Saturday, December 13, 2008

Radiotheraphy

If you all notice, semua entry sebelum ini menceritakan kisah aku yg telah berlaku. Citer pasal GHKL, Pusrawi even HUKM semuanya telah berlaku sekitar bulan Oktober dan November. Even citer pasal radiotherapy yg aku nak muatkan di sinipun sebenarnya dah berlaku. Infact aku dah completekan pun treatment radiotherapy aku di HUKM.

Siapa nak tahu lebih lanjut pasal radiotherapy bolehlah korang surf site ini atau site ini. Yg pertamatu w/pun utk cancer bebudak tp tak jauh beza dr dewasa punya. Site yg keduatu explanationnya excellent almost like what I went through, just that layanannya tak lah as nice as that. In Malaysia, I notice everything is just given to you without questions asked. Mungkin hospital kerajaan byk kes sampai the staffs don't have time to dilly dally and have chit chats explaining to patients kot. Anyway overall the staffs are nicelah but networking wise, very minimal.

Machine radiotherapy pulak sebijik mcm kat bawah ni. Petugasnya taklah mcm tu. Itu mcm kalu, dah lama aku cabut!

Mesin mcm ni lah yg ada kat HUKM tu. Mula-mula aku baring kat atas tu aku punyalah risau takut-takut bhgn atas mesin tu jatuh ke muka aku ...


Bila dah baring tu tak boleh bergera-gerak. Jd kalau nak kentut sekalipun kenalah tahan. Takut nanti terpancar kat tmpt lain. Nayaaa... hahaha ...

Siapa yg dah baca info psl radiotherapy di website kat atas mesti dah baca bhw radiotherapy pun ada side effectsnya. Aku ditreat kat bhgn pelvis, so side effectsnya berkaitan dgn bhgn tu le. Dalam byk-byk side effects tu yg aku paling rasa ialah fatigue dan diarrhea. Kulit aku tak pulak rasa panas atau mcm terbakar, cuma bertukar sedikit kehitamantu adalah. Fatique tu tak boleh cakaplah. Kadng-kdng lepas je treatment nak berjlnpun tak larat. Ada satu hari tu aku sampai terpaksa bpegang pd E-Ya. Sampai balik umah pulak biasaya aku dah flat, terus cari kerusi pjg atau katil utk baring.

Pasal diarrhea pulak satu hal lg. Korang ada tngok citer seniman bujang lapok tak? Alah scene Sudin nak screen test tu ... Kalau tak ingat ni aku ada letakkan videonya di bawah ni.

Akupun lebih kurang mcm tulah gak. Tapi aku rasa Sudintu lg teruklah ... Hahaha. Tapi insyaalah masalah itu akan hilang bila dah lama nanti. Tak larat wei ...

Masa aku buat radioterapi ni mcm-mcm pesakit cancer yg aku jumpa. Aku ni bolehlah dikategorikan sbg golongan "org muda" gaklah. Pesakit-pesakit lain tu kebanyakannya dah umur 50 ke atas. Semua bangsa ada tp yg paling ramai kaum China, diikuti oleh Melayu dan India. Kalau jln kat klinik Oncology pulak, akan jumpa org pompuan China atau India pakai tudung mungkin sbb rambut mereka dah tak de akibat chemo. Ada stnghnya bulu keningpun tak de, tp rata-rata cergas cuma satu dua je yg tak larat duduk atas kerusi roda.

BIla dah berkumpul beramai-ramai tu macam-macam citer ttng sakit masing-masingpun keluarlah. Ada yg cancer payudara, ada cancer thyroid, ada cancer colon, yg cancer kat hidungpun ada. Kebanyakannya mereka sudah menjalani operation, cuma aku je belum lg. Aku punya sesi radioterapi 10 kali tapi ada yg kena sampai 25 dan yg paling byk sorang makcik tu kena buat sampai 27 kali. Pesakit pulak ada yg dtg dari luar KL spt. Sabak Bernam, Muar, Taiping dan dr Perlispun ada.

Masa dtg ke radioterapi msing-msing ada aksi masing-msing. Ada yg dtg ngan muka ceria, ada yg muka grumpy dan ada yg dtg dengan penuh style. Ada sorang pompuan Cina ni dtg pakai wig, sorang lg pulak dtg pakai topi je tp bajunya selalu bunga-bunga yg cerah mcm baru balik holiday dr Hawaii. Sorang kakak Melayu ni pulak pakai kebaya penuh gaya, siap ngan kasut tumit tinggi mcm nak pergi beraya. Kalau lelaki pulak selalunya pakai cap sj.

Aku? Biasalah trackbottom dan shirt. Kadang-kadang aku cerialah tp kalau time sakittu muka seposen je, terlentok atas kerusi...tp yg pasti semua kami yg dtg akan berbekalkan dgn sebotol air. Aku up sikit, selain sebotol air aku siap ngan satu bekas buah persimmon atau anggur. Tp yg selalu mghabiskannya bukan aku, siapa lg kalau bukan E-Ya ...

Biasanya tempoh menunggu utk rawatan lebih kurang 40 minit, tp rawatn itself tak sampaipun 5 minit. Persediaannya yg lambat mahulah makan 15 ke 20 minit, sbb nak adjust machine tu ... Lepas habis radioterapi ni, aku kena dtg balik ke HUKM pada 12 Jan 2009. Masatu nanti barulah aku tahu apa doktor nak buat ngan aku seterusnya. Dan ... oh ya aku baru dpt tahu, Dr Flora dah bertukar ke Universiti Hospital, jd nampak gaya aku kena diletakkan bawah jagaan doktor lainlah. Siapa aku tak pulak diberitahu. In the meantime aku hanya boleh TUNGGUUUU....!

1 comment:

ais T said...

E-ya mmg dia semua benda makan tolak batu,kayu ngan kaki meja aja...huhuh