Tempoh seminggu aku dah tamat, so akupun kembali semula ke HUKM pada 28 Oktober 2008. Aku sekali lg dimasukkan ke wad pengasingan utk mencuba kembali Chemo yg gagal diteruskan minggu lepas. Seperti biasa sampel darah diambil utk melihat samada aku cukup kuat menjlani chemo itu nanti. Jd kalau ambil darah hari ni bererti chemo akan berlaku esok.
Tapi esok harinya, sampai pkul 11 aku tak menjlni chemo lg. Sampai dah habis waktu makan tengahari pun tak de doktor masuk. E-Ya masa tu ada dan walaupun masa melawat dah habis, dia masih tak balik sebab dia nak tunggu sampai aku start chemo. Katanya biar dia standby takut-takut jadi mcm dulu tu. Kami bosan menunggu sampai kami siap berjln-jln keluar wad lg. Tp taklah pegi jauh sgt takut nanti dicari tak jumpa, dah hospital ingat aku lari pulak nanti. Akupun bertanya kpd nurse yg bertugas bilakah aku akan menjlni chemo. Nurse tu ckp' "Tunggu doktor dari radiology masuklah kak, rasanya ada perubahan". Dalam hati aku apa pulak kenanya kali ni.
Lebih kurang pukul 4.00 ptg, seorang perempuan berbangsa Tionghua berambut kerinting mcm mee maggi, berbadan kecil masuk ke bilik aku. Mulanya aku tak tahupun dia doktor. Dia masuk dan memperkenalkan dirinya sebagai Doktor Flora dr bahagian Oncology. Unik namanya. E-Ya panggil dia Doktor Flora Fauna. Ada-ada je bdak ni.
Doktor Flora bertanya kat aku beberapa soalan tentang sakit aku dan apakah jenis rawatan yg telah aku terima sebelum ini. Selesai aku terangkan, dia kemudian bertanya lagi, "Do you know what they're goin to do to you next?"
"I believe Prof Hatta and Dr. Suguna did mentioned earlier that I'm to undergo three kinds of treatment i.e chemotherapy, surgery and lastly followed up by radiotherapy. But then last week I had my first chemo and it was not successful. I developed allergies after about 15 minutes of treatment", jwb aku. Tiba-tiba pulak Dr. Flora tu mengeluh. Aii, apa kena pulak ni, kata hati aku.
Dr. Flora : "That is the problem now. They (dia maksudkan bhgn Gynae) should have consulted us first before they did the chemo to you". Diapun kemudiannya terangkanlah situasi sebenar apa yg patutnya berlaku. Menurut nya:
Kes aku ni sepatutnya dari awal lg dirujuk ke bahagian dia, iaitu Oncology dan bukannya Gynae-Oncology. Oncology ni adalah bahagian yg berkaitan dengan tumors. Oncologylah yg biasanya merawat pesakit-pesakit cancer, tak kira cancer apapun. Jadi bila aku ada complications masa chemo tu pihak Gynae-Oncology telah menghubungi mereka utk mintak nasihat. Tu yg dia org agak bengang agaknya sbb bila dah ada masalah baru gelabah nak cari dia org.
Dr. Flora kemudian minta persetujuan aku utk membenarkan dia ambil alih kes aku dan letakkan aku bawah Oncology. Aku kata, "Do what you think is best. I've no objection towards that".
So bermula dr itu akupun diletakkan di bawah Oncology dan rawatan aku bermula dgn radiotherapy terlebih dahulu. Aku akan diberikan 10 sesi radiotheraphy tujuannya ialah utk mengecutkan tumor dan mengurangkan kesakitan dan pendarahan. Keputusan dr radiotherapy itu nanti akan menentukan bila masa yg sesuai utk aku dibedah.
Sebelum radioterapi, aku diminta berjumpa dgn Dr. Flora bersama-sama dgn sorg pakar oncology lg iatu Prof Fuad, utk membincangkan situasi aku. Mereka merujuk balik gambar CT Scan aku utk melihat sekali lg masalah aku. Aku pelik gak masa tu kenapalah doktor-doktor ni susah sgt nak tentukan apakah treatment yg sesuai buat aku. Rupa-rupanya begini (mengikut citer Dr. Flora pd aku) :
Doktor sebenarnya tak pasti samada nak letakkan cancer aku stage 3 atau stage 4. Kenapa boleh jd begitu? Well, ingat lg tak aku kata awal dulu yg result Ct Scan aku menyatakan semua organ-organ aku spt spleen, kidney, pancreas dll yg dekat ngan pelvic area tu OK? Well itulah yg memeningkan kepala doktor-doktortu. Dia org heran nape cancer aku tak attack bhgn-bhgn tu dulu tp boleh terus naik ke leher. Biasanya org kalau kena cancer mcm aku, organs bhgn-bhgn dkt pelvis tulah yg akan mula-mula affected tp aku punya lainlah pulak...
Berkali-kali aku tgk Dr. Flora dan Prof Fuad perhatikan gambar CT Scan aku. Meanwhile aku dok terponggok atas kerusi ngan E-Ya di sebelah. A few minutes later Dr. Flora minta excuse, katanya dia ngan Prof Fuad nak pegi jumpa pakar radiology di tingkat bawah. So tinggallah aku ngan E-Ya dlm bilik tu. Haa.. time tu lah aku ngan E-Ya sempat bergosip-gosip...
Si E-Ya rupanya bila Dr-Dr. berdua tu sibuk memandang gambr CT scan aku, dia pulak sibuk memandang Prof Fuad! Siap tolak-tolak kaki aku lg... Hee bdak ni Prof tua mcm gitu pun dia boleh terkagum melihat.. Tp actually Prof Fuad tu tua tuapun hensem ... Hahahaha ... Korang kalau nak tau itulah keja si E-ya kat HUKM ni - keja dia memandang doktor-doktor. Ni belum citer lg pasal Dr. Shihab lg ni.... Oklah ..Oklah.. aku citer sikit...
Dr. Shihab adalah doktor on duty kat wad Berlian di mana aku diwardedkan dulu. Doktor ni muda lg, bapaknya Melayu tp maknya org Arab daaa... Mcm mana aku tahu? Well, aku dgr dia citer kat nurse satu hari tu. Nurses kt sini yg mana yg masih muda mmg suka gak mengedik kt Dr. Shihab tu tp aku tngk doktor tu cool je. Cuma dia kalut sikit. Ada ke patut satu hari tu dia berlari-lari dlm ward kehulu kehilir masa merawat patient, itu tak termasuk E-Ya tertengok dia tertonggeng tido keletihan atas kerusi lg tu.
Yelah mcm mana tak letih, korang boleh percaya tak yg doktor-doktor ni kadang-kadang kena kerja sampai 36 jam sblm boleh off? Ini aku dpt tahu dr sorang lg doktor namanya Dr. Tan bila aku tanya kenapa dia je asyik ada kat ward tu sama-sama ngan Dr. Shihab. Kalau tak silap aku Dr. Tan houseman lg, manakala Dr. Shihab tu dah jd doktor tp tgh belajar nak buat specialisation dlm darah. Termasuk dia org berdua, ada lah lg doktor-doktor lain yg bergilir-gilir on duty kat dalm Wad Berliantu.
First day aku dtg dr Pusrawi lg, Dr. Shihablah antara doktor yg pertama sekali peksa aku. Masa mula-mula dtg dulu tu kan aku sakit perut sikit, so akupun keje nya nak landing aje. Akupun suruhlah E-Ya tutup kain langsir kat katil aku tu. Lepas beberapa minit kemudian, without warning tiba-tiba kain langsir tu diselak open. Aku terkejut, E-Ya terkejut, Dr. Shihab lglah terkejut! Yelah mana tak terkejutnya... nengok anak sedara aku terponggok kat situ.. apa kata org mata bertentang mata, lidah kelu tak terkata ... gitu gitu le lebih kurang... lepastulah aku tgk betapa gelabahnya Dr. Shihab ni. Sampai dia tersasul panggil aku Professor! Betul... dia dtg dtg je tanya, "Akak ni yg professor tu ye?"
Aku jwp, "Taklah saya cikgu je belum Professor lg". Time tu E-Ya dah ketawa dah... rupa-rupanya Dr. Shihab silap baca report, yg Professor tu ditujukan buat Prof Hatta, bukannya aku ... Apa dah ...
Dr. Shihab ni antara tugas dia ialah mengambil darah aku. Boleh dikatakan masa baru-baru masuk dulu aku ni asyik kena ambik darah je. Masa di Pusrawi dulu yg selalu ambik darah aku adalah nurses, tp di HUKM Dr. Shihablah yg paling kerap keje dia ambik darah aku. Sampai satu hari tu aku tanya dia, "Ni selalu-selalu ambik darah ni tak habis ke darah saya nanti?" Ada ke patut?
Ada satu hari tu, seperti biasa Dr. Shihab dtg kat katil aku sekali lg nak ambil darah. Masa tu spt biasalah E-Ya ada dudk kat kerusi di sebelah aku. Nampak aje Dr. Shihab E-Ya dah kenyit-kenyit mata kat aku. Hishh.. bdak ni...
Seperti biasa akupun siap hulur tangan. Tp sabor je lah... Memanglah doktor Shihab ni ambil darah aku tp .. mata dia asyik kejap-kejap pandang E-Ya, kejap-kejap pandang E-Ya .. Si E-Ya pulak masa tu control ayu, buat-buat baca buku.. Korang nak tau apa jadi? Masa Dr. Shihab nak tarik kuar jarum injectiontu, tiba-tiba darah aku memancut keluar sampai terpercik sikit ke lantai! Sabor je lah... Lepas tu tersipu-sipu dia apologise dan lapkan tangan aku. Pergi je dia dr katil aku si E-Ya apa lagi... tergelak besar terbahak-bahak... Aku ketuk kepala dia. Si E-Ya memang tu lah favorite pass time dia ... pantang nampak mamat dahi licin...
P/s: Kepada Bf E-Ya, jgn risau - awak TETAP MENJD POJAAN HATI NYA ... Uwek nyampah aku dgr..!
Hari-hari selepas tu mcm gitu le. Kalau ada E-Ya ngan aku Dr. Shihabpun tahap glabah dia meningkat. Hari tu ambil darah sampai memancut keluar, esoknya boleh tertinggal pulak pen dia kt katil aku, esoknya lg tertingggal kertas report dia pulak, yg paling teruk sampai ada satu ketika tu, boleh tak keluar pulak darah aku bila dia sedut dgn syringe. Kena pulak cucuk kat tempat lain sampai dua tiga kali, baru boleh keluar. Ingat gambar tgn aku kena balut mcm muka P. Ramlee tu tak? Haa... itu keje Dr. Shihablah tu...
Eh! dh dekat kul 10 am rupanya. Patutlah perut aku lapar. Hehehe jgn marah aku nak gi buat breakfast kejap. Nampaknya citer pasal Dr. Flora dan Prof Fuad gi ke radiology tu aku sambung lain kalilah ye....
No comments:
Post a Comment