar thyroid aku. Obviously my para aortic lymphnodes yg terletak berhampiran kawasan perutpun ter affected gak. Jd stage cancer tetap 4 dan bukannya 3.

Aku tanya gak ada bezake treatment utk org yg mempunyai cancer at different stages ni, Dr. Flora jwb mmg ada. Dia kata, normally kalau org tu stage 3 and below, treatment adalah curative, tp bg org yang stage 4 biasanya palliative. Dlm bahasa yg mudah, org yg mempunyai cancer stage 3 dan ke bawah ada harapan utk sembuh tp org yg stage 4 hanya diberi rawatan utk mengurangkan sahaja cancer itu dr. merebak seterusnya.

Mendengarkan itu, aku tanya dia, "So how long do I have?". Terkejut gak Dr. Flora tu aku tgk bila aku tanya soalan tu. Tapi dijawabnya dgn sungguh berhemah, "It's not up to me to tell you how long. All this is God's work. If you talk about death, sometimes healthy people if they walk outside and suddenly get run down by a car they can also die. They don't have to have cancer for that". Sambung dia lg, yg penting dicuba semua kemungkinan treatment and just leave it to God to do His work.

Betullah jugak kata doktor tu. Aku bukannya apa.. Selalu sgt tengok drama Melayu di TV agaknya. Biasanya kalau ada scene mcm ni doktor mesti ckp org tu ada berapa bulan ke atau berapa tahun ke lagi nak idup, betul tak? E-Ya pun bengang ngan aku time tu. Kata dia, "Apa lah Acik ni tanya soalan mcm tu".

So dr. Florapun schedulekan treatment utk aku iaitu menjalani radioterapi dahulu sbyk 10 kali selama dua minggu dijalankan tiap-tiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad. Tapi.... ada tapinya .... Menurut Dr. Flora ada satu masalah pulak sekarang. Korang nak tahu aper dia?

Ditakdirkan mesin radioterapi HUKM rosaklah pulak !!! Iye ROSAK dah seminggu pulak tu. Korang boleh percaya tak? Masatu aku betul-betul rasa nasib aku ni mcm dah jatuh, ditimpa tangga, lepas tu pulak tersembam ke lantai, atas lantaitu ada taik kucing! Haa .. gitulah lebih kurang.

Aku tanya bila mesin tu boleh elok , Dr. Flora kata diapun tak tahu blla tp pihak HUKM dah ambil tindakanlah. Aku ada juga tanya kat dia samada bolehtak aku buat radioterapi ni di private hospital, dia kata boleh, tp it will also take time as the new hospital will maybe need to do tests and liase ngan HUKM so memakan masa jugak. And by that time katanya, mungkin mesin HUKM dahpun elok diperbaiki. Aku ngan E-Ya betul-betul terkedu masa tu... Aku pandang dia , dia pandang aku.

Lastly aku cakap ngan Dr. Flora if by one month's time aku tak dpt rawatan, aku akan pergi jugak ke hospital private dan Dr. Flora angguk je kepala dia. Diapun cakap dia akan call aku as soon as the machine is OK and dia letakkan my next appointment to be on the 18th of November 2008. Masa aku jumpa Dr. Flora ni tarikhnya adalah 4 November. Bererti aku tak de apa-apa treatment selama hampir 2 minggu... Apa pulak yg aku nak buat yek???

1 comment:

Anonymous said...

Masatu aku betul-betul rasa nasib aku ni mcm dah jatuh, ditimpa tangga, lepas tu pulak tersembam ke lantai, atas lantai tu ada taik kucing! Haa .. gitulah lebih kurang.

--> Ape punya perumpamaan daaaa..... Haha ;p