Setelah operasi menyapu bwng putih gagal, aku diberitahu pulak oleh kakak aku di Kelantan supaya mencuba perubatan secara Islam. Separuh org tak cayo pengamal perubatan Islam ni, yelah pada mereka zaman dah moden mana ada guna air-air penawar dan jampi-jampi Quran ni. Tapi ketahuilah korang wahai umat manusia ... masa aku wat Masters di UIA dulu, salah satu subjek elektif aku adalah Islamic Aqedah. Masatu kami ada belajar pasal "Prophetic Medicine" and "Islamic Medicine". Jd perubatan Islam yg menggunakan ayat Quran ni sebenarnya adalah asas kpd "Prophetic Medicine" itu dah sudah mula digunakan sejak zaman Nabi lg. kalau korang nak tahu lebih lanjut google je kat internet. Mesti ada punya citer dia. OK, OKlah aku bglah satu drp linknya di sini. Yg lain cari sendirilah ye...
Kebetulan kakak aku ada adik ipar yg duduk di Serdang, kenal akan seorg Ustaz namanya Mat Karman duduk di Bangi. Dipendikkan citer dia ni pernahlah mengubat org yg sakit bermacam-macam termasuklah cancer. So kakak akupun sarankan supaya aku menyuruh adik aku menghubngi Ustaz tu utk appointment. Tapi mak oii, punyalah susah nak dptkan masa nak jumpa Ustaz ni. Berapa kali adik aku contact tak dpt-dpt. Setelah dua tiga hari mcuba akhirnya baru dpt, so akupun pergilah ke umah Ustaz tu pd Hari Deepavalli yg lalu bersama adik aku dan E-Ya.
Sesampainya aku di situ akupun dibacakan beberapa ayat suci alQuran oleh Ustaztu dan diberikan air utk buat minum dan mandi. Dia juga ada mengajar aku beberapa amalan seperti membaca Surah Al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas 4 kali dlm satu nafas. Di samping itu dia menyuruh aku menghafal juga 4 ayat pertama Surah al-Qalam setiap kali aku menyapu air ke bahagian perut yg sakit dan lain-lain lg.
Sebelum kami balik dia ada beritahu bahawa ada sejenis pokok namanya KENERAK yg biasa digunakan oleh org dahulu kala utk mengubati kanser. Dia kata kalau dpt pokok tu rebus semua bhgn dr pokok itu, seperti daun, btg, akar, bunga dsnya dan minum airnya masa perut kosong, seperti masa time nak tido. Pokok kenerak ni pulak hanya boleh didpti di Kelantan shj. Mulanya kami ckplah ngan Ustaz tu kami tak tahu apa pokok keneraktu dan inilah kali pertama kami mndgrnya. Diapun agaknya kesian nengok aku yg kurus ni, dia lalu masuk dlm umah dia dan amek satu plastik dah siap berisi ngan sdkit kenerak. Dia kata ambillah, ini ajepun yg ada pd dia. Cuma dia pesan kali pertama minum kepala boleh "biol" sekejap. Betul Ustaz tu gunakan perkataan "biol" aku tak tipu punya. Tp yg dia maksudkan sebenarnya pening lah... Kamipun mngucapkan tima kasih dan bertolak balik umah. FIY Ustaz ni mengubat org tak ambil duit. Bg pada diapun dia akan bg balik ke kita, so kamipun bg kat dia sdkit buah tgn berupa barng makanan.
Malamnya sebelum nak tido aku dah siap-siap rebuskan pokok kenerak tu. Si E-Ya biasalah tak abis-abis usik cakap, "Hah...jaga jaga nanti Acik biol ...". Mangkuk ayun btulllah bdak tu. Well actually bila aku dah minum ubat keneraktu aku tunggu gak lah kepala aku jd biol tp tunggu punya tunggu tak de pun. So akupun tidurlah dengan lena pd malam itu.
Esoknya pun kepala aku OK je. Bersyukur aku tak pening beriya-iya tp sikit-sikit tu adalah. Sempat jugalah aku minum sampai 6 kali air rebusan kenerak tu sebelum stok yg diberi Ustaz tu habis. Sementara itu aku contact kakak aku di Kelantan minta tolong dia kalau-kalau boleh dptkan pokok kenerak buat aku. Diapun janji yg dia akan cuba carikan.
Sebenarnya selain dari kenerak Ustaz Mat Karman ni ada ckp kalau boleh cari kapur kulit kerang. Kapur kulit kerang ni adalah kapur yg diperbuat dr kulit kerang. Eh.. apa aku ckp ni? Dah namanyapun kapur kulit kerang mestilah diperbuat dr kulit kerang, takkan dr kulit badak pulak kot ...
Kapur kulit kerang ni gunanya di sapu kat tmpt sakit tp dinasihatkan jgn sapu tebal-tebal sapukan campuran yg cair, kerana ianya panas. Kata Ustaz tu effectnya sama mcm chemotherapy atau radioterapilah lebih kurang. Hendak menyapukan kapur ni ke kulitpun ada syaratnya. Masa sapu mesti baca al-fatihah dan surah al-Ikhlas 4 kali dalam satu nafas, diakhiri dgn berselawat 7 kali. Mesti buat setiap 2 jam sekali dan diselang dgn minum air yg telah Ustaz jampi 2 jam sekali juga. Tp tak boleh sapu ngan jari mesti menggunakan akar dr sejenis rumput namanya rumput "Salman" kalau tak silap aku (aku dngar Salman bukan Shah Rukh Khan, hua hua hua ...). Rumputni boleh djumpai di kawasan yg banyak rumput biasa. Ia akan tumbuh di tepi atau di antara rumput-rumput biasa. Akarnya kuat berbanding rumput biasa.
Kalau kenerak tu susah nak cari, kapor kulit kerangni lglah. Tapi nasib baik bila aku beritahu kakak aku yg duduk di Kelantan tu, dia kata tak pe dia akan carikan. Dan dia berjaya dapatkan. Korang tahu di mana? Di Selatan Thailand, daerah Pattani sana. As for the akar rumput Salman, itu tugas aku ngan E-YA dan kami juga berjaya mendapatkan. Nak tahu di mana? Di Taman Tasik Titiwangsa... terponggok kami berdua mncabut rumput tu sambil mata melilau memerhatikan kalau kalau ada tukang kebun datang. Takut kena marah babe ... takut dia ingat kami buat ntah apa-apa pg pg tepi petak bunga tu... Silap-silap boleh kena halau dgn cangkul nanti. Kan nayaaa...!
Setelah berjaya dan semua bahan ada, akupun mulalah menyapu kapur kulit kerang tu ke perut dan leher aku. Habis putih-putih baju aku sampai ke leher-leher. Nasib baik tak de kena kat dahi, kalau tidak nanti korang tak leh kenal mana satu aku, mana satu Samy Velooo ... Hua hua hua...!
6 comments:
R2D2 (anonimity kena jaga...)thanks for info and updates. Bila tanya yang ada dekat sekolah dapat info sikit je... maklum la cikgu - suka buat summary. Get well soon, tak ada geng nak kutuk mengutuk masa panitia meeting. Lagipun kita ada matlamat nak duduk old folks home and nak bervideokonferensing together-gether. Cap tu memang cute, nak satu boleh pakai dengan baju korprat. Keep blogging...
Ooppssss... cikgu English eja anonynimity salah. Ceh!
Salah lagi... double ceh!
Salam..
Nak tanye, kat mana dapat kapur kulit kerang tue..sy pun dok tgk mencari ni.. nk berubat.. plzz..
Salam, nk tnye kt ne dpat kapur kulit kerang tu.. kalu tau tempat boleh bgtau x.. sy dok tgh cari nk wt berubat gak.. plzz...
Wsalam, maaf ye lambat respond. Kapur kulit kerang ni arwah acik saya dapat dari Golok, selatan thai. Mmg susah nak carik kapur ni, dulu pun dapat sikit jer dari sana. Maklong saya yg duduk di kota bahru yg tolong ambikkan...
Post a Comment