Wah tajuk di atas sikit punya gempak. Mcm tajuk lecture oleh seorang Profesor Universiti aje bunyinya. Actually, perkara "Penyakit Hati" ini telah menjd bahan gurauan kami bertiga, aku, E-Ya dan kakak dia si Fizah petang tadi. Ntah mengapa bila masuk malamnya aku tak leh tido dibuatnya pulak. Penyakit hati, atau sakit hati kah yg telah melanda aku malam ini?
Aku mula tido mlm td pukul 12.30 pg. Aku tahulah its not healthy for someone like me to do that. For as a post radiation patient, I should get at least 8 hrs of solid sleep to maintain good health and strength. Tp dah mata aku tak nak lelap, nak buat cam mana? Actually tiap-tiap haripun I sleep no sooner than 11.30 pm, dah biasa dah ...
So malam td aku terjaga pukul 2.30 pg, gi toilet kejap then naik semula atas katil utk tido. Tp sejam kemudian mata masih terkebil-kebil, pusing kanan, pusing kiri tak mau jg lelap. Sejam kemudian mcm gitu jugak. Lagi sejam, begitu jugak-jugak. Sampailah dah Suboh ni hah, mata aku bukan setakat terkebil-kebil lg, malah dah celik galak pulak.
Back to the above topic : Apakah maksud dan pengertian "Penyakit Hati"?. Mengikut kamus ... err sebenarnya aku tak jumpapun maksudnya dlm kamus. Tp dalam bahasa yg mudahlah kan... ianya berkaitan dgn perasaan-perasaan negatif yg bersarang dalam hati. Ye ke begitu? Ntah...kau hentam sajalah Labu ...
Ok, apa yg kami citerkan petang td? It started off with E-Yalah. Dia baru balik dr rumah kawan dia and when she came into my room she saw I was busy updating my blog. Dia kata, "Acik ni tak habis-habis dgn blog. Dahlah tu, mari turun makan. Ya ada belikan hotplate yg Acik nak tu."
To that I answered, "Nantilah kejap. Tgh best edit ni", and continued. 15 minutes later E-Ya came again into the room. This time dia dah hot, mcm hotplate yg dia beli tu agaknya.
E-Ya : "Acik, udah-udahlah tu... Pergi makan... Grrr!". Pastu dia turun balik . Aku jwb, "Hish ... yelah, yelah ...". Potong stim berblog aku je lah budak ni, kata aku dlm hati. Ni je dah merupakan satu penyakit hati. Nama penyakit hati ni ialah "Berkata-kata dalam Hati"
Sampai je aku kat bawah, E-Ya dah menjeling-jeling kat aku. Kemudian mcm mak nenek, dia berkata, "Haa... panggil banyak kali, baru nak turun. Nama je sakit, tp kalau berblog ... sihat". Eh, eh bdak ni, meroyan apa? Oh ... kau ngata aku ye ... Haa .. ketahuilah oleh mu wahai E-Ya sebenarnya kau telah terkena penyakit hati jenis yg kedua iaitu "Cakap tu lain kali, ber Hati-Hati"
Bila dah selesai makan biasalah kami, kalau makan mesti depan TV punya. Akupun tolak pinggan aku ke kiri, dekat dgn E-Ya dan kakaknya. Lepas tu aku cakap,
Aku : "Korang tau ... Acik ada baca satu article ni from Sloan Kettering Cancer Center yg terkenal di US. Dia kata, org yg lepas buat treatment contohnya mcm radiotherapy lah kan, org tu tak boleh buat kerja sangat. Org tu mesti banyakkan berehat. Article tu cakap practically org yg dah post treatment ni kerjanya makan tidur, makan tidur je ...". Haa ... tu pasallah aku tolak pinggan tu menjauhi aku dan mendekati mereka tu... hehehe
Fizah : "Itu bukan macam nak bg sihat macam nak bagi lagi cepat 'jalan' je..". Binawe punya budak... aku senggol tangan dia kerana sah-sahlah dia dah terkena penyakit hati yg dinamakan, "Menyakitkan Hati".
Lepas tu aku sambung lagi, " Haa... satu lg... Articletu ada cakap bahawa org yg melalui radiotherapy akan kena juga itchiness especially di tmpat-tmpat yg ada mucous. Maknanya, mulut, tekak, all along the digestive system tract sampailah ke rectum mesti adalah rasa gatal-gatal atau tak pun mengalami thrush".
Mungkin korang tak tau apa itu thrush. Thrush tu adalah warna putih mcm budak baru menyusu, kan lidah dia putih-putih. Itu le dia.... Apa org tua-tua panggil, "kurap susu" ke apa ke... ntah manalah aku tau ... sebab aku belum tua ... Oopss, dah... aku tersampuk dah ... penyakit hati yg berikutnya, "Prasan di Hati".
Berbalik pd topik gatal dan thrush td. Rasa gatal ni depends on which part you've been treatedlah. Kalau patient tu kena pancar kat neck and head area, gatal dan thrush tu mungkin berlaku kat dalam mulut dia. Kalau kat perut, dia mungkin rasa gatal atau thrush kat kulit luar perut dia. Dan jeng, jeng, jeng ... kalau dia kena kat pelvic, rasa gatal dia mestilah kat sekitar kawasan "toot...." Tak faham? Ni yg maleh nak mengexplain ni ... Jawapan aku sama mcm kata-kata si Raja Lawak Nabil kat dlm iklan ubat gigi Halagel lepas dia tarik lori pakai gigi dia tu laa ... "Lu pikirlah sendiri...!".
Apa point aku cakap semuanya ini? Korang jgn ingat pulak aku saja suka suka nak citer ttng sesuatu yg boleh dikatakan agak private jg pd diri aku ni. Ataupun korang kata aku ni pervert, citer pasal gatal-gatal kat "toot" pun nak khabar kat satu dunia. Wei, manalah tahu nanti satu hari korang come across org yg senasib dgn aku. Haa, masa tu korang senanglah jd spokesperson ttng maklumat ini dan maklumat-maklumat lain yg aku dah linkkan dlm blog aku ni. Nanti jdlah korang manusia yg tidak memiliki penyakit hati, malah korang "berHati mulia" dan tinggi pekertinya. Itupun kalau korang ada bacalah kan... Kalau idak, hampeh... buat penat aje aku letak link-link tu semua.
Dipendikkan citer, akukan kena radiation kat pelvic, so aku tngh mengalaminya lah sekarang ... Hee ... Korang dah tahu kan, dulu aku cakap aku kena diarrhea lepas radiotherapytu. Mulanya diarrhea aku taklah seteruk mcm si Sudin, tp masuk minggu berikutnya, bertukar pulak. Kalau dulu Sudin terkucil 7 kali, aku pulak kadang-kadang at one point, satu hari boleh sampai 15 kali! Tp sekarang w/pun diarrhea dah mula berkurang sedikit, ia menyebabkan kulit pulak menjd kering dan bila kering, itchinesspun datang. Bayangkanlah. ... Tak senang duduk aku dibuatnya. W/pun cousin aku yg doktor tu ada bg krim utk kurangkan kegatalan, tp mcm tak berkesan je. Berapa lama pula side effects begini dan side effects yg lain akan bersama pesakit cancer, wallahualam. Well, it depends on each person individually. Begini citernya:
Basically, ada ampat masalah ... Satu - banyak-banyak... Dua - sedikit-sedikit... Tiga - jarang-jarang... Ampat - Kadang-kadang... Apa itu ... ?
Tempoh pemulihan selepas treatment lah, apa lagi ...
Buktikan ...
Satu - Banyak-banyak ... ertinya, org yg pulih selepas 2 to 4 weeks of treatment, mmg banyak di dlm dunia ini.
Dua - Sedikit-sedikit... ertinya org yg pulih selepas beberapa bulan, sedikit bilangannya drp org yg sembuh selepas 2 to 4 weeks of treatment.
Tiga - Jarang-jarang... ertinya org yg pulih selepas beberapa tahun of treatment, jarang-jarang yg kita dengar.
Ampat : Kadang-Kadang... Ertinya, org yg sembuh selepas beberapa hari aje treatment, kadang-kadang baru kita dengar sekali.
Itulah jawapannya tuan-puan ... mcm dialog dlm Nujum Pak Belalang daa ...
As for me, I pray to God and hope I'll fall under the first category. Ameen... I am now into my 2nd week of post treatment. So petang td masa kita org tgh duduk-duduk depan TV tu, akupun duduk sekejap senget ke kiri, sekejap senget ke kanan, sekejap duduk atas kerusi, sekejap duduk atas lantai. Menengokkan itu E-Yapun berkata,
E-Ya : "Acik ni kenapa? Nak terkucil lagi ke? Tak senang duduk je nampaknya"
Aku : "Taklah, hish ... korang tak rasa apa yg aku rasa, gatal sesngt ni. Gatal ni pun asal sbb diarrhea tu le ... kulit dah jd kering ..."
E-Ya : "Tu baru kena 10 kali radiotherapy je tu, dah jd mcm ni. Kalau kena mcm yg Dr. cakap mula-mula tu, kena 25 kali tak taulah mcm mana. Ya kena bawa toilet bergerak setiap kali Ya bawa Acik ke HUKM agaknya". Dia boleh gelak terkekek-kekek lg kat aku. Macam-macam lg lawak bodo yg dia cakap ngan kakak dia. Aku dah bg pandangan maut dah kat dia, tp dia ngan kakak dia terus-terus ketawa. Aku masatu mengalami penyakit hati yg dinamakan "Sengalnya Hati"
Actually ada banyak lg penyakit hati yg kita boleh jumpa dan tak susah nak kenal apa jenisnya. Sebagai contoh:
Scenario Pertama:
Seorg minah berhidung tomato, baru tiga empat hari lepas pow duit makcik dia RM 50 kata nak beli lauk, tup tup hari ni dia gi ke makcik dia dan berkata, "Acik nak duit. Nak pegi beli lauk". Ada ke patut? Dahlah makcik dia yg terkenal lembut hati tu sdng sakit. Cancer pulak tu. Stage 4 dah pun. Boleh dia minta duit lg. Dia bukan tak tahu perbuatan dia tu boleh mdatangkan stress pd makcik dia. Makcik dia kena produce banyak endorphins bukannya mengurangkan. Justeru, nampak gayanya Minah hidung tomato ni pun sakit, mengidap sindrom "Tak berHati perut"
Scenario Kedua:
Masih ttng minah berhidung tomato. Minah ini bkan sj hidungnya persis tomato tp perutnya... masyallah tak boleh citer lah ... Konon kisah, chenta hatinya di Nihon yg dulu bdn ala-ala nak dekat mcm ahli gusti Sumo (jgn marah haaa ..) sekrang dah macho (sukalah tu). Six packs lg... Mengetahui akan hal itu Minah hidung tomatopun risau. Dia nak juga setanding mcm chenta hatinya. Kalau chenta hatinya dah ada six packs dia pulak konon berazam nak mbuang packs-packs yg dimilikinya. Dia tak mau kalah dgn chenta hatinya. Lalu apa di buatnya??? Oooops .... stop, stop tak leh citer. Nanti kena plankong I you... Yg pasti tindak tanduk Minah itu ibarat "Ada Hati kununn.."
Scenario Ketiga:
Dngar citer dr mulut siapa lg kalau bkn Minah hidung tomato, yg ada org-org sekrang akan terlebih dulu baca blog aku, lepas tu baru baca blog dia. Ini sudah pasti membuatkan dia "Panas Hati".
Wah nampaknya dah banyak juga lesson ttng "Penyakit Hati" yg aku dah sampaikan kat korang hari ni ye. So aku stop je lah kat sini. Korang suka ke tak suka ke, aku peduli apa. Korang setuju atau tak setuju dgn penerangan aku ttng "Penyakit Hati" nipun aku peduli apa. Ini blog aku yg buka, aku boleh tulis apa yg aku mahu di dalamnya. Penyakit aku ni dinamakan, "Suka Hati Aku lah".
No comments:
Post a Comment