Sementara menunggu masa seminggu utk chemo ulangan, aku tak dok diam je di rumah sebenarnya. Berita aku cancer ni rupanya telah spread sampaikan aku tak menang tangan menerima bermcm-mcm tips, cadangan atau saranan baik dr kawan, mahupun saudara mara utk dicuba sbg perawatan alternatif. Dalam banyak-banyak tu satu yg aku tak boleh lupa, rasanya sampai bila-bilapun. Nak tahu apa? Begini citernya ...
Satu pg aku terima pnggilan tepon dr. E-Ya punya maklang, namanya Kak Ani, iaitu kakak kpd bapak E-Ya. Aku terkejut gaklah sebab dah dekat 15 thn rasanya aku tak jumpa atau bercakap ngan dia. Mcm org lain, dia ni tepon nak bg aku cadangan jugaklah. Nak jd citer, dia kata diapun dulu pernah cancer (breast). Aku tahulah ni. Dia dahpun jalani operation dan alhamdullilah lepas tu baik sehinggalah baru-baru ni.
Menurutnya, dia rasa kanser dia dah dtg balik tp dia tak mahu pergi hospital. Sebab apa aku tak tanyalah pulak. Kebetulan dia ada kawan yg mana anak kawan dia tu adalah seorg doktor. Doktortupun kata pd dia jgn pegi hospital, cuba perawatan secara tradisional. Tak pernahlah pulak aku dengar doktor ckp mcm ni tp .. ahh tak kisahlah kata hati aku. Doktortu yg suggest cuba perawatan alternatif tu kat dia.
So Kak Anipun bgtahu kat aku yg sekarang dia amalkan minum air beroksigen selain dari meletakkan bawang putih kat leher dia dan biarkan semalaman. Kebetulan dia prasan leher dia berketul & I suppose dia rasa cancer dia dah merebak kat situlah. Dia jg ckp boleh amalkan rendam bwng putih semalaman dlm satu gelas, lepastu minum airnya. Boleh bunuh cell cancer, katanya. Jd boleh dikatakan tiap-tiap hari dia akan remindkan aku (ataupun E-Ya) amalkan perkara-perkara tu. Dia kata kat aku kalau boleh jgnlah nak sampai kena operate-operate ni. Laa...mcmlah aku ada choice. Kalau doktor kata nak operate takkan aku nak ckp, "Yo Doc... I demand not to be operated upon". Mahu aku kalau tak kena lepuk, kena lecture habis-habisan ngan doktor nanti. Nonetheless, aku btima kasihlah pd Kak Ani kerana memberikan aku petuatu.
So satu hari tu akupun suruhlah E-Ya gi pharmacy beli bandage. Sebelum tu, terbang duit Mak E-Ya RM 70 belanja aku belikan air beroksigen cap "Oxy-Pi d'lonik" keluaran DCL. Bila E-Ya balik dr farmasi ngan bandage, akupun suruh dia gi dapur tumbuk beberapa ulas bawang putih. Selang beberapa minit E-Yapun dtg membawa bwng putih yg telah siap ditumbuk dalam piring kecil.
Lepas tu dengan confidentnya E-Ya menyuruh aku baring, katanya biar dia sapu dan letakkan atas perut aku, di kawasan yg selalu sakit tu. Mulanya dia sapu dan letakkan dari hujung kanan perut sampai hujung kiri perut. Bdak ni kalau boleh dia nak lumur satu perut aku ngan bwng tu tp nasib aku ckp, "Buat apa letak jauh jauh. Sakitnya di sini bukan di sinuun...!".
Lepas habis sapu kat perut, E-Yapun balutlah perut aku dgn bandage yg dibeli td. Kat leher aku yg bengkakpun E-Ya sapu juga tapi aku ckp tak payah balutlah, nanti mati tercekik pulak aku. Maklumlah kena biar semalaman... Mula-mula letak bwng tu tak rasa apa pun tp bila dah memanjat ke 1 jam kemudiantu aku mula rasa pedih di perut. Aku berkata pd E-Ya, "Wah dah mula berfungsi bwng putih ni, Acik boleh rasa dia pedih-pedih sikit dah". At that time aku ingat bwng putih tu dah mula menjalankan fungsinya mengecilkan tumor cancer aku. So malamnya tu akupun tidolah dengan balutan bawang putih diperut aku....
Pagi esoknya aku bangun, aku tengok balutan di perut masih ada dan rasa pedihpun masih terasa. Akupun bangun lah nak pegi mandi ... Masuk bilik air akupun bukalah bandage di perut dan nasib baik aku tak menjerit ... Kalau dulu perut aku cantik (kenapa, tak percaye ke ...), sekarang aku boleh nampak pattern terbentuk atasnya! Mcm corak batik je rupanya. Akupun cepat-cepat mandi dan lepas tu kuar gi tengok cermin. Aku nak tengok adakah leher aku juga berpattern mcm perut aku. Nasib baik tak de!
Akupun gi bilik E-Ya dan bgtau dia apa dah jd pd perut aku. Aku ingat lg aku cakap, "Kau nak tau apa dah jd pada perut Acik? Matilah Acik kalau doktor peksa nanti. Apa nak jawab?". Lepastu akupun tunjukkan perut aku kat dia. Mulanya dia terkejut gak lah tp lepas tu dua-dua org kami ketawa... Ada ke?
E-Ya : " Acik mengapa jd mcm tu?"
Aku : "Manalah Acik tahu. Ni nak jwb apa kat doktor ni kalau dia nampak mcm ni. Perut dah mcm corak batik dah ni. Nasib baik kat leher Acik tak balut semalam, kalau tidak mesti bertanda gak. Nanti doktor fikir, pompuan ni sakit-sakitpun ada 'love bite'..." Hishhh...malunyer aku memikirkan kalau itulah yg berlaku.
Si E-Ya ni pun satu. Dia bukan nak simpati kat aku dia boleh kata begini lg, "Kalau Ya tahu bwng putihtu boleh buat pattern mcm tu, baik Ya susun jer bwng tu tulis I LOVE YOU kat perut Acik" Hampehnyer bdak...
Begitulah ye ... aku rupanya tak tahu yg bwng putihtu panas, boleh melepohkan kulit mcm terbakar dibuatnya. Nasib baik balut semalaman kalau seminggu, mahu berlobang perut aku dibuatnya. Tobat tobat ...
Sampai hari ni perut aku berparut. Dan lebih malang lg setiap kali doktor ke, nurse ke check perut aku kenalah aku tebalkan muka ckp parut tu akibat mendengar petua org tua-tua. Dia orgpun angguk-angguk mcm fahamlah tp dlm hati tak taulah apa dia org cakap. Aku pulak ... dah nasib badannn...
No comments:
Post a Comment