Hari ni aku tak de mood. Actually dah beberapa hari aku tak de mood. Tak de mood sbb badan aku rasa lemah sgt. Aku tahulah ini mngkin disebabkan oleh kesan radioterapi tu, tp disebabkan bdn aku lemah jd mood aku pun tunggang langgang. Tambah-tambah pula bila mgenangkan yg dulu aku tak selemah dan tak seberdaya mcm ni.
Dah beberapa hari aku bcadang nak kuar beli barang keperluan aku. Tp setiap kali aku dah nak ready keluar, time tu lah bdn aku buat hal. Pinggang sakitlah, kaki lenguhlah, badan letihlah dan mcm-mcm hal lg. Dah lah sekarng ni nak keluar rumah nak kena harap kat org tolong bawakan, hence ni menjdkan aku btambah-tambahlah rimas. Aku tahu aku dah menjd satu mcm punya beban kat org.
Hari ni, w/pun badan aku letih, aku tekad aku nak kuar jugak. Aku ambik kunci kereta dan terus drive menuju ke Wangsa Maju, cadangnya nak ke Carrefour. Tengah jalan aku singgah di Stesen pam petrol utk isi minyak dulu. Well, no big deal kan? Memang no big deal... Tp kalau masa aku sihat dulu, buat semua ni laju aje tak sampai 10 minitpun, tp sekrang masa yg diambil dua kali ganda. Nak buka pintu keta, rasa mak aih beratnya. Nak berjalan ke kaunter nak byr duit minyak dan kemudian balik ke kereta, rasa letihnya mcm lepas berlari 100 meter. Terfikir jg sampai ke aku ke Carrefour nanti ni? Ahh...cuba je dulu. Syukur.. sampai juga 10 minit kemudian.
Tiba di Carrefour aku terpaksa parking jauh sikit sbb hari ni Carrefour ramai org, Agaknya sbb cuti sekolah. Akupun keluar keta dan bjln menuju pintu masuk. Dlm kesibukan ramai org tu akupun ambil trolley dan masuk Carrefour utk beli brg. Jln aku tak ubah mcm org pompuan dlm pantang. Slow yg amat. Aku cuba jg sekali sekala nak jln cepat tp bdn tak izinkan, terpaksa slow down balik. Puas ronda-ronda beli barang, dua setengah jam kemudian akupun selesai. Sebenarnya brng yg dibeli tak lah byk tp di sbbkan aku terpaksa berhenti "to catch my breath" beberapa kali tu yg jd sampai berjam-jam tu.
Keluar dr Carrefour, perut pulak dah terasa lapar. Aku terus ke food court, hajat hati nak beli nasi ayam dan makan je kat situ, tp tak de pulak tmpt kosong so akupun tapau je dua bungkus. Tp perut aku dah lapar sngt. Mahu tak mahu aku singgah McD beli Fillet O Fish dan jus oren satu. Masuk dalam kereta, akupun apa lg terus makan. Org sebelah kereta pandang, aku buat Mcdonno, melantak mcm tak ingat dunia. Tengah sedap-sedap makan, tiba-tiba telefon aku berdering. Panggilan dr AmBank rupanya. Staff dia call utk beritahu yg roadtax kereta aku dah siap. So destinasi aku selepas ni adalah ke Ambank yg terletak di Setapak.
Bila sampai AmBank, lg sekali parking pun penuh jg. Tp nasib baik urusan dgn bank cepat. Dah dpt roadtax, aku teruskan perjalanan aku ke Pejabat Pos Gombak pulak utk terus claim rebate road tax. Lepas lebih stgh jam duduk dalam pejabat pos akupun keluar, suka hati dapat RM 625 dari kerajaan Malaysia. Lepas tu akupun terus balik rumah.
Sampai rumah, akupun simpan semua brng-brng yg dah dibeli di Carrefour td. Tp hati aku masih tak puas lg. Badan mmnglah penat, tp aku bertekad nak buat jg satu lg perkara ni. Actually dah tiga minggu aku nak buat benda ni, tp asyik tak jd je. So kata aku, hari ni aku mesti buat jg.
Akupun rehat sekejap dan lebih kurang 10 minit kemudian, aku keluar semula. Tp kali ni aku tak bawa kereta. Aku berjalan kaki. Jarak rumah aku dan tempat yg aku nak pergi adalah lebih kurang 1/2 km, ikut jln shortcut. So lg sekali dengan gaya santai persis pompuan dlm pantang, akupun berjalan ke tempat yg aku nak tuju.
40 minit kemudian akupun sampai ke kedai Perniagaan ...apa hah? Tak ingatlah pulak... tp pokoknya aku sampailah. Baru masuk je, tokey kedai dah approach, "Mau beli apa?". Ni yg aku tak suka ni, bglah aku masa sikit, lgpun dia dah nampak aku tengok "benda" tu kan. Mestilah "benda" tu yg aku nak beli. Takkan tengok "benda" tu tp intention aku nak "benda" lain kot. Aku pun jwb, "Nantilah dulu tokey, bagi saya survey dululah".
Mesti korang susupens kan? Apakah "benda" yg aku maksudkan itu? Tak suspens? Alah buat-buat suspens pun jd le... Well, "benda" yg aku tengok-tengok tu ialah basikal ... Betul dah lama aku ckp aku nak beli basikal dan baru hari nilah aku berpeluang utk pergi ke kedai dan membelinya. Mcm kanak-kanak riang pulak bunyi nya kan? Perghh..!
Lama jg aku membelek basikal, dr satu ke satu, sampai towkey tu naik tak sabar, lalu diapun cakap, "You mau beli basikal lelaki ke, pompuan? You mau pakai ka?" Alamak malu lah pulak nak ngaku memang aku yg nak pakai. So akupun jwb, "Tak de lah bukan saya pakai. Anak saya pakai. Perempuan" Hehehe, coverline ...
Towkey : "Ooo, kalau mcm itu sana punya basikallah. Yg ada bakul punya. Itu perempuan punya basikal. Berapa umur anak you? Kecik ka?"
Aku : " Taklah kecik, dalam 14 atau 15". Ada ke? Konon kata anak nak pakai, tp umur anakpun tak sure...Kantoi, tp nasib baik towkey tu blur.
Aku tengok harga basikal sekarang punyalah mahal. Aku punya budget sebenarnya dlm RM 100 - RM 200 je. Tp aku tgok semua harga atas RM 200. Macam mane ni? Aku pun tanya towkey ttu.
Aku : "Ai sey towkey, ni semua harga banyak mahallah. Saya tak da duit banyak. Budget saya sikit sj. Bg saya basikal paling murah punyalah"
Towkey : "Tak pe saya boleh kasi discount, maa. You cakap mana you mau."
Aku nak yg canggih, ada gear, yg tayar dia berbunga-bunga, yg solid. Tp memandang yg tu harganya paling murahpun RM 350, akupun tunjukklah yg paling murah RM 299. Aku minta kurang.
Towkey : " OK ini saya boleh bg you, cincai RM 230"
Aku : "Alah Rm 200 bolehlah ..."
Towkey : "Tak bolehlah itu macam. Tak pa saya bg you free gift. Lock satu".
Puas aku pujuk, tak mau bg gak towkeytu so akupun tak de choice, beli ajelah. Masa towkey tu nak siap-siapkan basikal yg aku nak beli tu tiba-tiba aku berkata, "Eh... nanti towkey. Saya tngok ini basikal lawalah pulak". Aku sebenarnya dah ternampak satu basikal berwarna merah yg tersangatlah cantiknya di mata aku.
Towkey : "Itu basikal lelaki punya, maa. You kata anak you perempuan. Itu tadi punya bagus la.. you punya anak boleh bawa pergi sekolah ..." (Dalam hati aku, "Yelah tu ...")
Aku : "Tp basikal lelaki, perempuanpun boleh naik kan? Boleh letak bakul nanti nampak mcm perempuan punya jugak. Ini basikal berapa you boleh bagi?". Aku tngok harga diletak adalah RM 360.
Towkey : "Oh ini ka? Err... RM 320 kasi sama you"
Alamak dekat RM 100 lebih dr yg td. Kalau aku beli ni jauh lari budget aku bulan ni nanti. Jd tak de chanlah aku nak bergaya dengan basikal berwarna merah. Nampaknya basikal td yg berwarna purple tu jglah yg aku kena beli. So towkey tu panggillah pekerja dia, dua org bdak Melayu untuk bersihkan, pasang pedal dan check basikal tu utk pastikan yg semuanya elok. Salah sorang bdak tu terover peramahlah pulak....
Bdak pekerja : "Wah, akak beli basikal, bagus ni..Sesuai dgn akak".
Aku : "Bukan akak punyalah, anak yg punya". Coverline lg ... masih malu seh..
Bdak pekerja : "Eh, kak, kalau akak pakaipun boleh apa. Bagus ... exercise... Pagi-pagi pukul 5 pg elok kayuh basikal, bg keluar peluh". Alamak, kata hati aku. Bdak ni mcm tahu-tahu je itulah tujuan aku beli basikal nipun.
Aku : "Banyaklah awak. Apa dibuatnya naik basikal pg pg buta tu.... Hantu pun baru balik rumah"
Bdak pekerja : "Eh saya buat kak..." dan bdaktu pun ketawa. Utk mengelak dari disoal mcm-mcm lg dan juga utk mengelakkan aku dari tak pasal-pasal coverline buat dosa kering lg, akupun cakap ngan bdak tu yg aku nak ke supermarket kat depantu, kejap lg aku datng balik. Bdaktu pun kata, "Alright, nanti akak dtng, basikal dah ready punyalah.."
Akupun pergilah ke supermarket dan beli beberapa jenis buah. Setengah jam kemudian aku kembali semula ke kedai basikaltu dan spt yg dijanji, basikal purple ku dah ready menanti. Akupun bayar pd bdak pekerjatu dan ckp kat dia "Tima Kasih".
Bdak pekerja : "Akak nak naik ke atau nak tolak je basikal tu?". Mula dah bdak ni kata hati aku. Lalu ku jwb, "Naiklah ... tp taklah akak nak naik depan awak ...". Bdaktupun ketawa dan akupun cepat-cepat tolak basikal purple aku keluar dari kedai tu.
Agak-agak dah jauh, tak nampak dek bdak pekerja basikaltu akupun naiklah basikal nak cuba mengayuh. Kebetulan jalan yg dilalui jalanraya pulak. Tp mak ooi ... tak sesenang yg ku sangka! Maklumlah dah lebih 15 tahun tak kayuh basikal.
Mula-mula aku letak kaki kanan kat pedal kanan, pijak ke bawah sikit, basikal jln ke depan, tpi bila aku nak letak kaki kiri kat pedal kiri, kaki aku tak jumpa pedal...! Apa nak buat ? Naik basikallah aku mcm bdak kecik yg baru belajar nak naik basikal... Kaki kanan je atas pedal manakala kaki kiri atas jalanraya. Hahaha ... Tp nasib baik lepas 4 atau 5 kali try, berjaya juga akhirnya aku mengayuh basikal tu menggunakan dua-dua kaki atas pedal kanan dan kiri masing-masing.
Tapi, nak citerlah kan. Ntah sebab aku dah tua ke, atau sebab aku sakitke atau sebab badan aku dah lemah ke aku rasa basikaltu punyalah berat. Terhoyong hayang jugak lah sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Sampaikan ketapun beri hormat kat aku bagi aku jalan dulu. Hahaha... Paling seksa bila angin btiup. Dari belakang OK lg, tp bila angintu dtg dr depan, aduiii, bagai nak putus urat kaki aku mengayuh ...
Aku mengambil masa lebih kurang 15 minit utk sampai umah, tak ikut jln shortcut. Berpeluh-peluh... Dalam perjalanan terfikir jgak aku. Sampai bila agaknya aku dpt bertahan pakai basikal ni. Hari ni je dah mcm ni. Sure besok pg bangun tido nanti seluruh badan aku sakit-sakit. Kalau berterusan mcm ni, mcm mana? Ahh... tukar je beli motosikal ! Huhuhuhu ...
1 comment:
salam...
duk carila harga basikal kat carefour, terjumpa plak posting nih...
tergelak pun ada...
selamat menulis lagi!
Post a Comment